Friday, July 4, 2008

KENAPA KAITKAN KELUARGA MENANTU SAYA

KUALA LUMPUR 3 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak faham kenapa tiba-tiba nama Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, dikaitkan dengan keluarga menantunya.

“Mengapa nak sebut perkara ini. Tak pasal-pasal... Betul ke tak belum tahu,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog yang mendakwa bapa tiri Mohd Saiful, 23, mempunyai hubungan keluarga dengan menantu Abdullah.

Terdahulu Abdullah mempengerusikan mesyuarat pertama Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) di pejabatnya di Menara Parlimen hari ini.– Bernama

No comments: