Thursday, March 22, 2007

TIDAK PERLU KEISTIMEWAAN LAGI.....

Anggota majlis penasihat Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar, Tun Musa Hitam mencadangkan agar orang Melayu memikirkan semula polisi memberi keistimewaan kepada syarikat Melayu kerana mereka kini sudah maju dan setanding dengan syarikat lain.

Apakah syarikat Melayu sudah mampu bersaing dengan syarikat lain tanpa bantuan kerajaan? Persoalan ini perlu dijawab oleh pemilik syarikat Melayu yang terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan cabaran terutama campurtangan politik dan pengalaman syarikat bangsa lain yang jauh kehadapan.

No comments: