Tuesday, July 15, 2008

KELUAR DEWAN TERUSKAN SANDIWARA

KUALA LUMPUR 14 Julai - Tindakan anggota pembangkang keluar Dewan beramai-ramai merupakan satu penerusan terhadap sandiwara yang telah dilakonkan sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, dari mula Parlimen bersidang selepas pilihan raya umum lalu, anggota pembangkang telah menimbulkan huru-hara dan justeru apa yang berlaku hari ini juga hanyalah satu lagi episod kepada lakonan itu.

''Sebab itu saya tidak terperanjat sikit pun dengan tindakan keluar Dewan secara beramai-ramai oleh pakatan pembangkang hari ini.

''Malah sandiwara ini akan terus dipaparkan lagi selepas ini. Tindakan macam ini kita boleh jangka," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan anggota pembangkang keluar Dewan secara beramai-ramai setelah tidak berpuas hati dengan penolakan usul tidak percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri yang dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Khamis lalu.

No comments: