Friday, March 16, 2007
Jr AHMAD A TALIB SUDAH KEMBALI
Jr Ahmad A Talib sudah kembali menulis dalam blognya selepas sebulan menghilang. Selamat kembali Datuk. Saya menggunakan Jr di depan nama Datuk Ahmad A Talib untuk menyatakan beliau adalah seorang journalist seperti juga Ir yang digunakan oleh jurutera. Untuk layak mendapat status Jr adalah golongan journalist yang telah menghambakan diri dalam dunia kewartawanan lebih 10 tahun. Ini kerana untuk mendapat gelaran journalist bukanlah mudah setakat menulis satu dua berita saja. Journalist adalah golongan yang menulis berita dan artikel, menyunting berita, seorang kolumnis dan juga menghasilkan bahan kreatif seperti puisi, cerpen serta menghasilkan buku. Teruskan menulis kerana satu hari nanti anda juga akan menjadi journalist.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
bro, kalau Dr kena daftar dengan MMA, IR kena daftar dengan Institute Engineer, Jr nak register kat mana yer? :)
Saudara Tiger, gunalah apa title yang sesuai bukankah negara kita begitu kaya dengan title. Campak batu akan kena kepala orang yang bertitle. Yang pentingnya journalist(dan ex-journalist) mestilah terus menulis sesuatu yang benar atau yang boleh membantu, mewarna dan mencorak hidup orang lain dan bukan mengotorkan fakta. memfitnah,mencerca dan menganyai orang lain.
Syabas kepada Saudara yang masih aktif menulis. Saya akan terus mengikuti penulisan Saudara.
NanaDJ.
bro nobisha,
Jr daftar dengan Institut Akhbar Malaysia kot...boleh tanya Datuk Azman Ujanglah...bagaimana AU, boleh tak?
NanaDJ,
Baru tengok u kat tv semalam...lelong phone...yang tu kan?
Sebenarnya, saya ingin menyatakan perbezaan antara reporter dan journalist seperti yang disampaikan oleh seorang penceramah satu masa dulu. dia kata journalist itu lebih besar skopnya berbanding dengan reporter. oleh itu, marilah jadi journalist dengan menulis berita, artikel, buku, puisi, cerpen dan penyuntingan. Apapun menulis untuk tujuan baik ada pahalanya...seperti juga DJ.
Saudara Tiger,Tidak saya bukan yang saudara sangka di lihat di tv. Saya seorng yang saudara pernah mengenali sewaktu saudara di Berita Harian dan TV3. Saya dah bosan dan muak dengan bloggers yang syok sendiri serta mereka yang telah mencapai celebrity status cukup dengan goupiesnya sekali. Pendapat orang lain ditolak ke tepi dan diperlekehkan, sikap 'holier than thou' menjadi lambang mereka. Apa yang saudara tulis dalam Dunia Tiger saya sanjungi. Biarkanlah orang lain dengan jutaan pembaca asalkan saudara ikhlas dengan penulisan saudara, insyallah saudara akan dirahmati Allah. Salam Hormat, NanaDJ
NanaDJ,
Saya akan terus ikhlas dalam penulisan kerana itulah yang diajar oleh tok guru selama ini.
Dunia Tiger/AkhbarCyber akan terus menghiburkan pembaca serta menyampaikan maklumat berfaedah kepada rakyat Malaysia.
Good words.
Post a Comment