Wednesday, May 23, 2007

PROTON MENANG ANUGERAH


Pengeluar kereta nasional, Proton baru-baru ini dipilih pengguna Malaysia untuk memenangi Anugerah Jenama Dipercayai Reader Digest untuk dua tahun berturut-turut.

Pencapaian itu membuktikan kepercayaan pengguna terhadap jenama kereta nasional berbanding ribuan jenama lain dipasaran.

Jenama Dipercayai Reader Digest itu adalah hasil kajian peringkat antarabangsa dan maklumatnya dikumpulkan daripada pengguna.

Selepas sembilan tahun, kajian berkenaan membabitkan tujuh pasaran di Asia iaitu Malaysia, Hong Kong, India, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand bagi mengenal pasti jenama paling dipercayai pengguna dalam 43 produk serta servis.

Untuk menjadi jenama dipercayai, pengguna diberi peluang menilai sesuatu jenama menerusi enam kriteria iaitu kebolehpercayaan, imej dieprcayai, kualiti, nilai, memahami keperluan pengguna dan inovasi.

Kajian berkenaan adalah hasil maklum balas soalan yang dikepilkan bersama majalah Reader Digest dan temubual secara rambang menerusi telefon.

Bagi proton, pencapaian kali kedua itu mendorong syarikat berkenaan memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelangganya.

“Anugerah ini satu penghargaan kepada kami untuk terus bekerja keras sejak dua tahun lalu bagi bagi memastikan jenama kami terus dipercayai terutama dari aspek kualiti dan perkhidmatan selepas jualan,” kata Pengarah Urusan Proton Holding Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Menurutnya, proton amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang memilih jenama itu dan ia terus memberi inspirasi untuk terus bersing dalam pasaran automotif.

(Sumber: Harian Metro)

No comments: