Thursday, July 19, 2007

MKL TINGGI MENGGUNUNG


(Menara Kuala Lumpur)

Berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Dato' Zulkifli Mohamad, anda akan menyaksikan betapa vibrant atau bertenaganya orang Kedah ini. Setelah dilantik menjadi CEO, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan MKL menjadi antara tempat utama yang akan dilawati oleh pelancong terutama dari luar negara. Tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukannya termasuk program luarbiasa seperti base jump yang berjaya menarik pelancong ke MKL.

Terbaru ialah menyediakan makanan India khusus termasuk untuk makanan untuk golongan vegetarian bagi menarik pelancong India yang merupakan pelawat MKL nombor satu. Malah CEO ini membuat pelbagai penyelidikan dan kajian. Antaranya beliau mengetahui bahawa sesetengah kumpulan di India yang tidak makan makanan yang tumbuh di dalam tanah seperti bawang atau kentang.

Kini, Dato' Zul berusaha mencantikkan kawasan di sekitar Bukit Nenas untuk memberi peluang kepada pengunjung menikmati keindahan flora dan fauna di bukit yang turut menjadi tarikan pelancong. Baginya, usaha memperhebatkan kegiatan pelancongan perlu diteruskan bagi memastikan Malaysia menjadi destinasi utama pelancong luar negara. Tahniah dan selamat maju jaya.

No comments: