KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini meminta penjelasan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang mengaitkan pemimpin Umno sebagai Orang Utan.
Sambil menyifatkannya sebagai kenyataan yang "melulu" Rafidah turut mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kelantan itu yang dianggap "kasar" bagi seorang yang bergelar tok guru.
"Mengapa begitu kasar PAS sekarang... kata parti Islam, tetapi Islam tidak pernah mengajar orang untuk memanggil orang lain sebagai Orang Utan, menyamakan manusia seperti binatang.
"Jadi kalau kita (pemimpin Umno) digelar binatang, ini menunjukkan satu sikap yang sangat bertentangan dengan apa yang dituntut oleh agama," katanya dengan nada kesal.
Rafidah yang juga anggota Parlimen Kuala Kangsar berkata, kenyataan seumpama itu tidak boleh diterima kerana tindakan mengumpamakan seseorang itu sebagai binatang merupakan satu penghinaan.
Semalam Nik Aziz dilapor mengeluarkan kenyataan yang menyamakan anggota Umno komponen utama Barisan Nasional (BN)dengan Orang Utan kerana kononnya menolak Islam dan Al-Quran serta tidak tahu undang-undang.
"Jadi rakyat Kelantan fikirlah kalau pemimpin yang dipanggil tok guru boleh panggil orang lain sebagai binatang (Orang Utan), maka ini bukan menunjukkan kepimpinan yang baik.
"Kita hendak bawa penyatuan bukan perpecahan...dulu mereka panggil kita kafir tetapi (dakyah) itu sudah tak laku, jadi sekarang guna taktik kasar pula," kata Rafidah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Beliau berkata, sebagai seorang yang beragama Islam, Umno tidak pernah menolak atau tidak menyokong agama Islam seperti yang didakwa PAS di dalam kempen politik mereka.
Ditanya mengenai keputusan anggota Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan dari DAP yang mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini, Rafidah berkata tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan wujud banyak masalah dalaman parti pembangkang.
Beliau berkata jika masalah kecil seperti itu gagal ditangani, bagaimana mungkin rakyat boleh bergantung kepada pembangkang untuk menyelesaikan masalah negara yang lebih rumit.
"Rakyat harus melihat jika soal dalaman seperti ini gagal mereka selesaikan, macam mana nak selesaikan masalah harga, keselamatan negara dan sebagainya..ini harus disedari oleh rakyat," katanya.
Fong semalam mengambil keputusan nekad untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum kali ini setelah kecewa dengan pucuk pimpinan DAP yang berura-ura meletakkannya untuk bertanding di kawasan lain.
Fong, 35, telah dua penggal menyandang kerusi parlimen berkenaan setelah memenanginya dalam pilihan raya umum 1999,pada usia 26 tahun dan sekali lagi mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Apa nak jadi dengan nenek orang utan ini? Pernahkah dia membaca Al Quran dan mengetahui bahawa Allah memperumpamakan mereka yang ada hati tetapi tidak mahu berfikir, ada mata tidak mahu melihat dan ada telinga tetapi tidak mahu mendengar? Allah sifatkan merka seperti binatang, bahkan lebih teruk daripada itu??
Cukuplah kita melihat perintah Allah suruh wanita mukmin menutup aurat, tapi lihatlah nenek orang utan, sudah tentu orang utan tidak mahu menerima 'ajaran Al Quran' kerana ajaran itu untuk manusia, bukan untuk orang utan..di mana salahnya kenyataan Nik Aziz? Bukankah kenyataan itu sangat lunak dan lembut dari apa yang Allah umpamakan??
Ameno memang begitu selamanya, dulu kini dah nak hampir mati, rambut masih terdedah, dia rasa berpakian tetapi Rasul menyipatkan mereka seperti perempuan yang bertelanjang .. apa nak dihairankan kepada nenek orang utan yang bertelanjang???
Belum lagi nak sebut kes rasuahnya ..
Akhirnya kaki dan tangannya akan berkata kata ... menjadi saksi sedangkan waktu itu .. binasalah orang yg sombong dengan Allah !!!
ni buat semua penyokong BN yg tak pakai tudung...sy nasihat kan kalu tak cukup kain untuk pakai kain tudung sila lah ambil kain rentang bendera BN dan pakaikan kat atas kepala tu yer...bawa bertaubat la...knp tak nak pakai kain tudung dan suka tunjuk aurat..BERDOSA..
Post a Comment