SHAH ALAM 3 Julai - Konsep politik baru yang cuba diperkenalkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengancam asas perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang telah dibentuk sejak dahulu lagi.
Bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar dilihat mahu mewujudkan konsep kesamarataan kepada semua kaum di negara ini tetapi secara tidak langsung menghapuskan keistimewaan orang Melayu sedikit demi sedikit.
"Konsep politik baru yang cuba dibawa oleh Anwar adalah ancaman kepada asas perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Saya melihat Anwar cuba memadamkan semangat dan prinsip bapa-bapa negara kita.
"Asas konsep pelbagai kaum ini sebenarnya telah dibentuk dari dulu lagi dan bukan konsep politik baru seperti yang dilaung-laungkan oleh Anwar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Penerangan UMNO Selangor di sini hari ini.
Mohamad Ezam memberitahu, beliau yakin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO akan menentang habis-habisan arus politik yang cuba dibawa Anwar itu kerana ia disifatkan sebagai palsu dan ancaman kepada keselamatan negara.
Beliau menambah, jika ada pemimpin yang mahu membawa perubahan kepada negara, asas-asas yang diperjuangkan oleh para pemimpin terdahulu tidak harus dilupakan.
"Macam mana cara sekalipun nak buat perubahan, jangan cuba langgar asas-asas ini. Ini perkara paling penting," ujarnya.
Ditanya mengenai kes liwat antara Anwar dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Mohamad Ezam berkata, perkara itu sepatutnya tidak dikaitkan dengan politik.
Ini kerana beliau menyifatkan kes tersebut sebagai masalah yang wujud antara mereka berdua.
Sehubungan itu, tambah beliau, dakwaan Anwar bahawa terdapat konspirasi oleh pemimpin BN dalam kes berkenaan adalah tidak adil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Walaupun kita tau Ezam adalah bekas orang kuat Anwar, tapi apa yang beliau beritahu berkenaan Anwar adalah logik dan boleh diterima. Memang kita boleh nampak sendiri, asas2 perubahan yang ingin dibawa oleh Anwar dalam agendanya boleh menjahanamkan negara kita. Isu perkauman adalah antara modal beliau untuk mendapatkan sokongan rakyat yang berbilang kaum..
Post a Comment