Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Monday, September 12, 2011
Thursday, September 8, 2011
JAMAL SERTAI UMNO
Kalau sebelum ini sebilangan artis termasuk AC Mizal menyertai UMNO,Rabu penyanyi terkenal Jamal Abdillah juga memilih parti itu sebagai wadah perjuangan politik.
Katanya beliau tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduh saya mahu mencari publisiti murahan kerana tahu dan yakin dengan apa yang lakukannya.
Jamal berkata beliau ambil keputusan ini kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.
Serentak dengan itu beliau menyeru para peminat dan rakan-rakannya bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah kita celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk rakyat.
“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” katanya.
Beliau sebelum itu menyerahkan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, di Kuala Lumpur.
Kata Jamal walaupun baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya beliau telah lama menyokong UMNO malah arwah ayahnya semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.
“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.
“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum,”katanya.-7/9/2011. AGENDADAILY.
Subscribe to:
Posts (Atom)