Tuesday, August 14, 2007

PROTON LANCAR PESONA ESOK

PROTON Holdings Berhad akan melancarkan model sedan terbarunya, PESONA esok, yang dijual antara RM45,000 hingga RM55,000. Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Majhmud Al-Muktafi Billahshah.

Model 1.6 liter CC ini menggunakan platform Gen-2, selain menggunakan enjin Campro.

Model ini dijangka menjadi taruhan bagi Proton mendapat kembali keyakinan pasaran terhadap model keluarannya terutama dari segi kualiti.

Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Zabidin Syed Tahir ketika ditemui RTM baru-baru ini mengharapkan model sedan ini membantu Proton meraih penguasaan pasaran mobil domestik yang ketika ini kurang 30 peratus.

Selain pasaran domestik model sedan ini akan digunakan Proton untuk memasuki pasaran luar negara secara agresif antaranya Indonesia, Iran, Asean dan United Kingdom.

Proton memperuntukkan pelaburan RM110 juta dan mampu dimiliki berpendapatan sederhana dan rendah.

Malah Proton berkemungkinan kembali meraih keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 hasil daripada jangkaan jualan model ini.

Ketika ini pihaknya telah menerima lebih 900 unit tempahan.(RTM)

No comments: