Tuesday, December 4, 2007

HINDRAF TIDAK LAYAK JUMPA PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau berpendapat pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) tidak perlu berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka telah melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara bulan lepas.

"Saya tidak ada bantahan sekiranya Perdana Menteri bersetuju untuk berjumpa dengan mereka tapi kerajaan tidak perlu tunduk kepada ugutan sesiapa kerana selama ini tiada kaum yang dipinggirkan di Malaysia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari Isnin ketika diminta mengulas hasrat Hindraf untuk menemui Abdullah bagi berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia.

Nazri berkata sekiranya Hindraf masih ingin meneruskan hasrat itu, pertemuan itu perlu dihadiri bersama oleh MIC selaku parti politik terbesar yang mewakili masyarakat India di Malaysia.

"MIC selama ini menjadi wadah masyarakat India. Tidak wajar jika mereka tidak dijemput sama menghadiri pertemuan itu apatah lagi mereka banyak membantu kerajaan. Hindraf bukannya parti politik," katanya.

Nazri berkata bahawa MIC yang sudah 50 tahun bersama Barisan Nasional telah banyak berjasa kepada masyarakat India berbanding Hindraf yang bukan merupakan suara rasmi kaum itu.

3 comments:

Anonymous said...

Bagus. Kenapa Bodowee nak jumpa penyanggak? Takut hilang undi ke?
Hindraf saja cakap nak minta jumpa itu orang bodoh yang bertelinga gajah tapi berotak kaldai.

Anonymous said...

yes bertelinga gajah tapi berotk kaldai..... memang betul...

sometimes kan i rase pak lah nih berpihak kat pembangkang, kerana kebanyakkan decision dia menyenangkan pembangkang..........

Anwar relak la brader, Pak lah kempen for you

Anonymous said...

otak kaldai kahakahakah