Thursday, June 12, 2008

MAYBANK JADI "BANK SUPER"

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) dinamakan sebagai satu daripada bank yang perlu diambil perhatian untuk dimasukkan ke dalam senarai ‘bank super’.

Retail Banker International (RBI), surat berita industri perbankan berpangkalan di London, menyatakan Maybank, bersama-sama bank lain seperti Standard Chartered (Stanchart) dan OCBC, dijangka meningkat serta menjadi ‘bank super’ tidak lama lagi.

“Bank lain yang perlu diambil perhatian untuk dimasukkan ke dalam senarai ‘bank super’ termasuk ICICI, ANZ, Siam Commercial Bank dan empat bank terbesar Australia dan bank utama Jepun,” kata Editor RBI, Hugh Fasken, dalam satu kenyataan semalam.

No comments: