Saturday, July 28, 2007
HENTI BERI ALASAN MASALAH TEKNIKAL
(Pesawat MAS di KLIA. Gambar oleh IY)
SUNGAI PETANI, 28 Julai (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini meminta pengurusan Penerbangan Malaysia (MAS) supaya berhenti memberi alasan "mengalami masalah teknikal" setiap kali berlaku kelewatan penerbangannya.
Alasan itu adalah sesuatu yang tidak baik dari aspek amalan perhubungan awam kerana ia menjejaskan keyakinan orang ramai untuk menaiki pesawat MAS, katanya.
"MAS adalah penerbangan nasional dan ia tidak seharusnya memberikan imej yang buruk dengan alasan "masalah teknikal" apabila setiap kali berlaku kelewatan dan alasan yang sama ini sering digunakan sama ada kelewatan penerbangan MAS berlaku di luar dan dalam negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Merbok di sini hari ini.
Zainuddin yang juga anggota parlimen Merbok berkata MAS seharusnya menjelaskan secara jujur apakah masalah yang mereka hadapi.
Semalam, Zainuddin adalah antara 139 penumpang MAS yang terkandas lebih dua jam di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu untuk berlepas ke ibu negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment