Oleh Sharif Ahmad (Analisis Berita RTM)
Benar peralihan kuasa Wanita UMNO Jun tahun hadapan sudah disepakati.
Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bukan sahaja akur, malah menggesa supaya beliau tidak dicalonkan sebagai Ketua.
Namun, sokongan terhadapnya datang mencurah-curah ...41 pencalonnan kesemuannya setakat ini. Melebihi dari paras kuota yakni 39.
Beliau juga memperolehi 73 pencalonan bagi jawatan Naib Ketua.
Apakah maksud kesemua ini.? Adakah beliau harus menuruti pelan asal ?
Kita kupas isu ini dengan tajuk 'HARGAI PETUNJUK AKAR UMBI'
Persoalan inilah yang kini menghantui pemikiran semua pihak. Bukan sahaja Datuk Seri Shahrizat bahkan sebilangan ahli wanita UMNO.
Memang benar peralihan kuasa Jun depan dibuat bagi maksud memastikan kelancaran sayap berkenaan.
Namun itu semuanya kisah lama. Kehendak ahli kerap berubah. Tuntutan semasa harus dipatuhi.
Apatah lagi peralihan kepimpinan khususnya antara Datuk Seri Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dipercepatkan kepada bulan Mac.
Seharusnya ia diselaraskan. Ia lebih molek lagi. Apa bezanya tempoh tiga bulan itu ?
Lantaran, senario pemilihan bahagian sejak dua minggu lalu menampakkan suatu gesaan.
Semua pihak sudah tidak segan silu lagi menuntut perubahan.
Pengasas Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman sudah membayangkan kesediaan memikul jawatan nombor dua sayap itu.
Walaupun sedar beliau berdepan dengan tugas besar untuk membayangi pesaing lain, Datuk Kamalia Ibrahim dan Datuk Seri Shahrizat sendiri.
Namun, inilah manifestasi yang mahu diterjemahkan oleh ahli-ahli pergerakan di peringkat akar umbi.
Sepatah katanya, sekarang masa paling sesuai untuk mekakukan perubahan. Ia kehendak ramai.
Lantaran, perkembangan ini menyukarkan Datuk Seri shahrizat membuat perhitungan.
Beliau seakan-akan tersepit antara peralihan kepimpinan dengan tuntutan teman dan kawan.
Kerana dalam senyap-senyap, rakan-rakan memberikan sokongan yang begitu memberangsangkan.
Sehingga ia sukar untuk dihindarkan.
Memilih untuk mengisi kehendak rakan bererti melawan arus dan ikrar awal.
Sebaliknya, jika mematuhi hasrat asal, bermakna beliau mungkin akan tercicir dari barisan perdana.
Inilah yang memaksa beliau bertindak sesuatu dalam waktu terdekat bagi menentukan kerjaya politiknya.
Sesungguhnya, ia bukan suatu desakan mahupun ugutan kepada 'bos'nya, Tan Sri Rafidah.
Kerana Datuk Shahrizat sedar Tan sri Rafidahlah orang yang bertanggungjawab menyerlahkan bintangnya dalam pergerakan itu.
Namun, mahu tidak mahu harus diakui bahawa perubahan di peringkat bawahan begitu meluap-luap untuk mencari perubahan.
Lantaran, berbanding masa-masa lalu, sebilangan bahagian tidak lagi mahu menuruti sahaja arahan, saranan dan permintaan ketua untuk melakar masa depan parti.
Mereka mahukan isi hati diterjemahkan dalam pemilihan supaya parti terus mantap dan relevan dalam mengharungi cabaran semasa.
Sehubungan itu, suara demokrasi ahli-ahli di peringkat pertengahan dan bawahan haruslah didengari supaya matlamat utama memperkukuhkan parti terpelihara.
Meskipun hakikatnya terpaksa melanggar arus dan merungkai semula ikrar dan janji lama.
Benar, tidak dinafikan Tan Sri Rafidah masih menerima sokongan untuk mengemudi pergerakan itu.
Tetapi apalah ertinya, jika saingan yang begitu kuat dipamerkan oleh para perwakilan sama ada 'seteru' mahupun rakan-rakannya sendiri.
Sudah pasti beliau harus memahami dengan kehendak dan perkembangan semasa.
Bahawasanya, jasa dan khidmat baktinya bukannya dilupai. Kata-katanya bukan lagi tidak didengari.
Tetapi desakan dan tuntutan masa begitu diperlukan untuk menempatkan semula pergerakan wanita dan UMNO khususnya di landasan terhormat.
Mahu tidak mahu semua pihak harus memahami kedudukan ini dengan membuat perhitungan yang bijak.
PersoalanNYA KINI bukan sahaja UNTUK mencorakkan semula tarikh pemilihan, bahkan yang tidak kurang penting menentukan komposisi kepimpinan masa depan.
Suka tidak suka, suara akar umbi harus dipatuhi supaya matlamat perjuangan bukan berunsur peribadi.
Sebaliknya demi kepentingan ahli-ahli dan halatuju parti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bungaraya kata,
Kalau ikut Pelan asal, Bulan Jun2009. Kalau mau segera bulan Mac 2009. Bezanya 3 bulan. Mungkin tempoh 3 bulan itu diberikan kepada Rafidah untuk berkemas peribadinya pejabat Wanita UMNO Malaysia kot. Jika tak, apalah sangat 3 bulan tu. Lebih elok serah segera.
Salam,
Rafidah sudah terlalu lama memimpin Wanita UMNO. Jika beliau terus memimpin, beliau mungkin akan meneruskan kepimpinan gaya lama, tidak ada idea baru dan mungkin juga tidak ada apa-apa pembaruan yang akan berlaku. Jadi berdaarkan kehendak akar umbi, masanya mungkin sudah sampai untuk beliau mengundurkan diri.
Bagaimanapun, saya lebih berminat untuk mengetahui siapakah yang akan menduduki kerusi No.2 selepas Shahrizat menduduki kerusi No. 1? Adakah "tokoh baru" atau "tokoh lama" juga?
Selama ini kepimpinan Shahrizat tidak menyerlah, kerana ia dilindungi oleh bayang-bayang pemimpin No.1. Bagaimanapun, supaya peralihan kuasa berjalan dengan licin, mungkin ada baiknya juga Shahrizat diberi peluang menjadi orang No.1, walaupun tempohnya barangkali tidak perlu terlalu lama.
Post a Comment