Sunday, May 13, 2007

PM : SAYA SIHAT

13 Mei, 2007 21:02 PM

Saya Sihat, Jangan Bimbang, Kata Perdana Menteri

LUMUT, 13 Mei (Bernama) -- "Saya sihat. Jangan Bimbang," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menafikan dakwaan laporan yang disebarkan di internet kononnya beliau pengsan semasa menghadiri majlis jamuan rakyat dan perasmian Dataran Hadhari di Teluk Batik di sini tengah hari.

"Saya akan teruskan program-program yang telah diaturkan untuk saya," kata Perdana Menteri kepada pemberita di sini.

"Doktor tadi telah menjalankan bermacam-macam ujian termasuk ECG, darah dan tekanan darah dan kesemuanya adalah normal," katanya. Beliau diperiksa oleh doktor peribadinya Dr Sanjiv Joshi.

Semasa menyerahkan kunci kepada sembilan penerima rumah program Khidmat Bakti BNBBC pada majlis kenduri rakyat di Teluk Batik, Perdana Menteri tiba-tiba hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh dan sempat dipegang oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Pengerusi BNBBC Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Abdullah yang tiba di sini pagi ini untuk menyertai Program Khidmat Komuniti dan menutup Program Permukiman Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) 2007, sebelum itu menyertai anggota BNBBC dalam kerja gotong royong membina tiga buah rumah penduduk yang menerima bantuan di bawah Program Khidmat Komuniti di Kampung Tanjung Burung, Ujung Pasir di Pantai Remis.

Perdana Menteri kemudian meneruskan kerja gotong-royong dengan menanam pokok di Kampung Batu 4, Segari dekat sini sebelum ke Teluk Batik untuk menutup Program Khidmat Komuniti dan menyertai kenduri rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

PM kita akan terus sihat untuk memimpin negara ini. InsyaAllah.

Anonymous said...

Saudara Tiger,
PM nampak keletihan tetapi saperti katanya dia masih sihat. Di Malysia ini kita kena terima sahaja apa yang dikeluarkan sebagai versi rasmi. Namun versi tak rasmi lazimnya lebih tepat. Yang membimbangkan sekarang ini adalah kesihatan TDM yang semakin kerap dimasukkan ke Hospital. Bagi saya, kesihatan saudara yang menjadi persoalan olehkerana saya sudah 'out of circulation' dengan sahabat dan rakan di Media. Di wad manakah saudara berada, mungkin dapat saya lawati insyaallah, dan mungkin terjawablah siapa saya sebenarnya.
NanaDJ