Monday, April 28, 2008

FIKIR TERBAIK MEMIKAT PEMBACA

Oleh Juriyati Md Jalil

Apabila kita berjalan ke hadapan, sesekali kita perlu memandang ke kiri dan ke kanan. Ada waktunya pula, perlu menoleh kebelakang. Kita jangan terlalu yakin dengan sesuatu hasrat yang belum pasti walaupun pernah menjulang kejayaan. Kerana cabaran dan persaingan tetap ada, cuma caranya sahaja yang berbeza.

Apatah lagi dalam keadaan dunia sekarang. Zaman bertukar zaman. Perubahan minda manusia semakin menjurus ke alam cyber, yang lebih canggih, mudah dan boleh mengetahui segala maklumat tanpa ada sekatan. Ingin kebebasan mengetahui segala yang tersurat dan yang tersirat. Kecanggihan teknologi masa kinilah, yang merupakan cabaran hebat kepada media arus perdana yang perlu membuat perubahan drastik, sesuai dengan kehendak semasa.

Kalau dulu masyarakat begitu percaya dan yakin setiap maklumat yang disampaikan adalah kesahihan di dalam sesuatu berita, namun kini tidak lagi, kerana alam cyber telah memberi ruang kepada segelintir mereka yang boleh memudarkan keyakinan itu dengan pantas.

Oleh itu, media arus perdana jangan terus berada di takok lama, walaupun suatu ketika dahulu berjaya menarik jutaan pembaca, pendengar dan penonton di dalam memberikan maklumat yang sensasi dan terkini. Kerana dahulu, kalau adapun keraguan, mereka mampu bercakap sesama sendiri di kedai kopi dan antara individu. Tetapi kini, ada tempat untuk mereka menidakkan ketidakpuasan hati, boleh dibaca berulangkali dan disebarkan meluas, malah untuk meyakinkan lagi paparan gambar dan visual mampu menyumbang mencapai matlamat mereka. Bertitik tolak daripada situ, akan bermulalah sesi perbincangan untuk mengupas dan merumuskan maklumat yang diterima bagi mempengaruhi masyarakat untuk tidak lagi yakin kepada kepimpinan kerajaan.

Bersesuaian dengan cabaran inilah, media arus perdana perlu membolosi benteng yang selama ini begitu menghadkan penyampaian maklumat, sehingga tidak sedar masyarakat pembaca, pendengar dan penonton semakin cerdik untuk menilai.

Jangan terlalu bangga dengan jumlah mereka yang membaca, mendengar dan menonton, tetapi perlu bangga dengan tahap kesedaran masyarakat itu sendiri di dalam menerima sesuatu maklumat yang disampaikan. Buka seluas-luasnya gelanggang untuk mereka bersuara dan mengupas setiap isu, walaupun pedas telinga mendengar, namun matlamat untuk memulihkan imej kerajaan pasti tercapai. Tidaklah lagi masyarakat melabelkan media arus perdana terlalu menjaga kredebiliti individu tertentu, sehingga terlupa kehendak sebenar masyarakat itu sendiri.

Sememangnya, sudah menjadi lumrah, seseorang manusia itu, lebih ingin mengetahui sesuatu yang tersirat. Selagi ditutup dan dibisukan, selagi itulah mereka mencari sumber maklumat. Oleh itu, media arus perdana perlu mengambil kesempatan ini, memikirkan sesuatu yang terbaik untuk memikat hati mereka secara yang lebih halus dan terancang.

Perlu kebebasan penyampaian maklumat yang seimbang jika yang disalurkan untuk masyarakat umum agar tidak cuma terarah kepada tujuan untuk

Masa lampau tidak sama pada kini. Kalau dulu keyakinan masyarakat, tidak dirobek dengan kepentingan diri sendiri, tetapi disaluti dengan semangat ingin keluar dari kancah kesengsaraan.

MESEJ PERLU SAMPAI KEPADA RAKYAT

Oleh Effanorzila bte Mohd Rashid


Di Malaysia, media tidak kira elektronik mahupun cetak rata-rata dipengarahui atapun dikuasai oleh parti-parti politik termasuk parti kerajaan. Ini dianggap perlu kerana ia berperanan sebagai satu bentuk benteng bagi mempertahakan kepemimpinan kerajaan sedia ada yang dikuasi sejak selepas merdeka sehingga kini.

Bagaimanapun, Pilihanraya Umum kali-12 memperlihatkan kejayaan parti pembangkang menguasi empat negeri selain Kelantan. Ini membuktikan media sedia ada bukan lagi menjadi pilihan utama masyarakat mendapat sumber maklumat tetapi telah beralih arah ke medium-medium lain termasuk portal berita dan blog persendirian.

Di sini, saya mengambil contoh media elektronik iaitu televisyen sebagai contoh media yang berperanan sebagai arus perdana dalam membantu imej negara.

Ramai mendakwa, warnanya sedikit pudar atau malap jika dibandingkan dengan rangkaian televisyen swasta lain, namun matlamat utama dan peranan media milik kerajaan atau lebih dikenali sebagai Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lain ialah sebagai pengimbang kepada keharmonian dan kerukunan di negara ini.

Jika semua pemilik ataupun pengamal media hanya mementingkan keuntungan dan hiburan semata-mata, tidak mustahil nilai adat ketimuran penduduk negara ini akan terhakis terutamanya golongan muda.

Oleh yang demikian, tidak kira jika warnanya pudar ataupun sebagainya, apa yang lebih penting di sini ialah mesej ataupun maklumat yang ingin disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat. Jika maklumat itu sampai maka rakyat akan memahaminya.

Media di negara ini umumnya dan RTM khususnya seharusnya bertanggungjawab membantu kerajaan menjaga kedaulatan dan perlembagaan negara. Segala cemuhan dan tohmahan terhadap negara oleh kuasa-kuasa asing serta ideologi yang bertentangan dengan negara seharusnya ditangkis dan ditepis sama sekali.

Islam adalah agama rasmi negara Malaysia dan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di zaman pemerintahannya juga telah mengisytiharkan negara kita sebagai negara Islam. Namun begitu, sedikit kekecewaan dan kehampaan timbul apabila ada di antara pengamal-pengamal media terutamanya milik swasta yang seakan lupa mengenai perkara itu.

Senario yang berlaku pada ketika ini dimana stesyen-stesyen swasta berlumba-lumba membawa masuk pelbagai bentuk hiburan dari negara-negara luar yang bolah mempengaruhi jiwa dan minda masyarakat terutamanya golongan muda-mudi.

Walaupun sumber-sumber luar itu ditapis, namun masih terdapat unsur-unsur negatif ataupun budaya yang kurang sesuai dipaparkan untuk tontonan umum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita tidak boleh mengelak perkembangan dunia yang semakin berteknologi dan juga semakin betamadun ini. Namun begitu, kita memerlukan sesuatu sumber yang boleh mengimbangi semua yang berlaku ini.

Inilah peranan yang dimainkan oleh media di negara ini khususnya RTM yang menjadi pengimbang kepada perubahan budaya sosial. Rakyat perlu sentiasa diingatkan mengenai keharmonian, perpaduan, nilai-nilai murni masyarakat timur dan berpegang kepada ajaran Islam bagi kaum muslim di negara ini.

Jika kedaulatan negara sentiasa dijaga dan dihormati, imej negara Malaysia yang sedang membangun tidak akan mudah diperkotak-katikkan oleh anasir-anasir luar yang sentiasa mencari jalan bagi memecah-belahkan perpaduan di negara ini walaupun ada di antara mereka merupakan di kalangan rakyat kita sendiri.

Media juga seharusnya perlu lebih mengingatkan bangsa Melayu dan masyarakat Bumiputera supaya bersatu dalam memastikan perlembagaan dan kedaulatan negara tidak dicabuli dan dihina.

Golongan belia khususnya remaja Melayu dan Bumiputera seharusnya didedahkan dengan lebih mendalam mengenai bagaimana perjuangan pemimpin terdahulu mendapatkan kemerdekaan dari penjajah selepas negara dijajah lebih daripada 400 tahun.

Mereka juga harus mengetahui apa yang terkandung dalam perjanjian “kontrak sosial” bagi memastikan imej sebenar negara ini terus terjaga.

12TH PARLIAMENT CONVENES TODAY

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- The 12th Parliament convenes today following the general election on March 8.

The first meeting of the first session will see the 222 MPs being sworn in. Just before that, Tan Sri Pandikar Amin Mulia is scheduled to take his oath of office as the new Speaker of the Dewan Rakyat.

A vote will be taken to fill the two posts of deputy speaker. The Barisan Nasional (BN) has nominated Santubong MP Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar and Beluran MP Datuk Ronald Kiandee while the DAP has nominated Kepong MP Dr Tan Seng Giaw.

The Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, will officially open the first session of parliament on Tuesday. The first meeting is scheduled for 16 days up to May 27.

The Dewan Rakyat is set to record history. Ninety-nine MPs will be new faces while the opposition will be represented by 82 MPs, more than four times the number in the last parliament.

Permatang Pauh MP, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, is set to create history as well, as the first woman Opposition Leader. Parti Keadilan Rakyat, (PKR) which she helms, has 31 seats in the House, the highest number among the opposition parties. The DAP has 28 and PAS, 23.

The Dewan Rakyat proceedings are expected to be heated this time around, considering the varied background of the MPs and the inclination of many of them to be vocal.

The public will be able to follow the question-and-answer session in the House as Radio Televisyen Malaysia (RTM) will broadcast live a 30-minute segment of the proceedings during meetings beginning Wednesday.

Prior to the dissolution of parliament on February 13, the Dewan Rakyat had 219 seats -- 199 occupied by the BN, 12 by the DAP, six by PAS and one each by the PKR and an independent MP.

A redelineation exercise has given Sarawak three more parliamentary seats, raising the total number of seats in the House to 222.

In the general election last month, the BN won 140 seats to win by a simple majority. The opposition, comprising the PKR, DAP and PAS, won the remaining 82 seats.

Sunday, April 27, 2008

KAMPAR DESAK TAJOL LETAK JAWATAN

KAMPAR, 27 April (Bernama) -- Umno Bahagian Kampar telah menghantar petisyen kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali meminta beliau meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas sebagai ketua.

Petisyen berkenaan ditandatangani 111 wakil jawatankuasa bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri serta ketua-ketua cawangan dalam satu mesyuarat khas baru-baru ini.

Setiausaha Umno bahagian itu, Abdul Rahman Md.Som berkata salinan petisyen itu telah dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Umno.

Pada 14 April lalu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Mohd Radzi Manan membuat kenyataan terbuka mendesak Tajol Rosli meletakkan jawatannya dengan secepat mungkin bagi membolehkan Umno Perak dipimpin oleh ketua yang lebih bersemangat.

Abdul Rahman berkata petisyen itu turut menyatakan Umno Kampar kesal kerana bekas Menteri Besar Perak itu tidak mengambil inisiatif selaku pemimpin untuk merangsang semangat ahli parti selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) di Perak pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Dalam keadaan yang amat meruncing pada masa ini, semua ahli kini tertekan kerana ketiadaan hala tuju dan pelan tindakan yang tegas supaya Umno Perak bangkit semula dalam masa yang terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas satu majlis perjumpaan kira-kira 500 pemimpin pelbagai peringkat Umno Bahagian Kampar di Changkat Tin dekat sini hari Ahad.

PENANGAN BLOG

Oleh Ziauddin Sharuddin

MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.

Blog media baru berpengaruh

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.

Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.

Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.

Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.

Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.

Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.

Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.

Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.

Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.

Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.

Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.

Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.

Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.

Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.

Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.

Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.

Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.

Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.

Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.

Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.

“Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya.

Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.

Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.

Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri

LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.

Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.

Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.

Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.

“Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya.

Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.

Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.

Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.

Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.

Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.

Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.

Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.

Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya. - BH.

Saturday, April 26, 2008

PROGRAM PERSPEKTIF KITA MALAM INI


(Sdr Norizan Sharif - INMIND)

(Captain Yusof - Ancient Mariner)

(Sdr Akram)

(Eddy mendengar hujjah yang dilontar)

Thursday, April 24, 2008

MSM HARUS ATASI MEDIA BARU

Oleh Saadiah Latip

Media cetak dan media elektronik harus lebih telus dan agresif dalam penyampaian berita untuk memulih imej kerajaaan.

Berbanding dengan media baru melalui internet seperti laman web dan blog, berita melalui media convensional lebih sahih dan mengandungi fakta-takta yang tepat daripada sumber-sumber yang tertentu.

Dengan ini, penerbitan berita harus mengatasi penulisan yang terdapat di laman web dan blog yang sangat liberal dan ‘vocal’ hingga imej kerajaan nampak tercemar . Justeru wartawan harus bijak melalui penulisan berita untuk memulihkan imej kerajaan.

Antara kaedah penerbitan berita dicadangkan penulisan / penyampaian berita secara ‘interaktif’ di mana pembaca / penonton dapat berinteraksi terus mengenai sesuatu isu yang disampaikan.

Ruangan ‘ pendapat anda’ atau ‘letters to the editor’atau rancangan-rancangan berbentuk siaran langsung di mana pendengar / penonton dapat memberi pandangan harus diperluaskan atau diperbanyakan lagi agar pembaca /pendengar/penonton akan memilih media ini daripada media baru.

Dalam konteks memulihkan imej kerajaan, penyampaian berita melalui kaedah ini akan lebih berkesan jika barisan panel yang terlibat dapat menjelaskan atau menerangkan dengan telus dan terperinci kepada masyarakat agar semua kesangsian dan persoalan terjawab.

Media arus perdana harus maju mengatasi media baru melalui internet untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerjajaan.

MASYARAKAT BERSAMA MSM

Oleh AZIZAH

Media Arus Perdana masih lagi menjadi saluran terbaik dalam menyebarkan keputusan terkini pilihanraya baru-baru ini. Ini kerana peranan media kini semakin penting dan relevan kerana merupakan media alternatif arus perdana yang banyak memberi maklumat secara tepat dan padat menerusi rancangan radio dan Televisyen.

Kecanggihan teknologi dalam era globalisasi ini seperti menghantar keputusan pilihanraya melalui SMS atau Info Teks juga adalah teknologi yang boleh masyarakat pilih bagaimana untuk mendapat maklumat tersebut. Ia tidak dapat disangkalkan lagi segala keputusan yang diberikan adalah padat dan sahih.

Walaupun ramai beranggapan media arus perdana masih berat sebelah namun masyarakat tidak boleh hanya menyalahkan dan menafikan keputusan berkenaan kerana semua media bertanggungjawab bukan hanya media arus perdana seperti RTM menyebarkan segala maklumat secara langsung dan terkini dari semasa ke samasa.

Oleh itu, tidak perlu masyarakat menuding jari menyalahkan RTM semata-mata.

Semua media bertanggungjawab dan perlu telus dalam menyebarkan maklumat. Kenapa hanya media arus perdana sahaja dipersoalkan sedang media alternatif lain juga turut melalukan perkara yang sama. Adalah tidak adil hanya menyalahkan media arus perdana sedangkan masyarakat sendiri yang perlu memainkan peranan masing-masing sebagai rakyat Malaysia.

Masyarakat seharusnya bersama-sama dengan media arus perdana membantu memulihkan imej kerajaan dengan memberi sokongan dan peluang. Setahu saya RTM banyak menyiarkan rancangan dan program yang adil dan bernas.

Antaranya rancangan berbentuk forum seperti "Debat Perdana".

Dalam rancangan itu, semua kompenan parti dijemput hadir bagi membincangkan topik-topik yang boleh membangunkan negara. Kebebasan dan keadilan macam mana lagi yang rakyat mahu, tidak akan sampai hendak memburukkan negara sendiri?

Media tahu apa yang terbaik untuk negara, setiap apa yang dilakukan mesti ada misi dan objektif tersirat yang tidak perlu didedahkan.

SURUHANJAYA SIASAT KEKALAHAN UMNO

PUTRAJAYA 23 April - Kini wujud keperluan bagi UMNO, yang kalah besar dalam pilihan raya umum Mac lepas, menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat sebab-sebab merosotnya sokongan terhadap parti itu, yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, ketika membuat gesaan itu berkata, UMNO juga perlu "berubah" dalam cara ia beroperasi "Jika anda boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk hakim, dan kini mahu membentuk suruhanjaya anti rasuah, mengapa tidak boleh dibentuk suruhanjaya untuk UMNO?," kata beliau, dan menambah UMNO perlu terus bergerak ke depan.

"Saya selalu kata sistem kuota mesti dihapuskan. Kewujudan terlalu banyak rangkaian pemimpin dalam UMNO di peringkat negeri harus juga disemak, agar kita tidak terpaksa melayani kehendak terlalu ramai bos bila pilihan raya diadakan," kata veteran politik itu.

Dr Rais, 66, merujuk kepada sistem kuota yang mensyaratkan setiap pemimpin yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden atau anggota MT, mesti mendapat bilangan pencalonan tertentu dari bahagian-bahagian UMNO.

"Ini saya fikir sukar diterima oleh sesetengah pihak, kita mesti lahirkan apa yang kita percaya. Tapi, saya tidak menyalahkan sesiapa, sistemnya mesti adil," kata beliau.

Diminta mengulas desakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan menerima tanggungjawab atas prestasi merosot BN dalam pilihan raya umum itu, Dr Rais berkata ini bukan masa untuk berbalah tetapi untuk bekerja.

"Ini masa untuk memaaf dan melupakan (yang lalu). Setiap orang punya suara hati untuk dilaksana dan diperkatakan dengan lantang.

"Saya fikir kini masanya bagi semua peringkat kepimpinan menerima dan mencintai Malaysia dan membolehkan proses kerja terlaksana," kata beliau.

Dr Rais berkata beliau tidak menuding jari kepada sesiapa atas kekalahan itu, tetapi rakyat Malaysia "memang suka menyalahkan orang lain". - BERNAMA/UM

Tuesday, April 22, 2008

PERKARA NEGATIF PERLU DIOLAH DENGAN BAIK

Oleh Taufik Adanan

Imej, kredibiliti, berwibawa, adil dan saksama. Ini belum ditambah lagi dengan ayat ketepatan, kesahihan dan seumpama dengannya bagi sesuatu perkara itu untuk disampai atau disalur kepada umum. Itu adalah perkara awal yang muncul dibenak fikiran saya apabila di minta mengulas @ komen serba sedikit mengenai peranan media.

Khususnya media kerajaan yang kini nampak semakin kurang pengaruhnya terutama kepada generasi muda kini. Apa-apa pun buah fikiran saya yang dilontarkan ini adalah secara ringkas dan santai untuk renungan bersama. Siapalah saya untuk membuat tafsiran dan komen-komen yang begitu jauh dan berat kerana sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, kesederhanaan perlu sentiasa ada dalam wa dan ditanam, dipupuk pada sanubari. Apa-apa pun, sememangnya mungkin ada lagi selepas ini beberapa perkara lain yang perlu ditokok tambahcagar sama-sama memperolehi manfaat dan pengetahuan.

Seperti yang diketahui, golongan muda kini boleh dikatakan lebih terdedah dengan pelbagai sumber maklumat dan info yang diperolehi tanpa garis sempadan dan had. Lebih-lebih lagi dengan ledakan dunia infomasi.. 'infomation technology' IT , "aka" internet, iaitu bermula era pertengahan 90'an di negara ini. Dengan Tag line dahulu, sumber maklumat hanya di hujung jari anda sahaja, tekanlah apa saja patah perkataan pun di ruang web "enjin pencari", sudah tentu dalam beberapa saat ketika sahaja.

Muncul apa yang diingini, termasuklah berkaitan perkara yang dicari seperti politik, ekonomi, isu masyarakat, sukan mahupun yang boleh memudaratkan fikiran seperti porno dan gejala sosial lain.

Dalam erti kata, internet kini sudah tentu menjadi sumber rujukan utama dan peranan media utama lain nampak semakin perlu mencari jalan dan cara setapak kehadapan bagi mengatasi perkara ini iaitu mengembalikan semula pengaruh kepercayaan kepada masyarakat khususnya media yang dikendalikan kerajaan. Malah kemunculan beribu-ribu blog pelbagai topik malah sensasi khususnya membabitkan politik semasa negara juga dikatakan antara penyumbang dan menarik untuk dilayari. Kerana sudah tentunya ia mudah diakses dan difahami. Malah tanpa fakta pun masih boleh dikarutkan lagi.

Hentamlah apa-apa yang disukai ditambah ayat-ayat "bombastik" pun masih lagi menjadi cerita ataupun berita, tetapi media arus perdana pula tidak seharusnya terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan situasi demikian.

Sudah tentu, perkara pertama yang menyebabkan media kini perlu membanting tenaga dan tulang empat kerat bagi membantu kerajaan memulihkan imejselepas berakhirnya senario pilihanraya umum PRU-12 baru-baru ini.

Kepercayaan yang sebelum ini kukuh nampaknya semakin menurun, berikutan beberapa isu-isu yang timbul dan berbangkit terutama pada tahun lalu, yang sudah tentu menimbulkan pelbagai ketidakpuasan hati di sesetengah individu. Lantaran terlalu banyak sekatan, perlindungan terhadap sesuatu kepentingan, mahupun ayat-ayat yang terlalu yakin tanpa memikirkan apakah kesan yang bakal dihadapi.

Natijahnya, PRU ke-12 baru-baru ini, walaupun kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) menang sekali lagi, namun ia tidak segah seperti tahun 2004. Kemenangan dengan undi majoriti mudah manakala pembangkang pula diterajui PKR, DAP dan PAS buat pertama kalinya memenangi kerusi Parlimen hingga mencecah 80 kerusi. itu tidak lagi melihat kepada tumbangnya 4 buah negeri (parlimen wilayah persekutuan Kuala Lumpur turut dikuasai pembangkang) , dan Kelantan terus di kuasai PAS malah menambahkan lagi kekuatan cengkamannya hingga majoriti 41 kerusi, manakala Umno terus menjadi pembangkang di negeri Serambi Mekah iaitu dengan hanya 4 kerusi sahaja. Malah cakap-cakap di awal sebelum PRU ke 12 bermula, Kelantan mampu dirampas kembali dengan peranan media yang bertubi-tubi dilafazkan keyakinan dan kepercayaan dimana bakal tumbangnya kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz pada PRU lalu itu menjadi sebaliknya. Ini ditambahkan lagi peranan media ketika itu, di ura-urakan Kelantan masih tidak membangun dan berjaya seperti negeri-negeri lain yang diterajui BN.

Ini mungkin juga boleh menjadi antara faktor penyebab. Saya tidaklah mahu mengulas panjang mahupun menulis dengan lebih panjang hal berkenaan termasuklah isu-isu lain.. misalnya BERSIH, HINDRAF atau kes-kes membabitkan badan kehakiman yang timbul sebelum ini yang telah menguji jentera media dalam membantu kerajaan menanganinya. Itu belum ditolak lagi dengan kedangkalan manusia yang berparti hanya mahukan sesuatu iaitu, yakni hanya untuk kepentingan diri.

Berbalik kepada peranan media arus perdana memulihkan kerajaan, sudah tentu antara prinsip-prinsip yang timbul tadi boleh dirumuskan dan difikirkan. Malah rakyat sendiri sudah muak dengan adanya cerita-cerita yang selalu menyebelahi sebelah pihak sahaja dan menafikan langsung sebelah pihak lagi, untuk mereka mempertahankan diri atau memberikan pendapat balas. Pendapat saya, jika diberikan pula ruang, perkara tersebut sudah tentu perlu diteliti dan penuh berkesederhanaan, malah sesuatu perkaraitu tidak perlu dibuat serta dilakukan secara melampau-lampau hingga mengundang muak dan kebencian.

Apa yang menarik perhatian saya, sudah tentu asyik-asyik timbul ayat yang berkata, Rakyat Harus Berterima Kasih Dan Bersyukur kepada Kerajaan.... ya saya tidak menafikannya. Namun sesekali sekala diubahlah ayat itu seperti "Kerajaan amat Bersyukur kerana dihargai, atau sangat menghargai sokongan dan amat berterima kasih kepada Rakyat yang memilih untuk terus mengemudi pentadbiran Negara." Tulus ikhlas inilah yang selalunya melembutkan hati rakyat "aka" manusia itu sendiri, kerana sifat merendah diri dan penggunaan nada atau ayat yang terlalu angkuh tidak perlulah digunakan lagi malah perlu dijauhi.

Selepas PRU-12 yakni 8 Mac lalu, BN sekali lagi diberi peluang memerintah negara tercinta ini dan sudah tentu mengunakan peluang yang diberikan ini dengan sebijak-bijak. Rakyat kini semakin cerdik dan jangan sesekali menyamakan pemikiran mereka dengan keadaan ketika di era awal kemerdekaan, mahupun ketika era zaman pemerintahan Tun Abdul Razak ataupun Tun Hussien Onn. Malah rakyat sendiri sudah mampu menilai, apakah seseorang pemimpin itu mempunyai kredilibiliti, bersifat tulus dan bertanggungjawab.

Berita-berita, rencana, komen mahupun sisipan arus perdana baik, bercetak mahupun elektronik sudah tentunya perlu tidak memainkan lagi sentimen-sentimen yang mengundang kepada perbalahan serta kurang sensitiviti dengan keadaan semasa negara. Selain itu, pembangunan negara dan kemajuan yang diperolehi mestilah juga seperti biasa disiarkan, malah perkara-perkara negatif yang berlaku dapat dan perlu diolah dengan ayat yang lebih bijak serta mudah difahami agar tidak memberi kesan pemikiran buruk dan tidak baik kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda kini.

Apa-apa pun, media arus perdana yang kini diterajui atau dikawal oleh orang atasan atau "orang tertentu" baik kerajaan mahupun swasta, sudah tentu mempunyai cara atau strateginya sendiri, bagaimana mahu mengembalikan semula keyakinan serta memastikan imej kerajaan kembali pulih.

Tepuk Dada Tanya lah Selera.

MSM MASIH MEDIUM TERPENTING

Oleh Affendi Abdul Karim

Umum mengakui negara di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini berdepan cabaran mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.

Isu HINDRAF, ketidakpercayaan terhadap institusi kehakiman negara, isu kenaikan harga barang dan pergolakan politik dalaman BN antara yang mempengaruhi rakyat terhadap kerajaan.

Pada akhirnya rakyat bertindak dan menyebabkan ‘tsunami’ Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dicatat pada 8 Mac lalu. PRU ke-12 telah membuktikan BN kurang mendapat kepercayaan rakyat berbanding pakatan parti pembangkang antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam Pilihan Raya itu, walaupun BN berjaya memerintah namun
ia gagal mendapat majoriti dua pertiga iaitu 148 daripada 222 kerusi Parlimen. BN sekadar memperoleh 140 kerusi Parlimen manakala 82 lagi kepada pembangkang.

Selain gagal merampas semula Kelantan, BN terpaksa menerima hakikat bahawa Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah kini dibawah penguasaan pembangkang.

Kegagalan kerajaan BN dalam memenangi hati rakyat wajar dipikul semua pihak. Ini termasuklah media arus perdana.

Pada era kini, tidak dapat dinafikan media arus perdana merupakan medium terpenting mempengaruhi rakyat dalam membuat keputusan. Justeru, media arus perdana wajar memainkan peranannya dalam membantu memulihkan imej kerajaan yang tercalar di mata rakyat.

Pengamal media hendaklah selari dengan hasrat dan aspirasi kerajaan. Mereka perlu membawa kerajaan mendekati rakyat dan sebaliknya. Hanya dengan penggemblengan kerjasama inilah, usaha memenangi hati semua pihak dapat dilaksanakan.

Ini bukan bermaksud menidakkan hak pengamal media untuk bebas bersuara menyampaikan kebaikan dan menyatakan keburukan. Namun, perlu menjadi hak rakyat ‘termasuk’ pengamal media untuk menjaga kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara.

Pengamal media arus perdana perlu melihat kejayaan BN mentadbir negara dalam suasana masyarakat harmoni dan ekonomi yang stabil selama ini sebagai sesuatu yang perlu dikekalkan. Kestabilan negara hendaklah menjadi asas pegangan media arus perdana dalam penulisan dan penyiaran maklumat.

Menjadi tanggungjawab media arus perdana untuk menerangkan pelbagai maklumat dan dasar kerajaan secara terperinci dan telus supaya rakyat dapat menilai keberkesanan hala tuju kerajaan. Antara dasar yang perlu diberikan perhatian ialah Pembangunan Ekonomi Wilayah yang bertujuan membantu rakyat di kawasan di luar Lembah Klang.

Walaupun selama ini, memang diakui media arus perdana menjalankan tugasnya menyampaikan dasar kerajaan namun dalam era globalisasi ia menuntut usaha yang berlipat ganda.

Dalam era globalisasi, media arus perdana berdepan dengan kewujudan media alternatif atau new media seperti laman web, e-mail dan terbaru laman blog. Media alternatif adalah sumber terbaru kepada rakyat memperoleh sebarang maklumat dan berita.

Justeru, media arus perdana perlu menggandakan usaha membuktikan keberkesanan media sebagai penyampai maklumat kerajaan yang lebih proaktif. Rakyat kini amat memilih terhadap maklumat yang disampaikan. Mereka mahukan maklumat yang benar dan tepat bukanlah sentiasa disogokkan dengan berita-berita yang digembar-gemburkan.

Pada masa sama berusaha menarik pengamal media alternatif untuk sama-sama membangunkan negara. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan semula keyakinan dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

MSM PERLU BANTU PULIHKAN IMEJ KERAJAAN

Oleh: Anne A

Secara jujurnya, penulis bersetuju dengan pendapat Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, “…laman blog tidak pernah diberi kebebasan mutlak di Negara ini, sebaliknya penulisnya tetap terikat dengan undang-undang yang ditetapkan…”sumber: utusanM-azman ibrahim, april 16 2008.

Kenapa penulis bersetuju? Ini kerana sebagai penulis blogger, penulis masih berpegang teguh dengan prinsip, bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan, ‘..you boleh tulis apa sahaja yang you nak, tapi kenalah bertanggungjawa dengan apa yang you tulis..’

Sebagai anak warganegara yang setia pada negara dan bangsanya, perlu bagi media untuk menulis sesuatu yang bersifat lebih positif ke arah memacu dalam perkembangan bagi memajukan Negara, meskipun negatifnya, ‘melambak’ yang mana ianya boleh menghina, memaki, menjatuh dan meruntuhkan orang lain, anak bangsa Malaysia itu sendiri. Ini jelas terbukti, seperti apa yang berlaku dalam PU12 yang lepas.

Dari sudut lain, penulis tidak bersetuju langsung, **blogger penulis-penulis yang gagal? Atau, adakah karya para blogger merupakan tulisan kelas kedua dan sekadar bersifat sampah? Atau ia hanya memuatkan tulisan yang sama sekali tidak bermutu. (Sumber: utusanM-azman ismail, mac 31 2008).

Penulis blog bukannya calang-calang orang. Dari peringkat Phds hingga profs, malah ada yang memiliki hingga 4, 5 degree. Cuma yang membezakanya dengan surat khabar, gaya penulisan blog lebih menyerlah dan membawa maksud sebenar kepada pembaca ruangan blog, berbanding surat khabar umpama, ‘berselindung di ketiak emak’ kerana dipengaruhi politik yang tersurat & tersirat, sukar diketahui orang ramai.

Pun begitu, penulis berpendapat, media harus sama-sama membantu kerajaan, samada 5 negeri yang dikuasai pembangkang atau BN, media harus menyampaikan maklumat yang tepat, jelas dan membina minda masyarakat?

Malah, media adalah orang pertama yang mampu menguasai minda dan pemikiran seseorang yang membaca tulisannya.

Penulis banyak mendengar cerita, email dari kawan-kawan seluruh Negara yang memberi komen mengenai PU12 yang lepas. Banyaknya, negative dari positif. Tetapi, hakikatnya, kerajaan kembali berkuasa dan perlu akur dengan apa yang ada sekarang. Sebagai pengamal media, samada media cetak, elektronik atau blogger, harus tahu peranan utama mereka dalam memulihkan imej kerajaan yang tercalar, gara-gara ketidakpuasan hari rakyat melalui laman blog.

Penulis ingin mengajak kawan-kawan penulis blog agar sama-sama menyampaikan maklumat , polisi, agenda dan dasar kerajaan melalui tulisan mereka. Walaupun tidak semua yang bersetuju dengan pendapat penulis, sekurang-kurangnya penulis dapat menarik daripada 10, 3 orang, walaupun jumlah sedikit berbanding 7, penulis sudah kira berjaya menarik 3 orang ini menulis apa yang perlu diketahui rakyat dengan pemulihan system kepimpinan kerajaan yang ada sekarang.

Persoalannya, adakah anda pencinta tanah air sendiri? Adakah anda sayangkan Malaysia ? Adakah anda ingin melihat Negara sendiri hancur, berpecah-belah, rusuhan kaum, bergolak, pergaduhan, jenayah dan macam-macam lagi… hanya kerana penulisan yang anda tulis itu boleh membuat orang lain marah, tak puas hati, dengki, menghina, menganiaya orang dan sbnya.

Satu perkara yang penulis ingin kongsikan bersama teman-teman, “…kita tidak dapat memuaskan hati semua orang hanya kerana tuntutannya tidak dapat kita penuhi..dan …tiada sesiapa manusia di dunia ini yang sempurna, melainkan dia yang berkuasa.

Adakah anda pernah melakukan kesilapan? Jika pernah, sama-samalah kita membantu memulihkan imej kerajaan sedia-ada, pimpinan Pak Lah kerana penulis percaya, tulisan anda adalah suatu kuasa yang mampu menggegarkan dengan menyentuh hati setiap insan dan rakyat Malaysia walaupun tidak semuanya menerima. Sekurang-kurangnya kita memperjelaskan dan menyampaikan maklumat yang benar mengenai dasar dan agenda baru kerajaan daripada ‘langsung tiada’.

KURSUS KEWARTAWANAN PENYIARAN





Saturday, April 19, 2008

CHINA BELI BABI MALAYSIA

Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 18 April – Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut.

Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.

Sehubungan itu, katanya, beberapa syarikat dari China menyatakan minat untuk bekerjasama dengan penternak babi Malaysia bagi menampung permintaan daging babi yang semakin tinggi di negara itu.

“Beberapa syarikat menyatakan minat, tetapi kita tunggu dulu kunjungan wakil syarikat China itu ke Malaysia hujung bulan ini untuk membolehkan perbincangan lanjut.

“Setakat ini semuanya masih di peringkat awal dan tiada keputusan muktamad diambil,’’ kata Kim Hee ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar The Sun hari ini memetik laporan Nanyang Siang Pau yang melaporkan Malaysia dalam perancangan mengeksport daging babi ke China buat pertama kalinya.

Kim Hee dalam laporan itu berkata, urusan berhubung hal tersebut dilakukan dengan dua buah syarikat dari China selain usaha untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Beliau dipetik sebagai berkata, jika Malaysia dapat menjadi pengeksport babi ke China, para penternak akan berpeluang memperoleh pendapatan yang baik termasuk dari segi pertukaran wang asing memandangkan pasaran yang besar di negara itu.

China yang mempunyai penduduk lebih 1.2 bilion dilaporkan berhadapan dengan kekurangan bekalan daging babi berikutan permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan penduduknya.

Ekoran taraf yang semakin baik, permintaan daging babi di negara berkenaan dilaporkan meningkat hingga China terpaksa mengimport daging babi dari Thailand, tetapi langkah itu juga dikatakan tidak mencukupi.

Malaysia sebelum ini turut mengeksport daging babi ke Singapura namun ia dihentikan selepas republik itu melarang import daging babi dari Malaysia berikutan penyebaran virus Nipah pada 1998.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Dr. Ibrahim Che Embong ketika diminta mengulas isu itu berkata, pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada para penternak babi berhubung penternakan besar-besaran untuk eksport ke China.

Dari segi dasar, ujarnya, hanya ladang ternakan secara moden yang dibenarkan ditambah manakala soal sama ada boleh atau tidak bilangan babi ditingkatkan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Mengikut amalan, selaku tuan tanah negeri yang buat dasar mengenai penternakan babi. Negeri-negeri memang hanya menumpukan untuk menampung keperluan babi dalam negara. Sejak dari tahun 2000, sudah tidak ada eksport babi termasuk ke Singapura.

“Statistik menunjukkan jumlah babi di Malaysia berjumlah 2.6 juta ekor tetapi babi boleh ditingkatkan pengeluarannya dengan cepat.

“Haiwan itu boleh beranak tiga kali setahun dan setiap kali beranak, ia boleh melahirkan 11 ekor anak.

“Mungkin sebab itu para penternak merancang terlebih dahulu dengan syarikat China kerana mereka tahu jumlah babi boleh ditingkatkan dalam masa yang singkat,’’ katanya.

UGUTAN SAMY MACAM SUARA HINDRAF....

Oleh: BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ

Dalam kata duanya kepada kerajaan, Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu berkata beliau akan mendapatkan bantuan daripada Negara lain sekiranya kerajaan tidak memenuhi kehendak masyarakat India yang diwakilinya.

Kenyataan ini dinyatakan dalam temubual dengan laman Malaysiakini.com, hari Selasa.

Beliau mengeluarkan kata dua itu kerana mendakwa selama ini kerajaan tidak melihat kehadiran dan peranan masyarakat India pada tahap sewajarnya.

Antara lain beliau memberi contoh, masyarakat India tidak diberi peluang memiliki rumah murah mengikut keperluan, peluang pekerjaan yang terhad dalam sektor awam, bantuan kewangan yang terlalu sedikit untuk pendidikan dan penyertaan yang amat sedikit dalam ekonomi Negara.

Kenyataan ini ibarat ‘u-turn’ 360 darjah daripada kenyataannya sebelum tewas dalam pilihanraya umum yang lalu. Sebelum ini, kenyataan-kenyataan seperti itu dibawa dan diwar-warkan oleh sebahagian masyarakat India Malaysia yang menggelarkan diri mereka Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Kata Samy ketika itu; “Karut!” dan mengakui beliau sendiri telah membawa perkara-perkara tersebut ke pengetahuan Jemaah Menteri. Katanya juga, dakwaan-dakwaan Hindraf adalah palsu dan tidak benar kerana masyarakat India telah menikmati banyak faedah daripada kemajuan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.

Kini, pendirian Samy sudah agak berbedza. Dia pula yang kata, orang India Malaysia tidak mendapat pembelaan. Jika dahulu, Hindraf pergi ke India untuk mendapatkan sokongan, kini Samy sendiri mahu ke luar negara mendapatkan bantuan.

Nampak gaya, suara Hindraf senada dengan suara MIC atau sekurang-kurangnya seirama dengan suara Samy Vellu!

Apakah agaknya yang mendorong Samy ‘berpatah-balik? Sangkaan pertama ialah, dia tidak berpatah balik, tetapi suara Hindraf sebelum pilihanraya memang suara beliau atau suara MIC. Kedua, beliau sanggup memberi ugutan kepada kerajaan semata-mata mahu mencari populariti.

Bagi sangkaan pertama, ada orang berpendapat, Hindraf adalah ‘tangan’ MIC yang dijadikan alat sebagai ‘pressure group’. Hindraf kononnya digunakan untuk mempercepat tuntutan dan kemahuan masyarakat India. Itulah sebabnya, walaupun Hindraf bukannya organisasi berdaftar, ia mendapat sambutan hebat termasuk daripada ahli-ahli MIC sendiri.

Keputusan kerajaan memberikan cuti umum untuk Wilayah Persekutuan bagi perayaan Thaipusam adalah salah satu daripada tuntutan itu. Ini amat membanggakan masyarakat India. Demikianlah sangkaan umum mengenai peranan Hindraf.

Bagaimanapun, banyak lagi tuntutan yang belum diperolehi. Dahulu Samy duduk di kerusi empuk sebagai anggota kabinet, kini beliau di luar.

Oleh itu, beliau sendiri boleh memainkan peranan yang dimainkan oleh Hindraf selama ini. Beliau bukan lagi seorang menteri tetapi masih menjadi Presiden parti MIC. Beliau pernah berkata, beliau akan menjadi pemimpin utama parti itu sampai bila-bila.

Jadi, dengan kenyataan itu, timbullah sangkaan kedua iaitu mahu mencari populariti – untuk kelangsungan hidup sebagai presiden parti. Untuk mendapat kembali keyakinan masyarakat dan ahli MIC, Samy wajib memenangi hati setiap anggota masyarakat India.

Beliau tiada pilihan lain. Untuk menjadi presiden, beliau juga harus menjadi hero – hero kepada orang India, walaupun beliau terpaksa mengugut bosnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan kata dua.

Elok juga Samy memperlihatkan belang dan taringnya sekarang. Maklumlah, selama ini beliau lebih dilihat hanya berkokok atas sifatnya sebagai menteri – bukan sebagai Presiden MIC.

Jika gelagat beliau kini adalah langkah untuk menghadapi pemilihan parti akan datang, biarkanlah beliau begitu. Ahli-ahli MIC yang akan menentukan pucuk pimpinan mereka kelak. Mereka boleh menilai sifat-sifat pemimpin yang sebenar dan mereka juga tahu yang mana talam dua muka dan sebaliknya.

Namun, kerajaan harus proaktif terhadap hasrat Samy hendak mencari bantuan dari luar. Biarlah Hindraf sahaja melakukan apa yang tidak patut dilakukan. MIC sebagai parti komponen Barisan Nasional tidak harus dibiarkan begitu.- AGENDA DAILY (18/4/2008)

Friday, April 18, 2008

MSM SUDAH TEWAS?

Oleh Ati Hasmila Ahmad Tajulddin

Kemunculan awal suratkhabar di Malaysia ( dulu Tanah Melayu ) menyebarkan propaganda British kemudiannya diambil alih oleh Komunis untuk menyebarkan fahaman mereka sedikit sebanyak membentuk suratkhabar ejen propaganda pemerintah. Jika zaman sebelum merdeka Utusan Melayu, Zaman dan Majlis menjadi agenda menyampaikan suara bangsa Melayu ketika itu. Cukup dengan peranan media cetak, media elektronik mengambil alih, maka TV dan radio memainkan peranannya sehingga era kemunculan kuasa baru dunia tanpa sempadan iaitu blog sehingga dikatakan penyebab percaturan politik Malaysia berubah.

Senario yang berlaku sekarang seolah - olah media arus perdana (msm) sama ada media cetak mahupun elektronik sudah tewas apabila blog mewujudkan sindrom semua orang boleh jadi wartawan dan menulis. Malahan, maklumat yang berada di dalam blog yang menyimpang daripada kebenaran pun dipercayai pembaca sedangkan media arus perdana bagai ‘tercekik’ menyatakan perkara sebenar. Apatah lagi peranan media arus perdana yang nyata hak kerajaan pula kena menjawab semula isu yang timbul bagi mengelak negara kelam - kabut.

Penulis beranggapan media arus perdana perlu mengembalikan kepercayaan khalayak yang kini telah beralih kepada blog. Sebelum media arus perdana membantu kerajaan memulihkan imejnya, media arus perdana perlu terlebih dahulu dibantu kerajaan melemahkan kuasa medium blog yang ekstrem menentang kerajaan. Kerajaan lancarkan perang maklumat.

Langkah awal kerajaan menggunakan peranan blog dengan lebih meluas melalui mewujudkan seramai mungkin penulis blog yang pro kerajaan. Ini akan menyebabkan maklumat - maklumat mengenai sesuatu isu yang timbul seimbang antara pro dengan anti kerajaan, kalau boleh blogger yang pro kerajaan lebih ramai. Apabila situasi tersebut berlaku, khalayak mula tepu dan keliru dengan maklumat yang caca marba sehingga sukar mempercayai blog anti kerajaan lagi. Kekeliruan tersebut dijangka memberi impak positif apabila pandangan mereka mula teralih kembali kepada media arus perdana yang tradisional. Di sinilah kalangan pengamal media daripada media arus perdana mengambil alih kuasa dengan menyuntik semula kepercayaan rakyat kepada kerajaan pemerintah. Tidak ada gunanya sekarang sekiranya media arus perdana mencanang kebaikan dasar kerajaan pemerintah dan kepimpinannya jikalau media arus perdana sendiri dipinggirkan.

Media arus perdana juga harus perlu dibebaskan daripada imej parti, sekalipun tidak sepenuhnya tetapi kuasa orang politik dikurangkan. Dalam erti kata lain, media arus perdana tidak harus dipolitikkan sehingga terikat memberikan laporan. Sebagai salah seorang pengamal media, penulis sendiri merasakan ikatan kuat parti menyebabkan ketidak seimbangan dan akibatnya khalayak mual. Apabila perkara negatif yang terang - terangan disembunyi media kerana melibatkan pemiliknya, khalayak sukar menerima hakikat dan menganggap media arus perdana penipu. Sebagai contoh negeri di Pantai Timur yang diperintah pembangkang digembar - gembur memundurkan bumiputera sedangkan terang - terangan kuasa perniagaan di situ dikuasai peniaga Melayu.

Penulis percaya, negeri lain tidak sebegitu kerana terang dan jelas dikuasai kaum yang lain. Pemberitaan yang berat sebelah ini menyebabkan media arus perdana kurang menarik kerana telah dilabel apa yang kerajaan buat semua baik. Perkara negatif perlu ada jika mahukan perkara positif yang ditonjolkan untuk membantu kerajaan berkesan di hati masyarakat. Membawa kuda ke sungai mudah namun menyuruhnya meminum air mengikut kehendak kita bukan calang - calang kerja.

Berbalik kepada soal politik, cuba tanya rakyat adakah semua mereka kenal dengan wakil rakyat mereka? menteri mereka? Di sinilah, ,media arus perdana boleh menonjolkan perkara positif mengenai pemimpin dengan menyiarkan latar belakang pemimpin supaya gosip terjawab. Adakalanya pertanyaan muncul di kalangan masyarakat tidak ada jawapan yang sahih sehingga muncul pihak yang menangguk di air keruh memberi jawapan dan penjelasan yang bukan -bukan. Penonjolan peribadi di media ini bagaimanapun biarlah menarik dan tidak secara langsung supaya tidak nampak sangatlah membodek. Media arus perdana juga kena mengelak memihak kepada sesetengah pemimpin sahaja. Penonjolan tidak seimbang menyebabkan pemimpin ‘A’ dilihat lebih aktif daripada ‘B’ sehingga jasa yang dilakukan oleh si ‘B’ tidak nampak. Kesannya bukan kepada si ’B’ sahaja namun merebak kepada keseluruhan kerajaan.

Media juga sebenarnya jauhari politik. Media arus perdana perlu bertindak seumpama guru kepada pembentukan peribadi seseorang pemimpin yang mengajar perkara yang tidak harus dilakukan pemimpin. Siapa berani tegur pemimpin? Ya, media dan kuasanya. Media dedahkan pendapat rakyat teramai, nyatakan kepada pemimpin , apa yang rakyat tidak mahukan. Ini tidak, media arus perdana seiiring dan menyokong keputusan pemimpin sedangkan bertentangan dengan kehendak rakyat. Jika majoriti rakyat tidak mahukan dan menyampah dengan ‘K’ tetapi pemimpin pilih juga media kena sokong. Ini kena ubah. Media arus perdana kena berani nyatakan kebenaran. Jadikan media arus perdana betul - betul suara dan hak khalayak bukan saluran mengiyakan sebarang keputusan kerajaan. Tiada apa yang boleh memulihkan imej kerajaan sekiranya dalam keadaan manapun media ikut telunjuk kerajaan. Media arus perdana mesti memberitahu kerajaan secara terbuka kehendak dan kemahuan rakyat dan rakyat dapat melihat peranan ini. Kesannya rakyat meletak platform tanggungjawab menyampai kehendak mereka kepada media arus perdana. Pembelaan oleh media arus perdana menyebabkan rakyat memihak kepada laporan - laporan yang lain termasuk kecemerlangan kerajaan turut diakui mereka.

Media arus perdana tetap relevan sampai bila - bila. Khalayak tetap cari suratkhabar, tengok dan dengar radio setiap hari. Cumanya imej media arus perdana kena berubah dengan peredaran semasa selaras hasrat memulihkan imej kerajaan. Penulis juga bersetuju dengan saranan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 17 April lepas supaya suratkhabar meningkatkan kredibiliti mereka. Bahkan stesen tv dan radio juga harus mengikut jejak langkah sama. Tetapkan sasaran khalayak supaya media arus perdana dibaca golongan muda agar dasar kerajaan sampai kepada golongan ini.

Pilihanraya lalu sudah cukup menggambarkan bagaimana 1.4 juta pengundi muda yang pertama kali mengundi memberikan corak kerajaan menjadi seperti hari ini. Kerajaan Barisan Nasional kena celik dan berganding dengan media arus perdana memulihkan bukan sahaja imej bahkan semangat perjuangan mempertahankan kuasa. Justeru, kerajaan sekarang cubalah dengar suara - suara dari bawah tapi tetap jalan terus ke hadapan tinggalkan yang telah berlaku belakang seandainya mahu terus gah berada di atas.

Saturday, April 12, 2008

TIADA HALANGAN BERSUARA - NAJIB

PEKAN, 12 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak memberi peluang dan ruang kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno untuk merumuskan perkara yang sedang dibangkitkan berkaitan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata ketika ini jawatankuasa itu sedang mendengar para pemimpin Umno bahagian menyuarakan pandangan mereka dan pucuk pimpinan akan memikirkan cara terbaik dalam usaha memulihkan semula keyakinan terhadap parti.

"Tidak ada halangan (untuk) bercakap, bila kita kata jangan bercakap, nanti Umno tidak demokratik pula, tak boleh juga, nanti orang marah kita, jadi kita beri peluang mereka bercakap," katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa laporan media alternatif (blog dan internet) ketika ini dikatakan lebih menyuarakan suara akar umbi berhubung faktor prestasi buruk Umno dan BN pada pilihan raya umum lepas.

Najib berkata: "Berilah ruang kepada pucuk pimpinan, khususnya Presiden parti, Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk memikir apa cara terbaik memulihkan parti, memulihkan keyakinan, yang penting kita dapat feedback, secara terbuka, secara ikhlas, (dan) kita akan serahkan pada pucuk pimpinan," katanya.

Ditanya mengenai pendapat yang berbeza-beza mengenai sistem kuota untuk bertanding pada pemilihan Umno nanti, dan terbaru kenyataan Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo yang turut tidak bersetuju sistem itu dikekalkan, Najib berkata: "Ada beberapa pendapat, macam-macam pendapat, tapi kita akan bincang di peringkat Majlis Tertinggi nanti apa yang terbaik, pada sama sekarang kita pakai peraturan sedia ada."

Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai Perdana Menteri akan berbincang dengannya (Najib) mengenai pelan peralihan kuasa kepadanya (Najib), Najib sekadar berkata: "Itu nantilah, hari-hari cakap benda tu... tak apalah (tak payah komenlah)," .

Terdahulu Najib melancarkan Majlis Pecah Tanah projek akualkutur teknologi "Fish Protech" di Kuala Pahang di sini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.

Tuesday, April 8, 2008

JELITA APRIL 2008



Jelita April 2008BERTINDIK keterlaluan dan bertatu menjadi kegilaan generasi muda sekarang. Pengaruh negatif itu terus menular di kalangan anak muda tempatan dan mereka menyifatkannya sebagai trend atau fesyen. Namun, apakah ia boleh dijadikan ikutan kerana memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang, mengundah padah dan bertentangan dengan ajaran agama. Ikuti kupasan menarik mengenai isu ini di dalam majalah Jelita keluaran April 2008.