KOTA BAHARU, 7 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan melawat Kelantan Sabtu ini.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan dijangka merasmikan Rejimen Sempadan di Kem Batalion 301 Askar Wataniah di Tanah Merah.
Rejimen itu berperanan mengawal keselamatan di kawasan sempadan daripada kegiatan pencerobohan, penyusupan dan jenayah.
Pada tengah hari, Najib akan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat, demikian menurut kenyataan Jabatan Penerangan Kelantan.
Beliau dan isteri dijangka turut menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat negeri pada sebelah malam.
Rosmah yang juga mempunyai proram berasingan akan menghadiri Majlis Mesra Wanita di Bukit Bunga, Jeli dan Majlis Anugerah Sahabat Cemerlang, Amanah Ikhtiar Parlimen Jeli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment