Monday, June 16, 2008

I-REMAJA JUN 2008



i-Remaja Jun istimewa lelaki, jadi pelbagai rencana mengenai lelaki dipaparkan. Lelaki dan kecantikan, kesihatan, lelaki dalam dunia fesyen juga pilihan suai padan. Tidak cukup dengan itu I-Remaja memilih lima jejaka tempatan sebagai remaja lelaki pilihan.

Nabil, penghias muka depan dipilih kerana dialah lelaki penglibur lara; Dafi, ramai yang memuji dia comel dan popular; Mejar Dr Faiz Khaleed ikon PLKN yang berdisiplin dan berjaya; Shamsul Yusof muda-muda lagi sudah bergelar pengarah ternama dan Faizal Tahir, bapa muda yang penuh kontroversi. Ikuti perkembangan, rahsia kejayaan dan ketahui peribadi mereka.

Lelaki, lahirnya dianggap gagah, tegas dan tegar. Tetapi percayakah anda ada lelaki berjiwa sensitif? Air mata mudah mengalir apabila hati tersentuh. Dan ikutkan lara, terfikir mahu membunuh diri. Ikuti pengakuan beberapa orang lelaki yang ditemui betapa mereka mudah mengalirkan air mata dan mudah berasa tersinggung. Lelaki jenis ini digelar lelaki cengeng.

Keluaran Jun turut menawarkan beberapa peraduan istimewa antaranya dapatkan koleksi aksesori peribadi penyanyi baru, Sheila Abdul. Rantai, baju dan subang, Sheila beri secara percuma hanya dengan mengirimkan borang penyertaan melalui I-Remaja Jun sahaja.

No comments: