Thursday, March 15, 2007

DISIPLIN ADALAH PERKARA UTAMA

Saya ingin mengulas apa yang ditulis oleh Lokman Hamidi dalam blognya. Menurut Lokman:

Dunia kewartawanan TV dikatakan dipenuhi glamour. Masing-masing remaja mengejar tempat di stesen-stesen televisyen untuk menjadi warga kerjanya. Tanpa mempedulikan kelulusan asas mereka memilih bilik berita untuk mencari tapak.

Bagi saya, hendak menjadi wartawan bukanlah mudah. Semua orang boleh menulis tetapi tidak semua akan menjadi wartawan. Tidak kira sama ada dalam media cetak atau elektronik. Untuk menjadi wartawan terbaik ia perlu disiplin yang tinggi selain minat mendalam.

Tidak hairanlah jika kita menyaksikan seseorang itu akan menjadi wartawan seumur hidupnya jika kewartawanan itu menjadi darah daging mereka. Contoh terbaik ialah Datuk A Kadir Jasin yang terus menulis tanpa mengira apa medium sekalipun. Kini beliau adalah seorang blogger yang penting di negara ini. Untuk menjaga integritynya, beliau memastikan tidak ada pihak yang menggunakan anonymous untuk memberi pandangan dalam blognya. Ini untuk memastikan sesiapa yang hendak membuat komen memperkenalkan diri mereka kepada pembaca dan bukannya berselindung pada tiada nama itu.

Disiplin itu penting dalam kewartawanan kerana ia akan menentukan seseorang individu itu pergi jauh atau sebaliknya. Umpamanya, jika wartawan itu perlu menyiapkan beritanya dalam tempoh setengah jam, ia perlu berbuat demikian demi memastikan bahan beritanya disiarkan dalam media yang diwakilinya. Tanpa disiplin, individu itu tidak akan dapat menghasilkan berita dalam tempoh yang ditetapkan terutama jika bertugas dalam media elektronik. Minat perlu disokong oleh disiplin yang tinggi untuk berjaya dalam bidang kewartawanan.

2 comments:

LEKLOOK said...

Disiplin - semestinya itulah kunci utama dalam apa juga 'disiplin'. Kalau tiada disiplin tiadalah Rahim Kajai mahupun Pak Samad Ismail dalam dunia kewartawanan di Malaysia.

Datuk A Kadir Jasin perlu menjadi idola dalam dunia kewartawanan moden Malaysia. Wartawan sejati tidak mengenal usia dan medium untuk berkarya dan mencetuskan idea. Datuk Rohani Ahmad (Ron) walaupun sudah pencen wartawan dan politik terus terjebak dalam dunia kewartawanan arus "Blogger".

Tapi yang paling saya sakit hati apabila kewartawanan dilacurkan untuk mendapat nama dan anugerah. Ia berlaku di depan mata!

ibrahim yahaya said...

Sdr Lokman,
Datuk A Kadir selalu menasihatkan saya supaya menjadi wartawan di mana saja berada.. waima ketika sedang melancong sekalipun...

Beliau menulis pelbagai artikel daripada ekonomi hingga kepada isu agama. Beliau menghasilkan artikel mengenai ibadah haji selepas balik daripada mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Baginya, pengalaman yang baik tidak harus dibiarkan begitu saja. Ia perlu dikongsi bersama.

Bagi yang rajin membaca artikelnya..cuba baca artikel AKJ mengenai kejatuhan Bank Rakyat...intronya saja amat baik...apatah lagi kandungannya....

Mengenai pelacuran dalam kewartawanan itu...anda mungkin lebih tahu daripada saya kerana ia berlaku di depan mata....