Anggota majlis penasihat Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar, Tun Musa Hitam mencadangkan agar orang Melayu memikirkan semula polisi memberi keistimewaan kepada syarikat Melayu kerana mereka kini sudah maju dan setanding dengan syarikat lain.
Apakah syarikat Melayu sudah mampu bersaing dengan syarikat lain tanpa bantuan kerajaan? Persoalan ini perlu dijawab oleh pemilik syarikat Melayu yang terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan cabaran terutama campurtangan politik dan pengalaman syarikat bangsa lain yang jauh kehadapan.
Thursday, March 22, 2007
Sunday, March 18, 2007
BLOGGER MAKIN DITAKUTI?
Membaca artikel Datuk A Kadir Jasin mengenai blogger saya hairan mengapa sesetengah pihak gentar dengan golongan blogger yang semakin bertambah ketika ini.
Friday, March 16, 2007
Jr AHMAD A TALIB SUDAH KEMBALI
Jr Ahmad A Talib sudah kembali menulis dalam blognya selepas sebulan menghilang. Selamat kembali Datuk. Saya menggunakan Jr di depan nama Datuk Ahmad A Talib untuk menyatakan beliau adalah seorang journalist seperti juga Ir yang digunakan oleh jurutera. Untuk layak mendapat status Jr adalah golongan journalist yang telah menghambakan diri dalam dunia kewartawanan lebih 10 tahun. Ini kerana untuk mendapat gelaran journalist bukanlah mudah setakat menulis satu dua berita saja. Journalist adalah golongan yang menulis berita dan artikel, menyunting berita, seorang kolumnis dan juga menghasilkan bahan kreatif seperti puisi, cerpen serta menghasilkan buku. Teruskan menulis kerana satu hari nanti anda juga akan menjadi journalist.
Thursday, March 15, 2007
DISIPLIN ADALAH PERKARA UTAMA
Saya ingin mengulas apa yang ditulis oleh Lokman Hamidi dalam blognya. Menurut Lokman:
Dunia kewartawanan TV dikatakan dipenuhi glamour. Masing-masing remaja mengejar tempat di stesen-stesen televisyen untuk menjadi warga kerjanya. Tanpa mempedulikan kelulusan asas mereka memilih bilik berita untuk mencari tapak.
Bagi saya, hendak menjadi wartawan bukanlah mudah. Semua orang boleh menulis tetapi tidak semua akan menjadi wartawan. Tidak kira sama ada dalam media cetak atau elektronik. Untuk menjadi wartawan terbaik ia perlu disiplin yang tinggi selain minat mendalam.
Tidak hairanlah jika kita menyaksikan seseorang itu akan menjadi wartawan seumur hidupnya jika kewartawanan itu menjadi darah daging mereka. Contoh terbaik ialah Datuk A Kadir Jasin yang terus menulis tanpa mengira apa medium sekalipun. Kini beliau adalah seorang blogger yang penting di negara ini. Untuk menjaga integritynya, beliau memastikan tidak ada pihak yang menggunakan anonymous untuk memberi pandangan dalam blognya. Ini untuk memastikan sesiapa yang hendak membuat komen memperkenalkan diri mereka kepada pembaca dan bukannya berselindung pada tiada nama itu.
Disiplin itu penting dalam kewartawanan kerana ia akan menentukan seseorang individu itu pergi jauh atau sebaliknya. Umpamanya, jika wartawan itu perlu menyiapkan beritanya dalam tempoh setengah jam, ia perlu berbuat demikian demi memastikan bahan beritanya disiarkan dalam media yang diwakilinya. Tanpa disiplin, individu itu tidak akan dapat menghasilkan berita dalam tempoh yang ditetapkan terutama jika bertugas dalam media elektronik. Minat perlu disokong oleh disiplin yang tinggi untuk berjaya dalam bidang kewartawanan.

TAJUK UTAMA 14 MAC 2007
BERITA HARIAN
7 pesawat PDRM tersadai
Oleh Mohd Azis Ngah
KUALA LUMPUR: Tujuh pesawat – lima Cessna 172 dan dua helikopter pengangkut MI-17- yang dibeli untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), tersadai sejak beberapa tahun lalu dipercayai kerana tidak memenuhi piawaian.
Pesawat Cessna buatan Amerika Syarikat itu dikatakan untuk kegunaan sekolah latihan penerbangan PDRM di Ipoh, Perak, manakala helikopter berkenaan pula bagi membantu operasi polis termasuk memantau pergerakan lalu lintas.Difahamkan, semua pesawat itu dibeli dengan menggunakan peruntukan RM24 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) pada 2003.Bagaimanapun, sumber memberitahu Berita Harian, pesawat Cessna dua tempat duduk itu dan helikopter berkenaan tidak memenuhi piawaian serta menghadapi masalah penyelenggaraan kerana sudah terlalu lama.Semua pesawat Cessna itu kini tersadai di Pangkalan Udara PDRM, Sungai Besi, manakala helikopter pula ditempatkan berhampiran pangkalan udara Jabatan Bomba dan Penyelamat, Subang.
UTUSAN MALAYSIA
FireFly sedia penerbangan semurah RM9
Oleh Rozaman Ismail
PUTRAJAYA 14 Mac – Rakyat Malaysia kini berpeluang menggunakan perkhidmatan penerbangan komuniti berstruktur tambang murah apabila syarikat baru FireFly memulakan operasinya pada 2 April depan dengan menawarkan tambang semurah RM9 untuk ke beberapa destinasi di Malaysia dan Thailand.
Penerbangan komuniti berkonsepkan tambang murah itu akan dikendalikan oleh FlyFirefly Sdn. Bhd. (FireFly), anak syarikat Malaysia Airlines System (MAS) yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Perkhidmatan FireFly merangkumi empat laluan domestik dan dua laluan antarabangsa iaitu Pulau Pinang-Langkawi, Pulau Pinang-Kota Bharu, Pulau Pinang-Kuala Terengganu, Pulau Pinang-Kuantan dan Pulau Pinang-Phuket serta Pulau Pinang-Koh Samui di Thailand.
Kecuali perkhidmatan MAS antara Pulau Pinang dan Langkawi, tidak ada perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat penerbangan sedia ada ke laluan yang dicadangkan oleh FireFly.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, kekerapan perkhidmatan bagi laluan domestik FireFly adalah sebanyak 14 kali seminggu manakala laluan antarabangsa pula tujuh kali seminggu.
Beliau berkata, perkhidmatan FireFly dijangka memantapkan lagi perkhidmatan pengangkutan udara negara selain meningkatkan kemasukan pelancong ke destinasi pelancongan di utara Semenanjung selaras dengan usaha kerajaan menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2007.

MEDIA CETAK MEDIA ELEKTRONIK
Suhaimi Sulaiman mengutarakan keperluan untuk membabitkan orang ramai dalam sesuatu rancangan televisyen bagi membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam membahaskan isu penting. Pembabitan rakyat akan memudahkan penghuraian sesuatu isu itu kerana sudah pasti rakyat akan bertanyakan pelbagai perkara yang mereka tidak faham.
Lokman Hamidi pula bercakap mengenai stesen televisyen terbaru, TV9.
Nobisha pula mengemukakan isu mengenai salah laporan dalam akhbar Utusan Malaysia yang kemudiannya menyebabkan mereka memohon maaf atas kesilapan itu. Akhbar itu juga dikatakan tidak menyiarkan misi penting yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam berita muka satu mereka.
Rockybru menampilkan sebahagian artikel Rehman Rashid mengenai kritikan terhadap bloggers yang mendapat pelbagai reaksi daripada golongan bloggers.
AKJ pula menulis mengenai spin doctor dan pembohongan bloggers.
Segala maklumat ini memeriahkan lagi dunia siber di negara ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)