Oleh Big Dog
Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini mengesa ahli UMNO mengembalikan kuasa Kepimpinan dalam UMNO kepada akar umbi dan bukan ditentukan oleh pemimpin pemimpin UMNO.
“Ahli yang berkuasa! Ahli yang menentukan siapa yang menjadi pemimpin”.
Beliau menyingkap kisah dimana setelah Perang Dunia Ke II, British memaksa Raja Raja Melayu melepaskan kuasa dan menjadikan Tanah Melayu jajahan koloni British. Walaubagaimanapun, UMNO ditubuhkan untuk menyatukan orang Melayu sebagai satu suara yang berjaya mendesak Raja Raja Melayu menolak cadangan Malayan Union (walaupun sudah ditanda tangani).
Dalam program yang anjurkan UMNO Cawangan Tasik Tanjung Belanja, Bahagian Parit di Ipoh pagi ini, beliau menegaskan “Orang Melayu bersatu untuk menyokong sistem beraja. Kemudian UMNO memilih agar rakyat yang berhak menentukan kuasa pemerintahan (demokrasi) melalui sistem Raja Berperlembagaan”.
“Hari ini sistem demokrasi tiada lagi dalam UMNO kerana ahli dan pemimpin dihalang untuk mengamalkan sistem demokrasi”, menjelaskan keadaan dimana ahli ahli UMNO dihalang untuk bertemu dan mengadakan perbincangan, yang dilihat sebagai mencabar Kepimpinan.
“Kita berjaya Merdeka dan menentang British, walaupun masa itu kita (orang Melayu) tidak ada apa apa, kerana kita berani!”, apabila mengulas fenomena orang dan pemimpin UMNO hari ini tidak lagi berani menyuarakan hasrat dan suara hati mereka secara terbuka dan kritikal kepada Kemimpinan.
“Kita sebenarnya menipu diri sendiri!”, apabila menjelaskan sebenarnya rakyat yang akan menentukan Kepimpinan, walaupun mereka dihalang menyuarakan pendapat (sebaliknya berlaku fenomena “Saya sokong”) dan akhirnya menyuarakan perasaan sebenar mereka apabila mengundi Pembangkang dalam Pilihanraya Umum. “Ini yang berlaku dalam PRU 12. Rakyat mengundi siapa saja yang diletak Pembangkang, walaupun Posmen dan yang menyanyi dalam karaoke”.
“Anwar Ibrahim dan Keadilan sebenarnya tidak popular dan tidak menerima sokongan sebenar rakyat. Mereka dipilih dan mendapat kemenangan luar biasa kerana orang UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Kepimpinan dan mengundi Pembangkang!”.
Mantan Perdana Menteri ini mendedahkan bahawa Presiden SAPP Dato’ Yong Teck Lee pernah cuba di’rasuah politik’ dengan jawatan apabila mula bersuara menentang Kepimpinan. “Inikah yang kita mahu. Ini kerajaan rasuah! Bolehkan kita majukan negara kita dengan Kerajaan yang mengamalkan ‘duit’ sebagai selesaian?”.
“Kita khianati Perjuangan yang dibawa Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak, dan mereka ini yang mengharapkan kita meneruskan Perjuangan mereka”, tegas ahli UMNO semenjak 62 tahun dan menjadi ahli No. 1 apabila UMNO dihidupkan semula pada 1988 “Ini bukan UMNO yang ditubuh oleh orang Melayu. Ini sudah menjadi parti untuk satu orang dan keluarga dia sahaja!”.
Mantan Pengerusi BN selama 22 tahun ni mengulas bahawa sistem parti berdasarkan kaum dan formula bekerjasama untuk kebaikan semua ini amat berjaya. “Tiada negara amalkan formula ini berjaya dan bertahan begitu lama macam kita. Sistem ini berjaya. Yang gagal ialah Kepimpinan. Oleh itu, kita tukar Kepimpinan!”.
Beliau mengulangi lagi soal cadangan untuk Majlis Presiden untuk menentukan Kepimpinan tidak mudah menyalah gunakan kuasa dan ianya akan menjurus kepada apa apa nasihat kepada Presiden dibuat untuk kepentingan majoriti ahli UMNO.
*Perkembangaan dikemas kini 12.20pm
Dalam sessi soal jawab, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa Scomi membeli sepenuhnya syarikat MTrans dengan harga murah apabila MTrans hampir bankrap (kerana krisis ekonomi 1998 ) dan MTrans menjadi pembekal bas eksklusif Rapid KL. Rapid KL didapati membeli bas berkualiti rendah dan perlu kerap menukar bas kerana mudah rosak, akibat utiliti tinggi. Rapid KL ialah syarikat 100% milik Prasarana, iaitu 100% milik Kerajaan Malaysia.
Beliau juga menjelaskan bahawa rakyat hari ini rata rata tidak suka kepada PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberikan contoh, apabila perlumbaan Formula 1 di Sepang terbaru, beliau di’boo‘ semasa berjalan jalan di pit sebelum perlumbaan dan apabila memberikan hadiah, di ‘boo‘ sekali lagi sehinggakan tidak menghabiskan pemberian hadiah dan lari meninggalkan majlis. “Apa jenis manusia ini? Tak tau malu!”.
Program ini yang dianjurkan Ketua Cawangan Ahmad Zaini Ismail turut dihadiri ADUN Sungai Rapat YB Hamidah Osman dan beberapa pemimpin UMNO peringkat Bahagian sekitar Ipoh.
*Perkembangan dikemaskini 2.00pm
Dalam sidang media, beliau ditanya mengenai akuan berkanun (SD) yang dibuat Raja Petra mengenai Datin Seri Rosmah “Ini tidak betul. Ini tuduhan berat. Adakah dia berada semasa ianya (kejadian) berlaku? Kalau tidak, macamana dia boleh buat SD hanya berasaskan cerita orang lain?”.
Beliau juga membuat ulasan mengenai cadangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengenai meminda Artikel 121 dan mempersoalkan akibat pindaan tersebut dan kemudian kepertanggung jawaban. Sebelum itu, beliau mempersoalkan lantikan Zaid Ibrahim sebagai Menteri, sedangkan dia masih digantung dari UMNO kerana enggan memberi keterangan dalam Lembaga Disiplin UMNO atas tuduhan ‘rasuah politik’.
Beliau juga mempersoalkan pembayaran ex gratia dibuat kepada Hakim yang dipecat dan kenapa beberapa Hakim kebelakangan ini tampil untuk kunun kunun memberikan keterangan negatif mengenai beliau, sedangkan sudah lima tahun bersara dari Perdana menteri Malaysia.
*Perkembangan dikemaskini 4.00pm
Kemudian Tun Dr. Mahathir dijemput untuk majlis makan tengahari di rumah Dato’ Radzi Manan di Tambun Heights.
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment