Saturday, May 31, 2008

PESTA SUNGAI MELAKA BERMULA

Oleh Mohd Ali Rustam
( http://www.MOHDALIRUSTAM.com )


Kapal Dagang Dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Dari jauh Tuan Datang
Pesta Melaka Sedia Menanti

Saya ucapkan selamat cuti sekolah kepada adik adik semua. Sempena cuti sekolah ini Kerajaan Negeri Melaka dibawah Barisan Nasional menyediakan produk terbaik untuk penggalakkan percutian domestik.

Pada 31 Mei hingg 8 Jun ini Pesta Sungai Melaka diadakan disepanjang 9km laluan nya dan acara yang berbagai yang telah diaturkan untuk kegembiraan yang terbaik. Sungai ini boleh disusuri dengan bot. Buat masa sekarang kita mempunyai 12 bot dan boleh dimuatkan 40 orang setiapnya. Sekarang ini hampir 2000 orang pengunjung menaiki bot setiap malam. Saya berharap adik-adik boleh merasakan pengalaman yang indah sepanjang laluannya yang sememang telah disediakan untuk dingati selalu.

Untuk pengetahuan adik-adik sungai Melaka ini adalah produk pelancungan yang utama pada masa sekarang di Melaka. Kami jangkakan akan menerima sejumlah 250,00 tetamu pada pesta kali ini. Kami juga akan berusaha untuk mencapai 1 juta pengunjung menjelang 2010.

Buat masa sekarang sungai ini telah masuk ke peringkat Fasa 3 pemulihannya. Waktu sekarang ada 2 lagi kerja yang belum selesai. Membina tebing sepanjang Kg. Morten dan juga menggantikan 8 jambatan yang sedia ada. Di muara sungai pula akan siap MARINA. Selepas ini semua selesai, insyaallah sungai ini akan menjadi satu produk pelancungan yang utama di Melaka termasuk Malaysia.

Balik kepada Pesta sungai Melaka ini maklumat lanjut berkenaan semua acara boleh didapati di laman web Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka di alamat http://www.ppspm.gov.my/.

Kita mempunyai 42 acara yang sungguh menyeronokkan seperti pertandingan perahu naga, jet ski, berenang, tangkap itik. Perarakan Beca berhias, perahu berhias, kereta berhias juga disertakan. Disamping itu pertandingan melukis kanak-kanak, tarian naga dan berbagai lagi. Tidak cukup dengan itu kita juga menyediakan kugiran atau kumpulan muzik tempatan di setiap jambatan yang ada. Di sini juga kita boleh menghiburkan hati dengan berkaraoke.

Harapan saya semoga musim cuti sekolah ini adik-adik menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian. Ini pasti akan menjadikan cuti yang mengembirakan.

Monday, May 26, 2008

UMNO MASIH RELEVAN KEPADA MELAYU

Oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Selepas 62 tahun parti keramat ini masih relevan kepada bangsa Melayu. Ini dibuktikan dengan penambahan keahlian UMNO di Melaka selepas PRU 12 yang lalu.Usaha ini adalah antara usaha berterusan memperkasakan UMNO.

Kita berjaya menambah keseluruhannya seramai 3,254 orang pada hari ini. Kempen menambah ahli melalui “keluargaku ahli UMNO” terutama mereka yang berumur di bawah 25 tahun, dilihat sebagai pemangkin terbaik untuk memperkasakan UMNO dan memastikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap memegang tampuk kepimpinan Negara.

Bahagian Masjid Tanah berjaya menambah seramai 408 ahli, Alor Gajah 268 ahli, Tangga Batu 518 ahli, Bukit Katil 1013 ahli, Kota Melaka 446 dan Jasin 871 ahli. Kempen ini kita sasarkan dengan setiap cawangan sekurang-kurangnya seramai 20 orang. Buat masa ini kita di Melaka mempunyai 385 cawangan dan keahlian ialah 128,000 orang manakala Keahlian UMNO Malaysia kini melebihi 3.4 juta orang.

Dengan keahlian baru ini terutama generasi muda sudah tentu akan memperkuatkan parti dan ia sekali gus menjamin survival UMNO pada masa depan. Kita juga akan memastikan golongan muda professional turut serta menjadi ahli dan memberi sumbangan yang bermakna buat parti.

Setiap ahli baru ini kita akan memberi kursus bagi memantapkan dominan bangsa melayu. Fokus dan tumpuan khusus adalah seperti berikut:

· Semangat Perjuangan Bangsa

· Menghayati Perlembagaan UMNO

· Memahami Tanggungjawab sebagai ahli UMNO

· Dominan Bangsa Masakini dalam Era Globalisasi

· Kembali ke perjuangan Asal

Topik yang kita tekankan ini ini adalah untuk cuba menghayati kembali sejarah bangsa yang telah lama bertamadun tetapi kerana kelalaian sendiri maka bangsa Melayu ini telah berubah menjadi satu rumpun bangsa yang telah di jajah lebih 450 tahun dan jika kita lalai sekali lagi tidak mustahil dijajah semula.

Justeru itu penyusunan dan perlaksanaan program kepada ahli baru atau pun lama sangat penting dan ini tidak boleh di abaikan sewenang-wenangnya. Inilah yang menjamin kemenangan kita dalam UMNO dan barisan Nasional Khususnya.

(Sumber : MOHD ALI RUSTAM )

Friday, May 23, 2008

HARGA MINYAK MELAMBUNG.....

LONDON 22 Mei – Harga minyak mentah dunia terus meningkat lagi hari ini mencecah paras ketinggian baru melebihi AS$135 (RM432) setong ekoran kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan.

Minyak mentah Brent North Sea melonjak ke paras tertinggi baru kepada AS$135.13 (RM432.41) setong dan penanda aras pasaran, harga minyak berkualiti tinggi Light Sweet New York merekodkan harga tertinggi baru pada AS$135.09 (RM432.28) setong.

Harga minyak di pasaran hadapan telah meningkat lebih daripada satu pertiga sejak awal tahun ini apabila ia buat kali pertama mencapai paras AS$100 (RM320) setong.

Ini berikutan ketidaktentuan senario politik di negara pengeluar minyak, pengurangan stok bahan tenaga, keengganan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkatkan pengeluaran, permintaan tinggi dari negara-negara Asia serta kelemahan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Harga minyak mentah dunia telah mencecah AS$130 (RM416) semalam sebelum terus mengalami peningkatan berikutan berita mengenai kejatuhan stok simpanan tenaga AS minggu lepas.

Peningkatan harga minyak telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara dunia yang memberikan subsidi minyak kepada rakyatnya untuk menampan kesan buruk kenaikan harga komoditi berkenaan.

Menurut sebuah firma penyelidikan di Kuala Lumpur, Kenanga Research, rakyat Malaysia mungkin berdepan kemungkinan harga bahan api dinaikkan dengan perkembangan terbaru itu.

Ini kerana katanya, kerajaan dilihat tidak mungkin mampu lagi untuk mengekalkan kos memberikan subsidi minyak sekiranya harga minyak mentah terus meningkat mencatat rekod terbaru.

‘‘Kami percaya kerajaan mungkin terpaksa menaikkan harga bahan api sekiranya harga minyak mentah melepasi dan kekal di paras AS$140 setong,’’ kata firma itu.

Pelbagai jenis subsidi yang diberikan oleh kerajaan sekarang kepada rakyat telahpun mencecah paras RM50 bilion dengan jumlah terbesar daripadanya atau RM45 bilion adalah untuk subsidi minyak.

Penganalisis Purvin and Gertz di Singapura, Victor Shum pula menjelaskan, pada masa ini, kesan psikologi lebih mempengaruhi pasaran berbanding dengan dasaran atau fundamental.

‘‘Meskipun tiada kekurangan bekalan, permintaan minyak dunia terus meningkat dan pertumbuhan adalah terhad.

‘‘Minyak menjadi pilihan berbanding ekuiti dan bon kerana minyak menawarkan pulangan yang baik,’’ katanya.

Selain itu, peningkatan harga minyak secara mendadak juga berpunca daripada tindakan Rizab Persekutuan AS menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi AS, negara pengguna minyak yang terbesar di dunia.

Harga minyak yang tinggi dilihat sebagai faktor utama yang menjejaskan momentum peningkatan itu.

Kelemahan mata wang AS juga menjadi sebahagian daripada punca kelemahan dolar yang menjadikan komoditi yang diurus niaga menggunakan dolar lebih murah kepada pembeli berbanding mata wang lain.

Pada masa yang sama, Agensi Tenaga Antarabangsa hari ini juga melaporkan bekalan minyak global akan berkurangan berbanding jangkaan dalam tempoh 20 tahun akan datang, setelah agensi berkenaan menjalankan penyelidikan terhadap prospek pengeluaran.

Laporan itu bermakna bekalan minyak mentah pada masa depan dijangka lebih sukar untuk diperoleh berbanding apa yang dijangkakan sebelum ini.

Sementara itu, pemimpin OPEC, Abdalla Salem El-Badri melahirkan kebimbangannya terhadap ketidaktentuan harga minyak dalam pasaran. - UTUSAN MALAYSIA.

MILIK SIAPAKAH ....BATU PUTIH?

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
(Di The Hague, Belanda)

HARI ini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan satu lagi keputusan yang bakal dicatatkan dalam sejarah perundangan maritim antarabangsa berhubung siapakah pemilik mutlak Pulau Batu Putih serta dua lagi bentuk maritim iaitu South Ledge dan Middle Rock.

Selepas mendengar hujah-hujah lisan oleh kedua-dua negara yang menuntut kedaulatan ke atas ketiga-tiga pulau itu pada 6 hingga 23 November lalu, tiba masanya ICJ membuat ketetapan yang memihak sama ada kepada Malaysia atau Singapura.

Keputusan ICJ muktamad dan tidak boleh dirayu, manakala kedua-dua negara sememangnya telah membuat perakuan untuk akur dan menerima apa sahaja keputusan yang dibentangkan oleh ICJ hari ini .

Paling penting keputusan tersebut dipastikan tidak menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang sememangnya diketahui sarat dengan perasaan ‘benci tapi rindu’. Banyak isu dua hala yang mengikat Malaysia dan Singapura, dan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih adalah salah satu daripadanya.

Antara isu-isu tertangguh yang menjadi ‘duri dalam daging’ hubungan Malaysia-Singapura ialah semakan harga air yang dijual ke republik itu, pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor, pengeluaran wang dari Tabung Simpanan Pusat (CPF) dan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar selain isu penggunaan ruang udara Malaysia oleh Tentera Udara Singapura.

Cuma bezanya isu-isu tersebut menuntut siri rundingan antara kedua-dua negara tanpa perlu merujuk kepada pihak ketiga. Ia berbeza dengan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih, South Ledge dan Middle Rock yang melibatkan kedaulatan serta pemilikan lantas memerlukan ICJ sebagai penimbang tara untuk membuat keputusan.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.

Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 Februari 1980.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Pada 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa pertikaian ke ICJ melalui Perjanjian Khas untuk memuktamadkan kedaulatan Pulau Batu Putih.

Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, “Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih; Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura’’.

Proses demi proses telah dilalui oleh kedua-dua negara selepas perjanjian khas itu dimeterai untuk menyempurnakan tuntutan terhadap ketiga-tiga bentuk maritim itu.

Malaysia yang diketuai oleh Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad bekerja keras untuk menyediakan bukti berupa dokumen bagi menyokong fakta bahawa Pulau Batu Putih sememangnya hak Malaysia.


Pendirian

Sebab itu setiap hujah Malaysia menetapkan pendirian bahawa kita tidak menuntut sebaliknya negara mahu ICJ menegaskan bahawa ketiga-tiga bentuk maritim itu sememangnya milik Malaysia manakala Singapura adalah pihak yang menuntut.

Abdul Kadir yakin keupayaan Malaysia mempersembahkan kes tersebut dengan cara paling terbaik. Ia bukan sahaja bergantung kepada tiga orang pegawai tinggi negara iaitu dirinya sendiri, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin serta lima peguam antarabangsa yang terkenal.

Kekuatan pasukan Malaysia juga amat bergantung kepada persediaan rapi yang dijalankan oleh para penyelidik yang telah memulakan kes tersebut sejak tidak kurang 15 tahun lalu.

Penyelidikan tidak terbatas di Malaysia malah menjangkau arkib, perpustakaan, muzium dan pelbagai sumber lagi di seluruh pelosok dunia supaya hujah pasukan negara tidak kelihatan sumbang atau lompong apabila dibentangkan ke mahkamah.

Penyelidikan yang diketuai oleh Wisma Putra telah menjadi satu usaha negara yang amat bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan, universiti dan institusi-institusi lain.

Sememangnya tidak salah jika pasukan Malaysia menaruh keyakinan bahawa negara mempunyai kes yang kukuh untuk mengekalkan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge lantaran kita telah memberikan yang terbaik.

Namun selepas bertungkus lumus menerusi hujah bertulis dan hujah lisannya, keputusan adalah di tangan 16 hakim yang diketuai oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh termasuk dua hakim ad hoc yang dilantik oleh Malaysia dan Singapura.

Harapan Malaysia, gandingan kepakaran tempatan dan antarabangsa ini, kedaulatan ke atas ketiga-tiga bentuk maritim itu akan dapat dikekalkan selama-lamanya.

Hakikatnya bukan rumah api yang dibina di atas Pulau Batu Putih menjadi ‘subjek utama’ pertikaian tetapi kedaulatan pulau tersebut yang menjadi keutamaan bagi Malaysia.

Sebab itu, Abdul Kadir, bertegas bahawa Malaysia bukan menuntut hak kedaulatan ke atas pulau seluas padang bola itu sebaliknya mahu mahkamah mengesahkan semula bahawa ia sememangnya milik negara.

Sememangnya hujah-hujah Malaysia baik dalam bentuk bertulis mahupun hujah lisan menjurus kepada bukti-bukti penting yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah miliknya. Siri dokumen berupa perjanjian, peta-peta dan fakta sejarah menjawab setiap dakwaan yang dikemukakan oleh Singapura.

Singapura pula menjadikan segala tindak tanduknya berhubung penyelenggaraan rumah api di pulau itu sebagai bukti bahawa ia mempunyai kedaulatan di situ. Bagi Singapura, mereka percaya bahawa telah wujud pentadbiran berkesan (effectivites) di pihak republik berkenaan di Pulau Batu Putih sehingga melayakkan pulau itu menjadi miliknya.

Bukti penting

Sepanjang sesi pembentangan hujah lisan Malaysia telah mengemukakan lapan bukti penting bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Johor sebelum tahun 1847 dan bukannya terra nullius (tidak bertuan) seperti yang didakwa oleh Singapura.

Bukti-bukti penting itu berupa dokumen perjanjian yang dipersetujui sepanjang tahun 1824 hingga 1851 melibatkan Kesultanan Johor dan British.

Tiada dokumen dikemukakan oleh Singapura bagi membuktikan dakwaannya bahawa Pulau Batu Putih adalah terra nullius dan terbuka untuk diduduki oleh mana-mana kuasa sekalipun.

Singapura berhujah bahawa negara itu telah membuktikan pentadbiran berkesan di Pulau Batu Putih dengan menjalankan pelbagai aktiviti di situ sejak lebih 150 tahun lepas bagi membuktikan ia melaksanakan kuasa kedaulatan di Pulau Batu Puteh, yang dipanggilnya Pedra Branca (bahasa Portugis bermaksud batu putih) sedangkan Malaysia tidak berbuat demikian.

Sesungguhnya pasukan Malaysia bekerja keras untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar dan kes ini dapat dibentangkan secara tersusun.

Namun kesempurnaan hujah-hujah itu tidak diketahui sama berjaya menarik perhatian para hakim yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan antarabangsa dan bukan calang-calang orangnya.

Sesungguhnya hari ini adalah hari penentu sama ada Pulau Batu Putih, Middle Rock dan South Ledge akan kekal bersama Malaysia ataupun Singapura yang sebelum ini bertindak sebagai penjaga Rumah Api Horsburgh akan menjadi pemilik baru ketiga-tiga bentuk maritim itu. - UTUSAN MALAYSIA.

Thursday, May 22, 2008

APAKAH MELAYU AKAN TERUS BERCAKARAN?

Oleh : Ibrahim Yahaya
(Belang Bertempat Akhbar Sinar Harian - 21 MEI 2008)

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anggota seumur hidup dan bernombor keahlian “1”, kelmarin mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang bernombor keahlian '2'. Tindakan bekas Presiden UMNO itu mengejutkan ramai pihak – kawan dan lawan dalam politik. Bagaimanapun, ada juga yang sudah menjangka tindakan drastik itu akan berlaku kerana memahami sikap luarbiasa bekas Presiden UMNO itu sejak dulu lagi.
Dr Mahathir juga mahu mereka yang sependapat dengan beliau mengikuti jejak langkahnya tetapi tidak mahu mereka menyertai parti lain. "Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya.’

Bagi pemerhati politik, tindakan Dr Mahathir itu adalah langkah terakhirnya untuk memberi tekanan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan “tsunami politik” pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu. Keputusan itu menyaksikan BN tidak mendapat majoriti dua pertiga kerana mendapat 140 kerusi daripada 222 kerusi yang ditawarkan manakala bilangan Ahli Parlimen pembangkang bertambah kepada 82 orang.

Dr Mahathir yang lantang mengkritik Paklah sebelum dan selepas PRU12, mahu Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN). Bagi Dr Mahathir, Paklah adalah punca utama persembahan buruk BN serta perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan segera.
Bagi Paklah, yang terkejut dengan pengumuman Dr Mahathir itu, menyifatkannya sebagai satu tindakan yang sudah pasti difikirkan masak-masak oleh ketua lamanya. Namun, beliau tetap bertegas tidak akan meletakkan jawatan dan berharap semua ahli UMNO bertenang dan setia kepada parti yang telah banyak memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini. Dalam pertemuan dengan UMNO Selangor malam kelmarin, Paklah yang mengambil sikap “berdiam diri” dan “tidak melawan” selama ini, menegaskan beliau mahu terus menjalankan kerja yang diamanahkan serta kurang bercakap untuk menangkis tuduhan Dr Mahathir.

Kemanakah arah Dr Mahathir selepas keluar dari UMNO? Dalam blognya, chedet.com. bekas Presiden UMNO turut menegaskan bahawa "saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan." Kenyataan itu sudah pasti melegakan ahli UMNO terutamanya mereka yang masih sayang kepada Perdana Menteri selama 22 tahun ini di samping tidak mahu orang Melayu terus berpecah-belah dan menubuhkan banyak parti yang boleh melemahkan gagasan perjuangan Melayu di negara ini. Perpecahan itu adalah sesuatu yang tidak sihat kerana tiada satu suara yang boleh mewakili bangsa Melayu dalam memastikan “kedaulatan Melayu” dalam Perlembagaan terus terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak termasuk orang Melayu.

Pengumuman keluar UMNO itu dibuat pada tengah hari kelmarin ketika Dr Mahathir berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star, Kedah. Ia dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang turut dihadiri oleh Presidennya, Tan Sri Khalid Abdullah.
Mengikut laporan media, pengumuman Dr Mahathir itu dibuat secara spontan setelah seorang peserta meminta beliau keluar UMNO jika tidak bersetuju dengan kepemimpinan sekarang. Walaupun laporan awal ada menyebut kemungkinan Dr Mahathir akan membuat satu pengumuman penting, namun hadirin tidak menyangka beliau akan keluar daripada parti yang pernah dianggapnya keramat dan berjasa kepada bangsa Melayu. Bekas Presiden UMNO menjelaskan tindakannya itu kerana hilangnya keyakinan terhadap kepemimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Paklah yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. Dr Mahathir berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.
Dr Mahathir juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu. "Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak.".
Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu anggota Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan. Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa.”

Pelbagai persoalan pasti timbul dengan tindakan mengejut Dr Mahathir itu. Antaranya ialah kesan terhadap scenario politik Melayu dan negara ini. Apakah ahli-ahli UMNO akan membuat keputusan untuk mengikuti jejak Dr Mahathir? Adakan saranan Paklah agar ahli UMNO bertenang dan terus setia dengan parti akan dituruti oleh semua pihak? Adakah ini strategi yang boleh dipatahkan oleh Paklah dan pemimpin UMNO lain? Apakah ahli UMNO akan mendengar arahan Dr Mahathir atau sentiasa mengutamakan kepentingan bangsa Melayu? Apakah Melayu akan terus bercakaran? Apakah perbalahan berbentuk peribadi ini boleh diselesaikan oleh orang ketiga? Apakah Paklah perlu bertemu Dr Mahathir?

Bagi Dr Mahathir keluar UMNO bukan satu perkara baru dalam dirinya. Beliau pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepemimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972. Oleh itu, langkah keluar UMNO kali ini dan berjanji menyertai semula selepas “ketiadaan” Paklah boleh dilihat sebagai satu strategi untuk menguji kecondongan kesetiaan ahli UMNO. Siapa yang mereka pilih?

Apa yang perlu dilakukan oleh ahli UMNO sekarang? Bagi saya, ahli UMNO jangan melatah termasuk melakukan tindakan yang boleh memburuk-burukkan keadaan. Mereka perlu bertenang dan tidak mengikut perasaan. Ketika ini, mereka perlu bersatu dan memperkuatkan barisan. Tindakan mengejut Dr Mahathir itu perlu dianggap sebagai satu ujian mental yang perlu dilalui dengan bijak sebelum sebarang tindakan diambil.
Berlatarbelakang senario politik sekarang yang boleh dianggap tidak stabil kerana ugutan dan khabar angin, ahli UMNO wajib setia dengan UMNO dan berusaha keras memperbaiki kelemahan bersama pemimpin mereka. Utamakan perjuangan parti daripada kepentingan peribadi. Jangan biarkan UMNO tersungkur dan berkubur. Jangan biarkan UMNO tinggal pada namanya saja. Jika berlaku, pasti amat menyedihkan.

UMNO perlu kukuh, begitu juga BN. Ahli dan pemimpin UMNO dan parti komponen BN di Sabah serta Sarawak perlu berusaha membantu rakan-rakan lain dalam BN untuk berdiri tegap dan berlari bersama UMNO. Ini penting untuk memastikan kesinambungan politik BN untuk tahun akan datang. Kerjasama erat semua parti komponen BN perlu kekal dan diperkukuhkan demi untuk kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Apa lagi pengumuman mengejutkan hari ini?

SURAT MOKHZANI KEPADA MERBOK

Oleh Mazlan Mahmud

Surat Mokhzani kepada setiausaha UMNO Bahagian Merbok berbunyi :

Perkara : Keahlian UMNO No 00190666

Dengan surat ini, saya mengistiharkan bahawa saya tidak lagi ingin menjadi ahli UMNO.Sila batalkan keahlian saya dengan UMNO Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Dengan ikhlas,

Mokhzani Mahathir.




Kalau Mokhzani turut keluar dari UMNO mengikut jejak langkah ayahandanya Tun Mahathir dan kalau bondanya Tun Siti Hasmah juga keluar UMNO. Mengapa pula Mukhriz tak ikut keluar UMNO? Ini kerana buat masa dan ketika ini UMNO masih ada kepentingan kepada Mukhriz dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Jerlun dan akan bertanding ketua Pemuda kelak.

Nampaknya UMNO ini hanyalah seperti 'kuda tunggangan' untuk mereka yang berkepentingan sahaja. Ibarat pepatah Melayu "Habis manis sepah dibuang". UMNO nampaknya lebih diperlukan diperingkat akar umbi dan orang-orang kampung sahaja, yang masih mengharapkan pembelaan kerana mereka ini yang lebih memerlukan kemanisan UMNO. Tetapi anak-anak mereka yang telah berjaya kelak tidak perlu lagi UMNO (lihat kesan pengundi muda PRU12).

Kesannya golongan 'urban' dan elit ini menganggap UMNO hanyalah parti kampung. Mereka mengistilahkan penyokong bawahan dan marhain ini sebagai "grass roots" yang membawa makna jika diterjemahkan bererti "akar-akar rumput" yang hanya layak diinjak-injak di padang-padang golf dan padang-padang bola.

MERBOK SOKONG PAKLAH

Oleh Mazlan Mahmud

UMNO Bahagian Merbok yang mempunyai keahlian seramai 19,521 orang menyokong penuh kepimpinan YAB Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Keputusan itu diputus dengan sebulat suara di dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian yang telah diadakan pada 21 Mei 2008 di pejabat UMNO Bahagian Merbok.

Kenyataan salah seorang Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Ketua UMNO Cawangan Jalan Badlishah, Mejar (B) Hj Annuar Abdul Hamid yang sebelum ini menyatakan 300 ahli cawangannya yang bertindak keluar parti mengikut Tun Mahathir yang keluar UMNO adalah kenyataan peribadi beliau sahaja dan langsung tidak merujuk kepada kepimpinan bahagian.

Mesyuarat bulanan bahagian tersebut dipengerusikan oleh Ybhg Dato' Hj Arzmi Hamid selaku ketua UMNO Bahagian dan turut dihadziri oleh semua ahli jawatankuasa termasuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato' Hj Tajul Arus bin Mat Zain dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Datuk Seri Zainudin Maidin.

Sokongan ini dibuat berasaskan menghormati budaya, tertib dan kesantunan kepimpinan Melayu. Budaya ini harus dikekalkan kerana asset inilah yang menjadikan bangsa Melayu itu dihormati oleh Inggeris sejak dari zaman penjajahan lagi sehingga sekarang.

Wednesday, May 21, 2008

I-REMAJA MEI 2008



Mei waktu paling sesuai kita meraikan ibu. Mei menjadi dunia untuk meraikan orang yang sepatutnya kita sanjung dan sayangi ini. Sempena Hari Ibu, I-Remaja mendekati beberapa orang remaja yang mengambil-alih tugas ibu mereka di rumah. Alasannya pelbagai,ada antaranya terpaksa selepas ketiadaan ibu, ada juga yang melakukannya kerana membantu ibu bekerja.

Dan tidak kurang menjadi ibu di rumah kerana ibu sahaja yang mencari nafkah di luar.Semuanya dapat anda ikuti dalam I-Remaja Mei yang memilih penyanyi Elyana sebagai penghias muka depan. Elyana pasti mengungkapkan kata sayang pada ibunya setiaphari. Katanya kejayaan yang dikecapi hari ini semuanya atas doa dan dorongan ibu.

Sebut mengenai politik semasa, ramai yang masih memperkatakan keputusan pilihan raya lalu. Siapa kata remaja tidak prihatin dengan perkembangan politik semasa? Kalau tidak percaya ikuti rencana mengenai pemimpin pelajar peringkat universiti. Matlamat mereka, bagaimana mereka berkempen, manifesto ketika berkempen dan bagaimana mereka menjalankan tanggungjawab sebagai mpp apabila terpilih.

Dan dunia remaja tidak lengkap sekiranya tidak diselangi dengan perkembangan hiburan semasa. I-Remaja menambah ruang hiburan sesuai dengan permintaan. Ikuti kisah menarik Mila selepas putus cinta dengan Ebi, Syawal cari gadis bertudung, Shila anak N.D Lala makin hebat dan siapa artia remaja Hollywood yang tidak gemar dunia glamor dan berparti. Semuanya dalam I-Remaja Mei.

Tuesday, May 20, 2008

DR MAHATHIR "TESTING THE MARKET"

Oleh Mazlan Mahmud

Tindakan Tun Mahathir keluar UMNO dengan bersyarat beliau akan kembali ke dalam UMNO jika Pak Lah letak jawatan sebagai PM hanyalah ibarat untuk "testing power" dia sahaja. Beliau juga menegaskan tidak akan memasuki mana-mana parti lain selain UMNO dan malah menyeru sesiapa yang keluar UMNO jangan menyertai mana-mana parti. Ini bermakna beliau masih yakin akan perjuangan UMNO.

Kalau beliau hilang keyakinan kepada UMNO sudah tentu beliau keluar UMNO tubuh parti baru atau menyertai mana-mana parti yang ada. "Yang sebenarnya beliau tak payah umum pun." kata seorang rakan. Tetapi stail dan gaya beliau dari dulu memang begitu, untuk menyatakan perasaan protes dari seorang yang dibelenggu kesepian dan sedang menghadapi sindrom "rasa dilupakan" baiklah beliau umum. Dengan pengumuman ini, ia seperti ledakan sebiji bom, sekarang semua perhatian ditumpukan kepada beliau.

Inilah cara Mahathir dan untuk menghidupkan 'aura' beliau kembali, beliau mesti melakukan sesuatu. Jika diamati betul-betul semasa pengumuman semalam dari expresi muka dan "body language" ia dilakukan dengan cara penuh sakastik dan sinis. Sama-sama kita tunggu apalagi Mahathir selepas ini. Mungkin beliau akan umum letak jawatan sebagai penasihat Petronas pula? tetapi apa kesan dan akibatnya kepada Kencana Petroleum Bhd? syarikat awam yang dipunyai oleh anak kelima beliau Mokhzani. Syarikat fabrikasi pelantar minyak yang banyak meraih projek Petronas.

NAJIB SANGGUP JUMPA LAGI DR M

Daripada ZULKIFLI JALIL

SHARM EL-SHEIKH, Mesir 19 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sanggup berjumpa sekali lagi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan tindakan bekas perdana menteri itu keluar daripada UMNO.

Najib juga menegaskan beliau akan terus berbincang dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai usaha pengukuhan parti serta isu peralihan kepimpinan UMNO seperti yang telah dizahirkan oleh Abdullah sendiri.

Sambil berharap semua anggota parti bertenang berikutan tindakan Dr. Mahathir itu, Najib meminta mereka terus memberi keyakinan kepada usaha memulih dan mengembalikan kekuatan UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional(BN).

Menurutnya, beliau telah bercakap menerusi telefon dengan Abdullah mengenai perkara berkenaan.

Mengenai tindakan Dr. Mahathir, Najib berkata: ‘‘Saya berasa terkejut dan sedih kerana Tun Mahathir begitu banyak berjasa dan sumbangannya kepada parti dan negara sungguh tidak ternilai.

‘‘Saya telah berjumpa dengan Dr. Mahathir sebelum ini dan saya sendiri sanggup berjumpa beliau sekali lagi untuk berbincang mengenai tindakan terbarunya ini,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO kepada wartawan Malaysia di sini hari ini. Najib berada di sini sejak semalam bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) Mengenai Asia Barat.

Najib menegaskan, memandangkan BN telah mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, parti itu akan menunaikan amanah yang diberikan rakyat untuk memerintah negara.

“UMNO adalah parti keramat orang Melayu dan menjadi tonggak kepada perjuangan bangsa Melayu sejak sekian lama dan pada masa akan datang.

‘‘Adalah penting bagi kerajaan BN untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab seperti yang dikehendaki rakyat,” katanya.

Beliau berkata, UMNO tidak boleh membiarkan isu dalaman mengganggu-gugat tanggungjawabnya kepada rakyat.

‘‘Selama ini, segala masalah yang berbangkit telah diselesaikan melalui tindakan dalam UMNO dan bukan di luar UMNO,” katanya. - UTUSAN MALAYSIA.

TUNJUK KESETIAAN - PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan ROHANI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 19 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua ahli UMNO bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti walaupun bekas presiden parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar UMNO.

“Kita perlu menjadi ahli UMNO yang taat setia kepada parti dengan memastikan parti kita terus menjadi parti yang kuat dan mampu meneruskan perjuangan seperti mana yang telah diasaskan sejak dahulu lagi,” katanya.

Mengulas tindakan Dr. Mahathir keluar parti, Presiden UMNO itu melahirkan rasa terkejut dengan tindakan nekad tersebut tetapi mengingatkan ahli-ahli UMNO: “Apa yang penting dalam hal ini, kalau itulah keputusannya, ahli UMNO perlu bertenang.”

“Saya sendiri sejak dahulu sampai sekarang tidak pernah keluar UMNO. Saya akan teruskan perjuangan UMNO dan akan tetap setia kepada UMNO.

“Saya amat berharap ahli UMNO akan tetap setia dengan parti ini. Apa akan jadi kepada kita jika tidak ada parti seperti UMNO? UMNO telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas bertemu beberapa delegasi Kongres Teknologi Maklumat Sedunia 2008 di sini hari ini.

Dalam reaksinya, Abdullah juga menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dan Presiden UMNO ekoran tindakan bekas perdana menteri itu.

“Kenapa saya perlu meletak jawatan? Saya ada tugas yang perlu dilaksanakan, saya akan meneruskan tugas-tugas saya,” katanya

Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, Abdullah meminta semua ahli UMNO tidak terikut-ikut dengan langkah tersebut.

“Saya terkejut dengan tindakan Tun meletakkan jawatan. Nampaknya Tun tidak mahu lagi jadi ahli UMNO dan saya fikir sudah tentu Tun telah memikirkannya,’’ kata beliau.

Dalam sidang akhbarnya di Alor Star ketika mengisytiharkan dirinya keluar UMNO, Dr. Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah meletak jawatan sebagai Presiden UMNO atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

Dr. Mahathir mendakwa UMNO kini hanya menjadi sebuah badan untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri “yang mengutamakan keluarganya daripada kepentingan negara.”

Ditanya sama ada beliau bimbang dengan kesan pengumuman Dr. Mahathir itu terhadap UMNO yang merupakan parti tunjang Barisan Nasional (BN), Abdullah memberitahu, mungkin ada ahli yang akan meninggalkan UMNO tetapi beliau “tidak fikir ia akan melibatkan Ahli Parlimen UMNO.”

UMNO mempunyai 79 ahli Parlimen daripada 140 wakil rakyat BN di Dewan Rakyat.

“Kalau ahli akar umbi... wallahhualam. Keahlian UMNO lebih daripada tiga juta. Mungkin ada (yang keluar parti), mungkin tidak ada tetapi yang penting ialah kita perlu fikir baik-baik adakah kita mahu meninggalkan UMNO.

“Kalau kita benar-benar ahli yang memperjuangkan UMNO, kita mesti bersabar dengan UMNO.

“Kalau kita tidak mahu dengan UMNO, bererti tidak ada lagi perjuangan UMNO dalam diri kita. Bagi saya, saya akan terus berjuang dengan UMNO,” tegasnya.

Menurut Abdullah, semua ahli UMNO harus menunjukkan kesetiaan kepada parti kerana UMNO banyak berjasa kepada rakyat negara ini.

Katanya, bukan orang Melayu sahaja yang dapat manfaatnya malah hasil perjuangan UMNO juga dirasai kaum lain.

“Saya tidak kata ia (langkah Dr. Mahathir keluar UMNO) tidak menjejaskan langsung, namun saya masih percaya ahli-ahli kita masih sayangkan UMNO dan tidak logik mereka sewenang-wenangnya mahu meninggalkan parti kerana tiada alasan untuk mereka bertindak sedemikian,” katanya.

Abdullah menegaskan, kekuatan UMNO adalah berasaskan kepada perpaduan majoriti ahli dan bukannya disebabkan pemimpin berpengaruh.

“Dulu ketika pemimpin besar, kanan dan berpengaruh tidak ada dalam parti, majoriti ahli UMNO tetap bersama parti, sebab itu UMNO wujud sampai ke hari ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Dr. Mahathir baru-baru ini, Abdullah berkata, beliau tidak tahu apa yang dibincangkan oleh kedua-duanya.

“Saya tidak tahu apa yang dibincangkan antara beliau (Tun Mahathir) dengan Najib,” katanya. - UTUSAN MALAYSIA.

DR MAHATHIR UMUM KELUAR UMNO

Oleh ZAINU‘L AZHAR ASH‘ARI

ALOR STAR 19 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO, berkuat kuasa serta-merta.

Bekas presiden UMNO selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu dan merupakan antara ahli terawal parti itu sejak penubuhannya pada 1946 berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota UMNO Kedah pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sebuah hotel di sini.

Menurut anggota UMNO seumur hidup itu, beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah yang juga Perdana Menteri meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

“Saya akan menulis surat kepada UMNO bagi memaklumkan kepada mereka (mengenai langkah keluar daripada UMNO),” katanya.

Sebelum itu, beliau memberi cadangan supaya pemimpin cawangan dan bahagian parti itu meletakkan jawatan masing-masing sebagai isyarat kepada Abdullah supaya meletakkan jawatan dalam parti sebelum pemilihan UMNO Disember ini.

“Saya tidak akan suruh orang lain buat sesuatu (letak jawatan dan keluar UMNO) yang mana saya sendiri tidak berani buat,” kata beliau.

Bekas Perdana Menteri berusia 83 tahun itu berkata, surat pengisytiharan keluar daripada UMNO akan dihantar secara rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah itu, Dr. Mahathir dengan wajah kecewa berkata, beliau berpendapat parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr. Mahathir berkata, keputusan keluar parti itu dibuat kerana beliau berpendapat UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO sebenar.

Beliau mendakwa, UMNO kini hanya menjadi sebuah badan untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri “yang mengutamakan keluarganya daripada kepentingan negara.”

“Saya boleh beri senarai perkara yang dibuat olehnya (Abdullah) yang merugikan negara.

“UMNO yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar daripada UMNO,” katanya.

Sepanjang pembabitan Dr. Mahathir selama enam dekad dalam UMNO, beliau pernah dipecat daripada UMNO pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan UMNO ketika itu, tetapi beliau diterima kembali ke dalam parti itu pada 1972.

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri antara 1981-2003, UMNO berpecah pada tahun 1980-an dan 1990-an, dan parti itu melalui saat-saat traumatik apabila ia diharamkan berikutan perebutan kuasa.

Dalam ucapannya hari ini, Dr. Mahathir mengajak anggota UMNO yang sependapat dengannya mengenai kepimpinan parti supaya mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar daripada parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti pembangkang lain.

“Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya,” tambahnya.

Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu yang akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr. Mahathir memberitahu: “Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli UMNO.”

Katanya: “Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli UMNO dan ketua bahagian tidak dibenarkan berjumpa saya. Apakah ini?”

Beliau berkata, tindakan kepimpinan UMNO itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan UMNO sebagai tidak demokratik.

“Saya beri pengakuan berkenaan diri sendiri, saya tidak peduli sama ada orang nak ikut atau tidak. Kalau mereka harus sokong Abdullah, utamakan Abdullah... itu hak mereka,” ujar beliau.

Dalam nada sinikal, beliau menyatakan keyakinan bahawa tindakannya meninggalkan UMNO tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

“Saya pernah dibuang daripada UMNO, politik UMNO tidak hilang. Kalau nak betulkan (UMNO), (kita) kena berani pelihara perjuangan parti dan orang Melayu harus berani bertindak,” katanya.

Beliau kecewa kerana UMNO kini tidak lagi demokratik.

“Hendak adakan perjumpaan dengan ahli, ketua UMNO tidak boleh hadir.

“Dulu semasa Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) lawan saya, dia bebas pergi berkempen ke mana-mana bahagian, saya tidak larang pun.

“(Almarhum) Tunku Abdul Rahman sokong Ku Li, saya tidak halang. Sekarang ini (kita) tidak boleh kata apa-apa pun kepada parti dan presiden parti,” ujar beliau.

Dr. Mahathir mengulangi pandangannya bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memastikan survival UMNO selepas BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Jika perlu, kata beliau, anggota UMNO boleh mengadakan undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletakkan jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar UMNO) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr. Mahathir berkata: “Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa.”

Mengenai keuntungan politik yang bakal diperoleh pembangkang ekoran keputusannya keluar UMNO, beliau berkata, atas sebab-sebab tertentu parti lawan mahu Abdullah terus memimpin UMNO.

“Parti lawan mahukan Abdullah kerana beliau telah memberi kejayaan besar kepada pembangkang (dalam Pilihan Raya Umum Ke-12),” katanya.

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Dr. Mahathir berkata, cadangan supaya pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian meletakkan jawatan dan keluar UMNO bertujuan menyelamatkan parti itu.

Menurut beliau, tindakan tersebut perlu dilakukan sebelum pemilihan UMNO Disember ini kerana jika ia tidak dilakukan Abdullah akan menang tanpa bertanding sebagai Presiden dalam pemilihan parti.

Dr. Mahathir berkata, walaupun Tengku Razaleigh atau Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Timbalan Presiden UMNO, mahu bertanding menentang Abdullah, mereka tidak akan mendapat cukup pencalonan.

Katanya, arahan-arahan telah pun dikeluarkan meminta ahli-ahli UMNO tidak menyokong pencalonan lain selain Abdullah untuk pemilihan Presiden parti itu.

Thursday, May 15, 2008

NAJIB JAWAB TOHMAHAN

Oleh HATA WAHARI (UTUSAN MALAYSIA)

KUALA LUMPUR 14 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas perbuatan segelintir ahli Parlimen pembangkang yang sengaja menimbulkan dakwaan-dakwaan palsu terhadap kerajaan berkaitan komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi, selain mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Dalam ucapannya ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat petang ini, Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tuduhan-tuduhan itu sebagai “satu rekaan yang diatur secara berterusan untuk kepentingan politik bagi mengelirukan rakyat.”

Katanya: “Tindakan ini tidak langsung memikirkan kesan-kesan buruk terhadap imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keselamatan negara... ia dibuat semata-mata untuk membakar hati rakyat dan bukan menegakkan kebenaran.’’

Dalam penggulungannya, antara lain Najib menjelaskan:

- Kementerian Pertahanan tidak pernah membayar komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung berjumlah RM500 juta (Euro 114.96 juta) kepada Perimekar Sdn. Bhd. berkaitan pembelian kapal selam Scorpene.

- Harga pembelian pesawat Sukhoi yang berbeza di antara Malaysia dan India disebabkan perbezaan konfigurasi dan bilangan pesawat yang dibeli.

Malaysia membeli hanya 18 buah pesawat Sukhoi menggunakan teknologi Thales dari Perancis manakala India membeli 180 buah pesawat jenis itu dengan 140 buah dibina di India menggunakan teknologi avionik Israel.

- Beliau tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan Altantuya, 28, yang mati dibunuh pada Oktober 2006.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu telah beberapa kali diperjelaskan, tetapi ada sesetengah anggota pembangkang dengan sengaja cuba mengaitkan nama beliau dalam kes tersebut.

Menghuraikan secara lebih terperinci mengenai kapal selam Scorpene, Najib berkata, pembelian itu dibuat mengikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahanan negara yang membabitkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga.

“Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya ditandatangani selepas kelulusan kementerian dan setelah kontrak tersebut dirujuk kepada Peguam Negara,” katanya.

Najib menyifatkan tuduhan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat kononnya berlaku rasuah dalam pembelian peralatan ketenteraan itu adalah tidak berasas sama sekali.

Ketika beliau berucap, Wan Azizah mencelah bertanya mengapa harga pembelian kapal selam itu oleh India dan Chile lebih murah daripada Malaysia.

Najib menegaskan, perbezaan harga itu berlaku kerana kelainan spesifikasi memandangkan India menggunakan teknologi Israel sedangkan Malaysia menggunakan teknologi Perancis sepenuhnya.

Beliau menjelaskan, kontrak perolehan kapal selam Scorpene itu ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan dengan syarikat DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol selaku pembekal kapal selam, manakala syarikat Perimekar bertindak sebagai pembekal perkhidmatan projek.

“Nilai kontrak ialah Euro 1.084 bilion (RM5.5 bilion) yang dibahagi kepada dua iaitu pertama membabitkan kos berjumlah Euro 969.15 juta (RM4.94 bilion) merangkumi pembelian dua buah kapal selam dan latihan untuk warga kapal selam.

“Kedua, ia melibatkan perbelanjaan bernilai Euro 114.96 juta (RM586.3 juta) membabitkan Perimekar untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol,” katanya,

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membuat sebarang rundingan pembelian dengan Perimekar dalam konteks perolehan kapal selam Scorpene.

Syarikat itu, kata Najib, sebenarnya diberi kontrak perkhidmatan sokongan untuk tempoh enam tahun dengan nilai kontrak Euro 114.96 juta (RM586.3 juta).

Pada masa ini, Perimekar baru dibayar sebanyak Euro 95.54 juta (RM487.3 juta).

Najib memberitahu, Perimekar adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S. Ombak Laut Sdn. Bhd.

Beliau menambah, skop kerja perkhidmatan sokongan yang diberikan oleh Perimekar adalah menyediakan kediaman untuk pasukan pegawai TLDM di Perancis dan Sepanyol.

Penyelenggaraan

“Syarikat itu juga menyediakan pejabat urusan, kediaman serta kelengkapan untuk 156 anggota TLDM dan 30 kakitangan penyelenggaraan pangkalan.

“Ia juga menyediakan insurans, membayar elaun harian bernilai Euro 50 sehari (RM306), membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap anggota pasukan untuk tiga kali setahun serta menyediakan keperluan lain,” katanya.

Di samping itu, kata Najib, Perimekar juga menyediakan perkhidmatan koordinasi dengan memastikan syarikat Malaysia terlibat dalam pembinaan kapal selam serta terbabit dalam program off-set.

Katanya, syarikat itu juga membantu kontraktor utama dalam prosedur kerajaan serta menyelaras latihan krew kapal selam dan menyediakan laporan koordinasi setiap bulan.

Menjawab isu yang ditimbulkan mengenai pembelian Sukhoi, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, kerajaan tidak membayar komisen kepada IMT Defence (M) Sdn. Bhd. yang merupakan wakil tunggal syarikat Rosoboronexport dari Rusia dalam pembelian pesawat pejuang Sukhoi.

Sehubungan itu, kata Najib, tuduhan yang dilemparkan oleh wakil rakyat pembangkang bahawa kerajaan telah membayar komisen bagi pembelian kapal selam dan pesawat pejuang Sukhoi adalah tidak benar.

Mengenai pembelian pesawat Sukhoi, beliau berkata, secara prinsipnya, harga pesawat Sukhoi yang ditawarkan oleh Rusia kepada Malaysia tidak banyak berbeza seperti yang ditawarkan kepada India.

Najib yang menjawab isu yang dibangkitkan oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berkata, sebelum memuktamadkan harga dengan pihak Rusia berhubung perolehan tersebut, kerajaan telah membuat kajian termasuk perbandingan harga dengan Tentera Udara India.

Sementara itu, menjawab isu lain yang dibangkitkan oleh Wan Azizah bahawa terdapat unsur rasuah dalam kontrak perolehan 27 buah kapal peronda generasi baru TLDM yang dibina di Lumut, Najib menegaskan, perkara itu tidak berlaku.

Katanya, kontrak itu diberikan kepada PSC-Nayal Dockyard kerana kerajaan berhasrat untuk membangunkan industri maritim negara dengan kemudahan infrastruktur yang ada dalam negara.

“Kontrak itu membabitkan pembinaan enam buah kapal dengan nilai RM5.35 bilion, namun syarikat itu gagal memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal yang hampir disiapkan.

“Kerajaan terpaksa meneruskan projek itu dengan LTAT mengambil alih PSC-Naval Dockyard bagi mengelakkan kerugian dan kemudian ditukar nama kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.,” katanya.

Berikutan itu, kata Najib, kerajaan terpaksa memberi kelulusan kenaikan nilai kontrak daripada RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion iaitu sebanyak RM1.4 bilion bagi memastikan pembinaan kapal itu berjalan lancar.

Beliau berkata, bayaran yang dibuat oleh kerajaan dalam projek itu adalah berasaskan kepada jadual siap kerja bagi keenam-enam kapal yang dibina serentak.

“Kerajaan juga bersetuju untuk mengetepikan bayaran penalti kerana jika dikenakan ia tidak setimpal dengan usaha syarikat Boustead Naval Shipyard menyiapkan pembinaan keenam-enam kapal tersebut,” katanya.

Wednesday, May 14, 2008

APAKAH MOTIF DAN RAHSIA TINDAKAN KARPAL?

Oleh : Ibrahim Yahaya
(Belang Bertempat Akhbar Sinar Harian - 14 MEI 2008)

Sehingga hari ini, sudah pasti ramai orang Melayu yang terus mengutuk tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, yang menghina Institusi Raja-Raja Melayu dengan mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Raja-raja di Perak, Selangor dan Kelantan. Ini termasuk mempertikaikan siapa yang menyediakan teks yang dibaca oleh Yang DiPertuan Agong ketika titah Perasmian Dewan Rakyat ke-12 baru-baru ini.

Persoalannya apakah tujuan Karpal Singh berbuat demikian terutama selepas pembangkang menang besar di Pilihan Raya Umum Ke 12? Adakah memenangi 82 kerusi Parlimen dan menguasai lima negeri membolehkan mereka bercakap apa saja yang disukai? Adakah pemimpin pembangkang kini merasakan “terlalu kuat” sehingga boleh mempersoalkan kuasa Raja-Raja Melayu terutama di negeri yang ditadbirkan oleh PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Anehnya, walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat terhadapnya di seluruh negara, Karpal Singh terus mempertahankan kenyataan itu dan seolah-olah beliau tidak bersalah berbuat demikian.

Yang lebih menghairan sikap membisu pemimpin PAS dan PKR terutama berbangsa Melayu kecuali Datuk Nik Aziz Nik Mat. Menteri Besar Kelantan menyifatkan tindakan pemimpin DAP itu tidak betul dan menderhaka kepada Raja-raja. Apakah sikap membisu pemimpin Melayu di kedua-dua parti itu disebabkan mereka tidak mahu menyinggung perasaan rakan kongsi dalam parti campuran ? Apakah mereka ingin menjaga hati pemimpin DAP sehingga sanggup bersekongkol dan membisu walaupun hak Raja-Raja di persoal dan dipertikaikan? Apakah kita tidak mempertahankan maruah apabila orang lain menghina Raja-Raja kita, Raja-raja mereka juga? Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali, turut mempersoalkan mengapa pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR membisu seribu bahasa. Bagi beliau, kebisuan ini menimbulkan 1001 persoalan mengenai motif hubungan antara DAP dan PKR.

UMNO yang merasakan tindakan Karpal Singh bertentangan dengan Perlembagaan, telah membuat laporan polis yang dilakukan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Menerusi laporan polis itu, UMNO berharap pihak berkuasa keselamatan akan menyiasat Karpal Singh berhubung dengan ungkapannya yang mempersoalkan titah SPB Yang Dipertuan Agong, Sultan Perak dan Sultan Selangor.

Yang menarik ialah teguran yang dibuat oleh Majlis DiRaja Selangor yang menyifatkan tindakan Karpal Singh itu tidak bertanggungjawab, tiada asas tertentu dan amat mengelirukan. Ia pasti menarik minat rakyat Selangor terutama orang Melayu mengenai bentuk tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri di bawah PKR.

Apakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan terus membisu atau bersama-sama dengan pemimpin Melayu lain menegur Karpal Singh demi kedaulatan Sultan Selangor? Ramai yang akan mengingati bahawa Tan Sri Khalid pernah mendapat nikmat daripada kejayaan yang diperjuangkan oleh kerajaan BN sebelum ini termasuk pemberian saham kepadanya dalam syarikat tertentu. Malah beliau boleh dianggap sebagai "DEB poster boy" kerana mendapat pelbagai rahmat dan nikmat daripada kerajaan menerusi dasar untuk meramaikan lagi bilangan tenaga professional dalam bidang pengurusan perniagaan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab Tan Sri Khalid untuk menyuarakan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap golongan yang mempersoal dan mempertikaikan tindakan Raja-Raja mereka, Raja-raja rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan Speaker Selangor, Teng Chang Khim, menyifatkan Karpal Singh kurang cerdik dalam pendekatan poltik yang diambil khasnya mengenai isu pertikaian Karpal terhadap kuasa Sultan Perak yang berkaitan kuasa Sultan dan Hal Ehwal Islam. Dalam akhbar The Star pada 12 Mei lalu, Teng dilaporkan berkata, “Karpal Singh may be right in law, but this is not merely a legal question, it involves politics. Therefore, I disagree with the approach taken to openly challenge the royal intervention,”. Teng mengakui bahawa Institusi Di Raja, di mana Sultan ialah ketua agama Islam. Ini termasuklah hal ehwal politik dan agama.
Teng dilihat keseorangan dalam mempersoalkan tindakan Karpal Singh. Pemimpin DAP pun turut membisu dan tidak menyokong tindakan Karpal itu. Ini diakui oleh Ahli Parlimen itu dalam satu sidang media di pejabatnya.

Berbalik kepada kenyataan Karpal Singh itu, mungkin kita boleh mengesyaki ada motif tertentu di sebalik kenyataan Ahli Parlimen DAP itu. Apakah beliau mendapat arahan daripada pihak tertentu untuk mempersoalkan hak Raja-Raja Melayu? Jika benar, dari mana datangnya arahan untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu. Sebagai peguam, Karpal Singh sepatutnya memahami Perlembagaan dan peranan Raja-Raja mengikut Perlembangaan.

Eloklah diperturunkan tulisan dalam satu artikel media arus perdana yang menerangkan mengenai kedudukan Raja-raja. Menurut artikel itu, kedudukan Raja-raja mengikut Perlembagaan termasuklah peranan Raja-Raja sebagai simbol bagi autoriti awam, perpaduan, kesinambungan dan identiti negara. Seperti di negara-negara lain, Raja dan sistem beraja menjadi jati diri negara yang merangkum sejarah dan intipatinya. Raja-Raja juga adalah pelindung kepada agama dan demokrasi. Ini yang harus difahami apabila memperkatakan kuasa budi bicara Raja-Raja dan Yang di Pertuan Agong - dalam soal agama, pelantikan kerajaan dan pembubaran dewan. Konsep dan peranan itu juga harus sentiasa diingati dalam kita memahami segala keistimewaan yang diberikan kepada Raja-Raja oleh perlembagaan dan undang-undang.

Sunday, May 11, 2008

STRATEGI MENAWAN HATI RAKYAT

Oleh : Ibrahim Yahaya
(Belang Bertempat Akhbar Sinar Harian - 7 MEI 2008)


Parti politik perlu mempunyai strategi dan pendekatan tertentu untuk memenangi hati pengundi ketika pilihan raya. Strategi itu berbeza antara satu parti dengan yang lain bergantung kepada ideologi, perjuangan atau agenda parti berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), DAP meneruskan strateginya untuk meniupkan sentimen perkauman dengan bertopengkan usaha menjuarai kepentingan rakyat. Parti itu menjaja tagline yang menyatakan “menyokong BN akan memperkuatkan kuasa Melayu”. Pendekatan itu berjaya memancing pengundi bukan Melayu di Pulau Pinang dan ini menyebabkan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan, MCA dan MIC ditolak oleh penduduk negeri itu. Akhirnya, DAP dapat memerintah Pulau Pinang dan diterajui oleh orang Melaka, Lim Guan Eng.

Strategi BN untuk melaung-laungkan usaha meneruskan pembangunan untuk rakyat dan memastikan negara ini selamat, aman dan makmur ditenggelami oleh tiupan perkauman DAP dan pelbagai tuduhan rasuah oleh PKR dan PAS. Ini diburukkan lagi laporan dalam blog dan portal berita yang memaparkan kelemahan kerajaan BN sejak 50 tahun lalu dan “perbicaraan terbuka” rakyat terutamanya terutamanya institusi perundangan.

Selepas memenangi pilihan raya, parti-parti politik pula berusaha untuk memastikan rakyat terus memberi sokongan kepada mereka menerusi strategi “mengambil hati” dan memperlekeh serta memperkecilkan lawan. Bagi pembangkang, sudah tentulah mereka mudah untuk melondehkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ia amat kecil berbanding kejayaan dasar yang dilaksanakan selama 50 tahun. Kerajaan pula akan memaparkan kegagalan parti campuran pembangkang untuk menunaikan janji mereka dalam manifesto PRU12 seperti kegagalan Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran PKR menurunkan cukai taksiran.

Terbaru, tindakan pembangkang terus membelasah parti kerajaan boleh dilihat dalam persidangan Dewan Rakyat yang menyaksikan parti campuran menyusun strategi “mengenakan” kerajaan dalam semua bidang yang ditimbulkan. Ini temasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), institusi perundangan, kerajaan sebagai Pengerusi OIC dan dasar federalisme. Ini adalah satu pendekatan menggunakan setiap kesempatan dan ruang mereka bercakap bagi memalukan dan menidakkan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Pembangkang juga mahu mengutarakan pandangan bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama 50 tahun tidak baik dan banyak merugikan rakyat. Pembangkang juga menuduh kerajaan mengamalkan rasuah dan masih berleluasa sehingga hari ini.

Ketika Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, berucap pada 5 Mei lalu, setiap Ahli Parlimen Pembangkang berusaha untuk mendapatkan laluan daripadanya untuk “membelasah”, memperlekeh dan memperkecil-kecilkan dasar atau program yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Antaranya ialah bulu politik, amalan federalisme terhadap kerajaan negeri yang dikuasai oleh pembangkang serta pelaksanaan pelbagai projek yang menguntungkan kroni dan mengetepikan kepentingan rakyat.

Setiap kali MP Pembangkang mengambil bahagian, mereka seolah-olahnya ditugaskan untuk menyuarakan sesuatu kelemahan kerajaan di samping membela parti masing-masing. Antaranya ialah MP Shah Alam, Khalid Samad, yang kelihatan ditugaskan menjaga kepentingan PKR di Selangor termasuk menjawab isu mengenai pemberian air percuma dan juga kadangkala membabitkan isu agama dan Melayu.

MP Teluk Intan dilihat mengemukakan cadangan agar kerajaan membebaskan lima tahanan Hindraf yang disifatkan tidak memberi ancaman kepada kerajaan. Beliau menuduh tindakan kerajaan itu bukanlah ada kaitan dengan ancaman keselamatan kepada kerajaan sebaliknya ancaman kepada kerajaan BN. Sementara itu, semua MP dari Kelantan ditugaskan mempertahankan tindakan Kerajaan Negeri PAS Kelantan yang memerintah lebih 17 tahun terutamanya dasar yang meminggirkan penyokong BN.

Apabila memperkatakan DEB, PKR dilihat amat berhati-hati agar tidak menyakitkan hati “rakan kongsi” mereka iaitu DAP. Strategi pembangkang ialah menggunakan isu DEB ini untuk mendapatkan simpati orang Melayu tetapi dalam masa yang sama membelasah kerajaan yang dituduh mengamalkan rasuah dan kronisme. Bagi PKR, mereka menyokong usaha membantu semua bangsa tidak kira Melayu, Cina atau India tetapi mendokong apa kepentingan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Namun yang menarik perhatian ialah tindakan Datin Seri Wan Azizah yang membela suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap kali MP BN mengemukakan persoalan termasuklah mengapa suaminya tidak menghapuskan JPP ketika berkuasa. DS Wan Azizah lantas menjawab bahawa suaminya adalah nombor dua ketika itu dan terpaksa mengikut telunjuk ketuanya. Ini adalah satu perkara yang amat lucu kerana sebelum ini beliau akan mempertahankan semua tindakan suaminya termasuk memperjuangkan kepentingan Melayu, Cina dan India berbanding pemimpin lain dalam UMNO.

UMNO PERLU PERKASAKAN AGENDA MELAYU-ISLAM

Hari ini usia UMNO mencecah 62 tahun. Kebiasaannya pada usia 62 tahun ini, seseorang manusia dianggap cukup matang terutamanya selepas menempuh pelbagai peristiwa suka duka dan pahit getir kehidupan. Namun pada usia sebegini, kadangkala manusia juga mampu tergelincir sekiranya segala pengalaman lalu tidak dijadikan iktibar untuk mendepani masa depan yang lebih mencabar.

Begitu jugalah dengan realiti UMNO sebagai sebuah organisasi politik yang sudah mencecah usia lebih enam dekad ini. Segala pengalaman lalu tidak kira yang manis mahupun pahit seharusnya diambil pengajaran oleh generasi pelanjut perjuangan agar masa depan mampu dilakar sebaiknya demi survival parti dan manfaat umat sejagat.

Hakikatnya, keupayaan UMNO untuk terus kekal relevan dalam mengemudi bahtera perjuangan bangsa amat tergantung kepada keupayaan warganya memahami realiti semasa yang melatari landskap sosial dan pemikiran masyarakat hari ini. Kegagalan menanggapi realiti dan mengolah strategi berkesan boleh mengakibatkan organisasi menjadi usang dimamah waktu hingga kehadirannya tidak lagi dirasai bahkan ketiadaannya pula disyukuri.

Apa yang lebih merungsingkan penulis andainya pendokong-pendokong UMNO semakin terhakis nilai perjuangan hinggakan yang lebih mengakar ialah nilai individualistik dan materialistik yang mampu menjahamkan parti. Memang ketika ini semakin banyak gejala yang mengisyaratkan kepudaran idealisme perjuangan di kalangan para pendokong perjuangan.

Politik wangMengakarnya gejala politik wang misalnya adalah salah satu petanda bahawa perjuangan politik sedang mengalami krisis pendangkalan nilai yang parah. Lebih membimbangkan penulis sekiranya generasi pewaris diselaputi pemikiran bahawa perjuangan parti merupakan kerjaya cari makan atau lebih serius lagi jika ditanggapi sebagai wahana mengaut keuntungan, memperkayakan diri, keluarga dan suku-sakat.

Akhirnya, parti akan semakin hilang manusia-manusia berjiwa pejuang yang sanggup berkorban jiwa-raga dan harta benda demi sebuah perjuangan yang luhur dan suci. Sebaliknya yang lahir adalah petualang-petualang berjiwa rakus yang sentiasa bersiap-siaga menghidu peluang dan ruang untuk memuaskan serakah nafsu yang tidak pernah kenal erti puas.

Sebab itulah, usaha penjernihan harus segera dilakukan bagi membentuk idealisme luhur di kalangan generasi pewaris UMNO kini. Idealisme perjuangan yang dimaksudkan pastinya tidak boleh lari daripada matlamat asal perjuangan UMNO iaitu memartabatkan agenda Melayu-Islam sebagai teras perjuangannya.

Yang dimaksudkan dengan agenda Melayu-Islam tentunya meletakkan agama Islam sebagai teras perjuangan bangsa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Inilah sebenarnya keunikan dan kedinamikan perjuangan kebangsaan di Malaysia yang tidak boleh terpisah daripada unsur-unsur penyepaduan antara elemen kaum dan agama.

Malah takrif Melayu itu sendiri menurut perlembagaan negara ialah seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Tanpa Islam, Melayu akan kehilangan segala-galanya termasuk maruah dan keperibadiannya. Sebarang usaha menanggalkan Islam juga bererti menghilangkan nilai kemelayuan itu sendiri. Melayu yang tidak menghayati Islam tidak mungkin berjaya muncul sebagai teras bangsa Malaysia.

Sejarah jelas membuktikan bahawa hubungan Melayu dengan Islam sebenarnya telah begitu sebati sejak kedatangan Islam pada abad ke-13 Masihi lagi. Semenjak itu Islamlah yang menerasi keperibadian Melayu, mendasari pemikiran Melayu dan seterusnya membentuk jatidiri Melayu. Bahkan Islam adalah satu-satunya benteng ketahanan umat Melayu.

Sepanjang sejarah perjuangan Melayu, Islam sentiasa menjadi sumber dinamika dan daya juang setiap pendukungnya. Walaupun satu ketika penjajah berjaya merobek jiwa dan citra Melayu hingga tumbuh kelompok peribumi pengagum dan pengagung Barat, namun tahun-tahun mutakhir menunjukkan Melayu semakin cenderung untuk kembali menyatu dengan Islam.

KegemilanganSesungguhya kita hanya mampu mencipta kegemilangan dengan kembali kepada akar budaya sendiri dan bukannya dengan cara mencedok dan menciplak budaya asing. Sebab itulah usaha mempersiapkan generasi pewaris yang kuat harus dimulai dengan penjanaan pendokong parti yang terbangun di atas dinamika ketakwaan, keimanan dan keilmuan yang kental. Generasi muda yang dibangunkan di atas dasar tauhid pasti akan lebih memahami dan menjiwai amanah perjuangan umat yang bakal diwariskan kepada mereka.

Keterikatan kepada prinsip dan nilai-nilai agama dengan sendirinya membentengi mereka daripada segala bentuk penyimpangan yang boleh memporak-perandakan agenda besar perjuangan bangsa dan negara.

Namun kesedaran terhadap agama semata-mata tidak cukup untuk menjelmakan generasi Islam sejati. Kesedaran yang membuak-buak juga tanpa didasari kefahaman mendalam berasaskan ilmu yang sahih pastinya tidak akan mampu membentuk generasi Islam yang bertamadun dan berkualiti tinggi.

Sebaliknya apa yang lebih penting ialah bukan sahaja mewujudkan generasi yang ghairah dan berkesedaran tinggi terhadap Islam tetapi yang lebih utama menjana generasi yang benar-benar menjiwai Islam dalam segenap aspek kehidupan berpandukan suluhan ilmu yang benar.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan, kegagalan menanggapi Islam dengan faham ilmu sebenar boleh menjerumus umat ke arah kesesatan dan penyelewengan. Bahkan kesedaran tinggi sahaja tanpa didasari kekuatan ilmu pasti akan menjerumus umat kepada kebinasaan.

Justeru usaha membina generasi pewaris Melayu yang kuat merupakan jihad yang harus mendapat perhatian pucuk pimpinan UMNO terutamanya dalam menghadapi pelbagai realiti cabaran masa kini dan hari depan. Apa yang harus dikhuatiri, kegagalan mempersiapkan generasi pelanjut perjuangan yang beridealisme Islam yang luhur hanya mengundang kecelakaan bukan sahaja kepada survival parti malah masa depan bangsa, agama dan negara.

Cukuplah isyarat al-Quran mengenai keperluan membina generasi pewaris yang kuat menjadi pedoman buat kita semua: Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat yang lemah. (an-Nisa: 9).

Rencana Mingguan Malaysia 11/5/08

Saturday, May 10, 2008

TIDAK BETUL DAN DERHAKA

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.

Nik Aziz berkata tindakan menegur secara terbuka kepada umum dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap seseorang sultan.

"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.

Mursyidul Am PAS itu berkata pemimpin parti politik, terutamanya Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan menganggap Sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.

Katanya perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.

"Dalam negeri raja ketuanya dan di rumah ibu bapa, dan raja seperti ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah berundinglah dengan baik," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Projek Mini Hidro Lata Rek, 40 kilometer dari Kuala Krai.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas isu Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh kerajaan negeri baru-baru ini. -9/5/2008 / AGENDA DAILY

Friday, May 9, 2008

PARLIMEN : JANGAN JADI SARKAS

Oleh Ibrahim Yahaya
(BELANG BERTEMPAT - AKHBAR SINAR HARIAN - 30 APRIL 2008)


Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke 12 bermula 28 April lalu selepas Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU12) diadakan pada 8 Mac lalu. Seramai 222 Ahli Parlimen (MP) yang dipilih daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. Yang Dipertua Dewam Rakyat baru, Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta timbalannya, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee, mengangkat sumpah.

Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pelbagai sejarah. Antaranya ialah penampilan 99 muka baru, jumlah pembangkang yang bertambah dan kemunculan ketua pembangkang wanita pertama., Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Kita juga boleh menyaksikan pasangan anak dan bapa iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng serta Karpal Singh dan anaknya. Pasangan anak dan ibu iaitu Wan Azizah dan Nurul Izzah serta menantu dan bapa mentua iaitu Khary Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Begitu juga penampilan anak bekas Menteri Kesihatan, Chua Tee Yong.

Namun yang penting ialah rakyat mahu melihat aksi dan perangai 99 Ahli Parlimen muka baru dan perdebatan antara MP BN dan Pembangkang. MP pembangkang kini bertambah empat kali ganda iaitu 82 orang manakala MP BN kini seramai 140 orang.

Dengan bilangan MP BN dan pembangkang yang tidak berapa jauh bezanya berbanding sebelum ini (perbezaan 30 orang) sudah pasti sidang kali ini lebih hangat dan menarik. Apatah lagi ramai MP kali ini terdiri daripada orator lama dan baru yang baik daripada BN atau pembangkang. Antaranya ialah Datuk Mukhriz Mahathir, Saifuddin Nasution, Dr Mohd Puad Zakarshi dan Datuk Ibrahim Ali. Mereka juga mahu melihat bagaimana aksi MP muda seperti Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin yang mewakili dua keluarga "popular" di negara ini berhujjah dan melontarkan pandangan mereka.

Sejajar harapan tinggi rakyat, kita amat berharap MP bersidang secara profesional demi kepentingan orang ramai tanpa mengira kaum dan keturunan. Ini bererti mereka perlu berhujjah dengan baik, bernas, telus dan tidak berdebat dengan perkara-perkara remeh atau peribadi. Tidak payahlah masuk Parlimen untuk membuat lawak jenaka atau menunjukkan "kebodohan" atau bersikap bodoh sombong (boso). Ahli Parlimen akan dibelasah dalam media terutama media baru jika membuat lawak bodoh dan menghina golongan tertentu seperti isu bocor sebelum ini.

Ahli Parlimen parti kerajaan dan pembangkang perlu mempunyai pasukan penyelidik yang sentiasa membuat kajian mengenai keperluan rakyat dari semasa ke semasa. Pasukan penyelidik ini sentiasa turun ke akar umbi untuk mendengar masalah dan mendapatkan maklumat serta fakta untuk diketengahkan di Parlimen. Tanpa bertemu akar umbi atau turun padang, sudah pasti mereka tidak akan mengetahui apa yang berlaku di bawah. Mereka tidak akan mengetahui kesusahan dan keperluan rakyat. Jika ini berlaku, rakyat akan terus menderita tanpa sebarang pembelaan.

Rakyat juga sudah tentu tidak mahu melihat Parlimen berlangsung seperti sarkas di mana MP bertindak seperti harimau, singa, burung, kaldai, gajah, beruang atau monyet terlatih untuk menghiburkan penonton. Kebiasaannya sebagai haiwan sarkas, mereka akan diarah untuk melompat, memanjat, menari atau berlari mengikut arahan penjaganya. MP tidak perlulah menjadi kaldai atau beruk sarkas.

Hormatilah Parlimen dan hormatilah rakyat. Rakyat pasti tidak mahu mereka dihiburkan di Parlimen tetapi mahu MP bertindak cemerlang untuk memperjuangkan nasib mereka yang semakin mencabar dari hari ke hari termasuk kenaikan harga barang keperluan dan isu membabitkan prestasi agensi perkhidmatan kerajaan, ada antaranya yang masih banyak perlu diperbaiki. Rakyat sudah tentu mahu MP mereka menyuarakan segala pandangan akar umbi untuk didengar dan difahami oleh kerajaan. MP juga perlu memastikan cadangan yang baik dilaksanakan demi untuk memastikan kerajaan yang dipilih mampu menunaikan janji untuk membela nasib rakyat.

Bagi golongan ahli perniagaan, mereka juga mahu MP tidak kira kerajaan atau pembangkang menyuarakan pandangan mereka agar kerajaan sentiasa mewujudkan suasana perniagaan yang baik, membolehkan perniagaan mereka berkembang dan mengagihkan kekayaan negara kepada semua. Sudah tentu mereka tidak mahu ditinggalkan semata-mata kerana mereka tidak ada nama, tiada jaringan atau networking dengan pemimpin kerajaan atau peneraju GLC. Ahli perniagaan berwibawa mahu mereka diberikan kontrak dan tidak disisihkan kerana tiada jaringan berkenaan.

Zaman pemimpin kerajaan untuk menulis "sila pertimbangkan" di borang permohonan sudah berlalu tetapi perlu digantikan dengan sistem merit dalam memilih mereka yang berkelayakan untuk mendapat projek. Apa gunanya tulisan "sila pertimbangkan" atau "disokong" untuk membantu ahli perniagaan yang bukan saja tidak layak tetapi boleh mencemarkan nama agensi kerajaan atau GLC apabila kontrak itu diberikan kepada mereka. Jika untuk membalas budi buatlah secara yang lebih terhormat dan berhemah.

Bayangkan mereka yang lemah atau tidak berkelayakan mendapat kontrak kerajaan dan apabila projek itu siap, ia tidak sempurna dan mendatangkan malapetaka. Ketika itu, pemimpin kerajaan terpaksa pula meminta maaf dengan kesilapan kontraktor yang tidak amanah dan tidak layak, kelalaian "orang kita" atau "orang saya".

Janganlah marah jika rakyat memberikan undi kepada pihak pembangkang pada PRU atau PR Kecil akan datang semata-mata kerana masih ada pemimpin yang buta mata, buta hati atau sudah ketinggalan zaman dengan mengamalkan budaya yang tidak sihat dan tidak profesional. Untuk sekian kalinya, pemimpin sebegini, berubahlah untuk kebaikan. Berubahlah untuk kepentingan rakyat dan negara.

Sunday, May 4, 2008

ORANG MELAYU TAKYAH JERIT

MELAKA, 4 Mei (Bernama) -- Orang Melayu tidak perlu menjerit-jerit seolah-olah hak dan kuasa mereka sudah hilang kerana semuanya masih termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang telah dipersetujui bersama kaum lain.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah pihak bertanggungjawab, melaksanakan apa yang terkandung dalam dasar kerajaan dengan berkesan dan sempurna.

"Orang Melayu tidak perlu menjerit-jerit seolah-olah kita tidak ada kuasa, kita sudah ada perlembagaan, undang-undang, peraturan dan dasar, jadi kita buat kerjalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ek Te di Tanjung Kling dekat sini, hari Ahad.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa apa jua usaha memulihkan kembali Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno hendaklah dilakukan tanpa kompromi terhadap kuasa dan hak Melayu.

Laporan akhbar itu menyebut beberapa peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang ditemui pada Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Baharu semalam berpendapat Umno tidak perlu terus tunduk kepada permintaan rakan komponen BN yang lain kerana tuntutan-tuntutan itu tidak akan berakhir.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata syarikat pemegang amanah kaum bumiputera dan agensi kerajaan yang menjaga hak orang Melayu, perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna.

Bagi mengatasi rungutan lain seperti kekurangan doktor atau jurutera Melayu, beliau menyarankan supaya menghantar seberapa ramai anak Melayu ke universiti tempatan dan luar negara bagi mengikuti pengajian bidang tersebut.

Mengenai keputusan kerajaan menangguh dan mengurangkan kos projek yang tidak penting bagi membolehkan peruntukan digunakan untuk memastikan bekalan makanan negara terjamin dan tidak berlaku peningkatan harga barang, Mohd Ali berkata ia tindakan baik dan berkesan bagi tujuan itu.

Beliau berkata Melaka tidak mempunyai projek besar yang perlu ditangguhkan atau dikurangkan kos.

Katanya walaupun kerajaan negeri banyak melaksanakan projek tetapi projek itu dibiayai melalui pinjaman bank dan ia berdaya maju dengan memberi balik pulangan kepada kerajaan.

Dr Mahathir Mohamad: A Weak Government is not good for Multi-racial Malaysia

TUN DR MAHATHIR SEORANG BLOGGER

MU SEMAKIN HAMPIR



RIANG: Ronaldo (kanan) meraikan jaringannya bersama Rio Ferdinand ketika menentang West Ham di Old Trafford dalam saingan EPL, malam tadi. United menang 4-1. Sekiranya Chelsea tewas menentang Newcastle esok, gelaran EPL milik MU.

LONDON: Manchester United mengambil langkah besar ke arah mempertahankan kejuaraan bola sepak Liga Perdana Inggeris apabila mengalahkan West Ham United 4-1 di Old Trafford, semalam selepas bermain hampir separuh perlawanan dengan 10 pemain.

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol manakala Carlos Tevez dan Michael Carrick, masing-masing satu gol ke atas kelab lama mereka tatkala United memungut 84 mata dengan baki satu perlawanan untuk ditamatkan.

Chelsea, yang akan berdepan Newcastle United, esok, mempunyai 81 mata, tetapi kekurangan jumlah gol yang besar berbanding United.



Jika Chelsea kalah esok, kejuaraan akan menjadi miliki United, melainkan mereka kalah di Wigan Athletic dan Chelsea menundukkan Bolton Wanderers dengan jurang gol yang besar hingga mencecah jaringan berganda dalam perlawanan terakhirnya, minggu depan.

"Laluan menanti Chelsea tidak mudah. Kami tahu kerana pernah melaluinya. Newcastle adalah lawan yang sukar ditundukkan di gelanggang mereka. Saya tahu hakikat itu," tegas pengurus United, Ferguson mengulas baki saingan menanti pencabarnya.

Ronaldo, Pemain Terbaik Tahunan Bola Sepak England buat musim kedua berturut-turut, kelmarin, memberikan United pendahuluan minit ketiga dan menambah satu lagi pada minit ke-24 untuk membawa jumlah jaringannya kepada 40 gol musim ini.

Bekas penyerang West Ham, Carlos Tevez menjadikan kedudukan 3-0 dengan rembatan menakjubkan dari jarak 30 meter, dua minit kemudian sebelum Dean Ashton membalas dengan rembatan akrobatik, dua minit selepas itu.

United kemudian dikurangkan kepada 10 pemain apabila Nani dibuang padang sebelum masa rehat kerana menghantuk kepala Lucas Neill.

Carrick memastikan kemenangan bergaya United dengan rembatan leret yang terkena pertahanan West Ham, Neill, untuk bola menerjah jaring pada minit ke-59. - BH/ Reuters.

KEBEBASAN MEDIA MACAM MANA?

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pengamal media hari ini sependapat bahawa sudah tiba masanya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dikaji agar selari dengan perkembangan semasa.

Ketua Pengarang Berita Publishing Datuk A. Kadir Jasin berkata sekiranya sistem kehakiman boleh dikaji semula maka tidak salah jika akta itu turut dikaji.

"Sebenarnya kebebasan akhbar yang mutlak di mana-mana negara di dunia ini tidak wujud kerana penulisan berita masih tertakluk kepada siapa yang memiliki organisasi media itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Menurut bekas Pengerusi Bernama dan Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Time Press (NSTP) itu lagi dunia komunikasi tanpa sempadan sekarang membolehkan khalayak mempunyai pilihan lain sekiranya tidak yakin dengan laporan media perdana, mereka boleh beralih kepada saluran media lain seperti laman web dan blog," katanya.

Anggota Lembaga Pengarah Dunia Melayu Dunia Islam Datuk Ibrahim Yahaya berkata: "Apabila bercakap mengenai kebebasan akhbar kita perlu tanya pada diri apakah kebebasan yang benar-benar diinginkan.

"Kita boleh bebas menulis tetapi mesti ada rasa tanggungjawab dengan bahan yang ditulis serta mengenepikan kepentingan diri sendiri," katanya.

Ibrahim berpendapat dunia media sekarang sudah sampai ke satu tahap yang tidak hanya boleh menulis mengenai dasar tetapi lebih mendalam.

"Misalnya menegur sekiranya terdapat sebarang kepincangan mengenai dasar kerajaan dengan syarat ia bertujuan untuk kepentingan semua. Kerajaan pula perlu melihat laporan-laporan media itu sebagai satu yang positif," katanya.

Sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia Hari ini sebuah akhbar tempatan melaporkan kekangan terhadap kebebasan media di Malaysia perlu diubah untuk mewujudkan sebuah negara demokrasi yang sihat.

Menurut satu kajian antarabangsa kebebasan akhbar di Malaysia berada ditangga ke 141 daripada 195 negara sama dengan beberapa negara di benua Afrika seperti Cameroon dan Libya.

Sementara Ketua Pembangkang yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh Dr Wan Azizah Ismail berkata akibat terlalu mengongkong media perdana menyebabkan wujudnya ribuan pejuang siber yang secara tidak langsung memberi perubahan kepada iklim politik negara.

"Kerajaan seharusnya maklum dengan status globalisasi dan maklumat tanpa sempadan. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang berkata tanpa media yang adil dan bebas, tiada langkah pembaharuan sama ada untuk memulihkan keyakinan awam dalam kebebasan, kesaksamaan dan kewibawaan badan kehakiman atau pembanterasan rasuah secara besar-besaran akan berjaya.

"Hari Kebebasan Media Dunia tahun ini patut digunakan untuk mengumumkan langkah berani mengenai pembaharuan kebebasan akhbar terutamanya untuk memansuhkan syarat pembaharuan lesen akhbar secara tahunan dan juga Akta Mesin Cetak dan Penerbitan," katanya.

Saturday, May 3, 2008

MEDIA PERLU BERTANGGUNGJAWAB

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pengamal media, termasuk penulis blog, perlu bersikap bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan isu-isu penting, termasuk isu harga minyak dan krisis makanan yang sedang berlaku dalam negara pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata ini kerana apa yang diberitakan akan menarik perhatian dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi fikiran rakyat.

"Saya percaya kita semua boleh bekerjasama membantu menangani masalah ini kerana ia bukan masalah kerajaan sahaja, tetapi merupakan tanggungjawab bersama, bukan masalah saya, bukan sahaja masalah kerajaan tetapi masalah kita," katanya ketika berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2008 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2007, di sini, malam ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin, Pengerusi Bernama Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Pengurus Besar Bernama yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Azman Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya.

Menyentuh mengenai etika kewartawanan, Perdana Menteri berkata sebagai wartawan, adalah penting bagi mereka untuk tidak hanya tahu membuat laporan, tanpa mengambil-kira etika kewartawan yang seharusnya menjadi panduan dalam penulisan.

"Dalam fikiran saya, media dalam membuat andaian, biarlah pandangan yang diberikan itu konstruktif dan bertanggungjawab. Pandangan dan peranan media biarlah dihormati...jika tidak, main hentam sahaja, buat cerita tidak betul, ini bukan caranya untuk menjadi wartawan yang dihormati," katanya.

Beliau berkata wartawan dalam membuat laporan, juga penting untuk mereka memahami subjek yang diperkatakan bagi mengelakkan laporan yang dibuat tidak difahami oleh pembaca.

"Jika berlaku salah faham dalam laporan yang dibuat, boleh menimbulkan salah faham di kalangan rakyat yang mungkin akan membawa kepada reaksi yang tidak tepat dan mencetuskan masalah yang lebih besar," katanya.

Justeru Abdullah mencadangkan diwujudkan kumpulan wartawan yang mempunyai pengkhususan, terutamanya dalam isu kenaikan harga minyak dan krisis makanan bagi mengelak timbulnya laporan, spekulasi, andaian dan persepsi yang tidak tepat berhubung isu terbabit.

Katanya sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai tugas yang pelbagai dan adalah menjadi harapan agar para wartawan memainkan peranan mereka dalam menyampaikan perkara yang sebenarnya dan membetulkan persepsi masayarakat berhubung isu berkenaan.

Beliau juga berharap media boleh memainkan peranan memperbetulkan persepsi rakyat berhubung peranan Petronas yang sering didakwa tidak mahu membantu meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan krisis makanan.

"Persepsi rakyat, Petronas ada banyak duit dan tidak mahu menggunakannya untuk membantu rakyat. Walaupun saya sudah menerangkan berkali-kali bahawa persepsi itu tidak benar, tetapi rakyat tidak percaya," katanya.

Selain itu, katanya media massa juga boleh membantu kerajaan dalam usaha memperbetulkan gaya hidup masyarakat yang kini dilihat semakin gemar membazir.

"Pembaziran ini berlaku bukan dari segi makanan, tetapi juga elektrik, dalam keadaan terang-benderang pun masih nak pasang lampu.

Cara hidup seperti ini perlu diubah supaya kita tidak lagi merasa tertekan sangat atau terlalu susah (dengan kenaikan harga minyak dan makanan)," katanya.

Mengenai peranan MPI pula, Perdana Menteri berharap ia dapat menjadi institusi yang berintegriti dan mencapai taraf antarabangsa serta berupaya memberi latihan kepada pengamal media tempatan dan negara Asean mengenai undang-undang dan etika kewartawan.

Pada majlis itu, Abdullah turut melancarkan buku bertajuk "Penulisan Berkesan Media Cetak, Elektronik dan Web" terbitan MPI.

Friday, May 2, 2008

POLITIK "BIKINI" CEMAR DEWAN RAKYAT

Oleh EDWIN MICHAEL,
Butterworth, Pulau Pinang.

SAYA tertarik melihat gambar seorang Ahli Parlimen yang bangga memperlihatkan kameranya pada hari pertama sidang Parlimen berlangsung kelmarin. Saya percaya, perilaku Yang Berhormat (YB) itu mungkin jarang dan pertama seumpamanya berlaku di Parlimen negara ini.

Bagi saya seseorang YB seharusnya memperlihat kredibilitinya sebagai wakil rakyat yang diamanahkan rakyat itu sendiri untuk ke Parlimen membawa hasrat membela nasib rakyat, bukanya bertujuan lain. Tanggungjawabnya memang bukan mudah kerana sebagai YB, beliau seharusnya membahas, menggubal dan merangka sesuatu dasar atau undang-undang serta mengkritik sekiranya mempunyai apa juga kelemahan pada pihak kerajaan demi kepentingan rakyat.

Soalnya, hari pertama YB ini melangkah ke Parlimen dengan sebuah kamera tergantung di lehernya tidak lebih daripada menghabiskan masanya dengan merakam gambar. YB berkenaan wajar mengubah mentaliti dan stail pemikiran politik beliau, Parlimen adalah medium penyebar tarbiyah masyarakat yang seharusnya dipelopori individu berwibawa dan memiliki kemahiran politik yang tajam dan matang.

Seorang rakan saya yang menghubungi melalui e-mel menganggap perilaku YB seumpama itu, tidak ubah seperti istilah politik bikini. Bikini adalah pakaian dalam yang digunakan wanita untuk menutupi bahagian sulit mereka dan pada masa sama mendedahkan bahagian tubuh badan yang lain yang boleh menimbulkan perasaan erotis dan ghairah.

Politik bikini adalah satu pendekatan politik yang mencuba untuk menutupi persoalan penting yang barangkali sangat bermasalah (umpama bikini yang menutupi bahagian sulit si pemakai) dan pada masa sama menonjolkan kepada masyarakat hal yang boleh mencapai kejayaan daripada sebuah proses pendemokrasian (menonjolkan bahagian tubuh badan lain).

YB ini pada satu pihak muncul sebagai barisan Ahli Parlimen pembangkang yang dipertanggungjawab untuk membela nasib masyarakat yang pastinya turut membabitkan nasib pengundi kawasan Parlimen yang diwakilinya. Ia adalah sebuah cerita yang cukup indah dan mengasyikkan dan pada satu bahagian lain pula memperlihat kematangan politik yang amat cetek dan memalukan yang turut memalit lumpur kepada keseluruhan barisan Ahli Parlimen pembangkang itu sendiri.

Apa yang ditonjolkan YB ini tidak jauh bezanya dengan rahsia filem dokumentari The Blair Witch Project yang pada awalnya didakwa sebagai sebuah filem benar dan kemudiannya baru diketahui bahawa filem berkenaan hanyalah rakaman semata-mata.

Segala gangguan di dalam hutan dilakukan krew filem, malah aspek promosi adalah pembohongan terbesar dalam filem itu apabila menyatakan rakaman dan kehilangan pelakon itu benar-benar berlaku.

Walaupun ia hanya sekadar filem, The Blair Witch Project meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dan mencetuskan fenomena dikenali 'sindrom kepercayaan sebenar' sehingga menyebabkan ramai penonton mengunjungi lokasi kejadian. Justeru, The Blair Witch Project digelar misteri paling menipu dalam sejarah.

Begitulah juga dengan sesetengah individu yang pada awalnya menabur segala macam janji dan harapan kepada rakyat bahawasanya merekalah yang terbaik, terunggul dan tiada yang lebih layak selain diri mereka sendiri untuk membela nasib rakyat hinggalah suatu hari individu ini mempamerkan sendiri tahap mentaliti politik mereka kepada umum.

Dengan politik bikininya yang berusaha untuk meyakinkan rakyat dan kemudian menanam 'sindrom kepercayaan sebenar' dalam pemikiran rakyat maka individu ini menganggap bahawa tiada mana-mana kuasa kebal yang dapat menandingi mereka sedangkan individu ini terlupa bahawa masih ramai lagi yang sedang memerhatikan tingkah laku dan gerak geri mereka ini termasuk tingkah laku YB yang asyik dengan kameranya.

Harus diingat bahawa etika dan akhlak masyarakat dalam penerapan prinsip demokrasi dan politik bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh seseorang wakil rakyat di Parlimen yang juga mampu mewujudkan 'sindrom kepercayaan sebenar' semata-mata untuk mengaburi pengundi dan menguasai politik negara serta seterusnya politik bikini menjadi pendekatan politik yang hanya akan mencemar imej institut Parlimen negara.

(sumber : Surat Pembaca Berita Harian - 2 Mei 2008)

NASIMUDDIN : USAHAWAN UNGGUL

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin (born 1955) is the founder, chairman and chief executive officer of the Naza Group of Malaysia.

The Naza Group, formed in 1974, has 14 business divisions including motor trading, bikes, manufacturing, transport services, machine tools/parts, engineering, plantation, cigarette distribution, credit & leasing, water crafts, properties, hotel operation and insurance agency.

However, Naza is more famous for its automobile business. Naza Group currently holds the Malaysian franchise for South Korea's Kia vehicles, and France's Peugeot vehicles. It also holds the import permits for Mercedes Benz and Mazda vehicles.

Nasimuddin is known for being low profile in the malaysian business industry . However Judging by last year’s sales volume, his automotive empire should have registered revenue of ~4 billion ringgit. In Malaysia, a highly profitable car company is valued at roughly the same price as the revenue figure. Since Naza has been in talks to buy a 40% interest in Proton and is building a 1.2 billion Ringgit factory in Bertam, It's predictible that Naza is a very profitable company awash in cash.Therefore the market value of Naza automotive divisions as well as TTDI Development and his hotels can be estimated at approximately US$2 billion.

Beginnings

Born in 1955, Nasimuddin was always interested in cars and the automobile industry. He studied at Sekolah Menengah Tuanku Muhammad in Kuala Pilah, Negri Sembilan.

When he was 21, he had RM80,000 in his bank account which he saved from his remunerations from helping out his contractor father. A year later, he made his first million. It was 1975 and he did it by applying for government-issued Approved Permits (AP) to import cars for bumiputras.

In retrospect, Naza Group of Companies boss Tan Sri S.M. Nasimuddin S.M. Amin felt he did it because he was already married at such a young age and was keen to venture into business on his own.

His advantage was that he was, and still is, a prudent and simple man who saved every sen he received from his parents since his school days, and from what he earned helping his father in his construction business and later from his job as a clerk.

With the RM80,000 he bought 20 APs and then flew to Japan. He spent three months there and brought in his first 20 units of used Japanese cars, which he sold in three months.

Nasimuddin started his automobile business with a shoplot in Taman Maluri selling 10 to 15 units of cars each month. In 1979, he opened a branch in Kampung Baru, Kuala Lumpur doing retail and selling 40 to 60 cars monthly.

His rise in the auto industry was as fast as the cars he loves. “I have always loved cars since my teenage years. That is why I am in this business. My father’s construction business was not my cup of tea,” he said.

During those years, Nasimuddin had already shown his business acumen when he decided to import used Japanese cars at a time when Japanese cars were popular with Malaysians.

He faced some challenges, including financing and how to convince customers to buy used cars when many were then not keen on foreign cars. But his passion and faith in the business drove him to success.

“To succeed you must love what you do and you must know what you are doing. You must plan ahead and have direction,” he said. “In business you must start from small, study everything and go step by step.”

Naza has now also become the biggest and most prominent importer of luxury high-end vehicles in the country with endeavours such as Naza-Brabus.

Despite being a highly successful and wealthy businessman, Nasimuddin says he has not changed much. “The only difference is that I started off with five employees and now I have about 4,000,” he claims.


Awards and Recognition

In appreciation of his enormous services and contributions, he was bestowed with several awards, which among others, include the federal award Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) by His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, which carries the title Tan Sri.

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin received one of South Korea’s highest awards for his contribution to the automotive industry. He received the Presidential Award industrial service medal from South Korean ambassador to Malaysia Son Sang-Ha, on behalf of the President of South Korea, at a ceremony at the embassy in Malaysia. He is the first Malaysian to have received the award.

(sumber : Wikipedia)