Friday, July 22, 2011

BENG HOCK BUNUH DIRI

Teoh Beng Hock bukan dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana berasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S{RM).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz ketika mengumumkan demikian pada sidang media di Parlimen, Khamis, berkata siasatan Suruhanjaya Diraja mendapati pegawai-pegawai SPRM berkenaan tiada niat dan sebab untuk membunuh Teoh.

“Sebaliknya SPRM menyoalsiat mendiang supaya membuat pengakuan sebagai bukti agar dia boleh menjadi saksi bagi kes penyelewengan penggunaan peruntukan yang membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Pakatan Rakyat.

“Fakta membunuh diri ini telah disokong oleh testimoni pakar psikiatri forensik, Profesor Paul Edward Mullen yang telah diambil khidmat oleh Majlis Peguam Malaysia. Prof Mullen mengatakan TBH benar-benar membunuh diri berdasarkan perwatakan yang telah bertukar dari kumpulan berisiko terendah bagi pembunuhan diri kepada kumpulan berisiko tinggi setelah dia melalui sesi soalsiasat yang agresif dan berterusan,” kata Nazri.

Nazri berkata keputusan siasatan Suruhanjaya DiRaja itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri James Foong Cheng Yuen dicapai secara sebulat suara.

“SPRM memulakan siasatan berikutan mendapat maklumat yang mengatakan seorang Adun Selangor dari Pakatan Rakyat terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti politik mereka.

“Teoh sepatutnya menjadi saksi utama bagi SPRM yang menyiasat dakwaan penyelewengan tersebut yang melibatkan seorang Adun Selangor dari parti DAP. Siasatan SPRM telah memberi tekanan kepada TBH untuk membuat pengakuan sebagai bukti,” kata Nazri.

Nazri berkata, kerajaan memberi jaminan akan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas tiga orang pegawai penyiasat SPRM yang terbabit dalam kes ini yang didapati telah melanggar prosedur apabila mereka menggunakan taktik soalsiasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar ke atas Teoh.

“Bagi pihak kerajaan, saya melahirkan rasa kesal kepada keluarga mendiang Teoh. Kerajaan turut bersedih dengan kejadian ini dan dengan selesainya siasatan Suruhanjaya Duraja ini, saya berharap semua pihak, termasuk keluarga Teoh dapat menutup episod ini,” katanya.

Buku laporan Suruhanjaya Diraja berkenaan akan dijual kepada orang awam mulai esok. Mereka yang berminat boleh mendapatkannya di ruang legar, bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Presint 3, Putrajaya dari 10 pagi hingga 5 petang.

Ia dijual dalam versi Bahasa Melayu dan Inggeris dengan harga RM45 senaskah.

Sementara itu Nazri kata kerajaan akan terus memastikan keutuhan perundangan negara terus dipelihara, selain usaha membanteras dan memerangi rasuah di semua peringkat dilaksanakan dengan tegas dan telus.

"Kerajaan penuh yakin dan percaya dengan kewibawaan dan integriti SPRM dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini," katanya.

Nazri berkata hasil siasatan Suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

Beliau juga meminta semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu ini dan memutarbelitkan fakta yang dilaporkan dalam laporan berkenaan.

"Saya ingin meminta semua pihak menghormati dan menerima hasil Laporan Suruhanjaya Diraja demi menghormati keluarga Teoh.

"Dengan selesainya siasatan oleh suruhanjaya ini, saya amat berharap semua pihak termasuk keluarga Teoh dapat membawa episod ini kepada penutup dengan laporan ini," kataya.

Ditanya sekiranya keluarga Teoh masih tidak berpuas hati dengan laporan siasatan berkenaan, Nazri berkata mereka boleh mengambil sebarang tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

"Ini sebuah negara bebas, kalau ada apa-apa cadangan lagi yang dimahukan, kita boleh pertimbangkan, lagipun (Suruhanjaya Diraja) itu dilaksanakan mengikut permintaan orang ramai," katanya.

Beliau berkata SPRM perlu melaksanakan semua penambahbaikan yang dicadangkan Suruhanjaya Diraja itu di dalam laporan berkenaan supaya masyarakat tidak akan hilang keyakinan terhadap SPRM.

"Kita akan maklum kepada mereka bahawa ini perlu dilaksanakan untuk kebaikan dan nama baik badan bebas ini dan tidak ada sebab mengapa mereka menolak cadangan daripada Suruhanjaya Diraja ini," katanya.

Sementara itu bercakap kepada wartawan di rumahnya di Melaka ibu kepada mendiang Teoh Beng Hock, menolak hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri.

Teng Huw Hoi, 58, berkata beliau tetap yakin bahawa Teoh tidak membunuh diri atas alasan anaknya itu seorang yang baik.

"Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri," katanya.

Teng yang enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengeluarkan kenyataan.

Kata Teng, beliau dan suaminya Teoh Leong Hwee serta anggota keluarga lain akan ke Kuala Lumpur pada petang ini untuk menemui peguam mereka.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum pada Khamis.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.<

Sementara itu, Karpal Singh, peguam bagi keluarga Teoh, berkata beliau mempertimbangkan untuk mencabar keputusan suruhanjaya diraja itu di mahkamah.

"Memandangkan keluarga ini tidak menerima keputusan suruhanjaya diraja bahawa anak lelaki mereka membunuh diri, satu daripada pilihan yang mereka ada ialah untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya ketika dihubungi.

Beliau mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi mengetepikan keputusan berkenaan.- 21/7/2011. (AGENDADAILY).

Thursday, July 21, 2011

IT"S ABOUT MORALITY


By Bujai
Information, Communication and Culture Minister, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim (pix) finally succeeded in giving a blogger 'the lesson of a lifetime' for defaming him in a blog article. Its not about the RM400,000 being awarded to him but a reminder for bloggers alike to be more careful with their writings.

Kuala Lumpur High Court judge Zabariah Mohd Yusof yesterday ordered Amizudin Ahmat to pay RM300,000 in damages and another RM100,000 in costs to the minister.

In January this year, Dr Rais, 69, sued Amizudin, 42, who is also a Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth committee member, for defamation over an article posted in the latter's blog, sharpshooterblogger.blogspot.com, on or about Dec 28 last year.

In her ruling, Justice Zabariah said the amount awarded to Dr Rais was reasonable considering the facts and nature of the allegation (here). She awarded the amount for compensatory, aggravated and exemplary damages.

In his suit, Dr Rais said the entire words in the Malay language article were malicious and defamatory of him and the words in the article meant and/or were understood to mean that he was guilty of a serious offence of having raped and capable of murdering his Indonesian maid.

A woman who worked as a maid for him for eight years was later reported by an Indonesian news portal as denying that she had ever been mistreated or raped by her employer.

Dr Rais told reporters the ruling 'should provide adequate reflections to all levels of the society, especially those who passed time to write about others, to be careful when writing stories about any individual'.

"It is a great day; it truly reflects our confidence in our judiciary. It also rings a bell for those who constantly write about others in blogs or columns, (to) respect the rights of others," he said.

Well. I believe the blogger would not be able to pay such a big sum, which means he will be made a bankrupt. However, there is a moral to this case - although blogs are personal domains, the owners/writers must be fully responsible with its content.

Let it be a precedent, and I also hope Dr Rais will not vent his anger in this manner anymore..

KPKK BANTU KARTUNIS





Oleh Sohaimi Shahadan
Selasa lalu, saya telah berkesempatan untuk menghadirkan diri di dalam majlis pelancaran konsortium CAW (cartoonist at work) oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim di KOMSAS, Kuala Lumpur.

CAW adalah gabungan 10 syarikat milik penuh kartunis-kartunis tanah air yang berpengalaman selama 10-20 tahun dalam mengeluarkan produk animasi tempatan.

Selaku Penaung konsortium CAW, saya melihat kehebatan artistik para penggiat animasi tempatan merupakan satu lagi produk tempatan yang wajar dikeketengahkan hasil mereka ke arah yang lebih jauh lagi. Produk animasi tempatan sewajarnya diberikan tempat dalam usaha untuk memberikan mereka peluang untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Alhamdulillah, konsortium CAW mendapat sokongan luar biasa oleh Dr Rais.

Dalam ucapan merasmikan konsortium CAW, Dr Rais telah memberikan sokongan yang hebat kepada golongan penggiat seni ini. Ini termasuk meminta agensi di bawah KPKK seperti RTM, SKMM, FINAS dan Filem Negara membantu penggiat kartun di negara ini.

Tuesday, July 19, 2011

BLOGAWAN BAYAR DR RAIS

KUALA LUMPUR 19 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah supaya blogawan Amizudin Ahmat membayar RM300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana bertanggungjawab menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri itu.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof juga memerintahkan Amizudin membayar RM100,000 sebagai kos mahkamah. - Utusan.

BUDAYA UNIK SUKU MAH MERI

BANTING, 18 Julai (Bernama) -- Perkampungan Budaya Orang Asli Suku Mah Meri di Pulau Carey mampu menyediakan platform bagi meneruskan kesinambungan seni budaya orang Asli yang unik, meningkatkan taraf sosio-ekonomi golongan itu serta menjadi daya tarikan pelancongan di daerah Kuala Langat.

Kompleks seluas 0.7 hektar yang dibina dengan kos sekitar RM3 juta di Kampung Sungai Bumbun itu dirasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Isnin.

Pusat kebudayaan itu, yang dibina pada November 2009 dan siap pada Mac lepas, menempatkan pejabat dan pusat maklumat, pentas terbuka, muzium, ruang demonstrasi membuat kraftangan, galeri warisan sejarah, kafetaria dan gerai jualan kraftangan dan hasil pertanian orang Asli.

Rais berkata menerusi kompleks itu, suku kaum Mah Meri dapat mengenengahkan seni ukiran, anyaman origami selain daripada tarian dan muzik tradisional mereka kepada masyarakat dalam dan luar negara.

Beliau berkata ukiran kayu Mah Meri seperti topeng dan patung sudah tersohor di peringkat antarabangsa sehingga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Satu produk ukiran mereka boleh mencecah di antara RM1,500 ke RM2,000 dan dengan jualan seperti ini boleh menjamin untuk mengekalkan sebahagian daripada kemahiran pakar-pakar mereka," katanya.

Dengan adanya kraftangan berkualiti dan unik di pusat itu, beliau berkata ia mampu menarik ketibaan pelancong ke perkampungan itu dengan promosi daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) dan agensi-agensi kerajaan lain.

Rais berkata masyarakat Orang Asli itu juga akan diberi latihan di dalam seni peragaan dan latihan-latihan tertentu bagi menerbitkan muzik, tarian dan taridra (drama yang dipersembahanlam bentuk tarian) berasaskan keunikan budaya mereka.

Pada masa ini, koreografi tarian mereka dihasilkan secara dalaman atau tersendiri dan tidak ada bimbingan teknik terkini dalam persembahan mereka, katanya.

Beliau mempelawa masyarakat orang Asli itu menghantar dua belia mereka ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk dilatih di dalam bidang seni tari dan peragaan.

Pada majlis itu, para hadirin dihiburkan dengan beberapa tarian tradisional seperti 'Jo Oh' dan 'Tarian Topeng.'

Sementara itu, wakil Tok Batin daripada lima perkampungan orang Asli di Pulau Carey, Sidin Anak Bujang dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendirikan pusat kebudayaan itu.

Sidin, yang merupakan Tok Batin Kampung Sungai Bumbun, berkata empat lagi perkampungan Orang Asli terletak di di pulau berkenaan iaitu Kampung Sungai Rambai, Kampung Kerpau Laut, Kampung Sungai Kurau dan Kampung Sungai Judah.

Jumlah penduduk bagi kelima-lima kampung ini ialah 1,242 orang dan pekerjaan utama masyarakat di situ ialah sebagai nelayan dan pekebun sawit di samping mengukir, patung dan topeng serta anyaman, katanya.- BERNAMA

Friday, July 8, 2011

BIAR KU SENDIRI

SULTAN SELANGOR MURKA

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Jumaat tidak menyembunyikan pandangan baginda menentang perhimpunan haram.

Ini dinyatakan di depan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali yang hadir semasa baginda merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa dekat Rawang tengahari Jumaat.

Baginda menasihatkan kepada seluruh rakyat Selangor supaya tidak terlibat atau mengambil bahagian atau menyertai demonstasi jalanan ini pada bila-bila masa jua pun kerana ianya akan merugikan negeri Selangor.

"Pada hemat beta, demonstrasi jalanan pada bila-bila masa jua pun boleh merebak dan menjadikan keadaan tidak terkawal dan akan menyusahkan rakyat jelata, di mana kedai-kedai dan premis perniagaan akan ditutup kerana takut dirosakkan oleh para penunjuk perasaan, rakyat tidak dapat menjalankan aktiviti harian mereka, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi terpaksa ditutup serta keadaan keseluruhan negeri juga akan menjadi kelam kabut," titah baginda.

Baginda bertitah sekiranya ada sesuatu yang tidak memuaskan hati dan ingin meluahkan sesuatu pendapat, ianya hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tegang dan menjejaskan keamanan negara.

"Beta percaya rakyat negeri Selangor boleh berfikir secara waras sebelum membuat sesuatu keputusan dan dapat membezakan perkara-perkara yang baik atau buruk bagi memastikan bahawa negeri Selangor ini akan terus membangun dan rakyatnya yang berbilang kaum akan terus bersatu-padu serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera."

Baginda juga meletakkan keyakinan dan menyokong penuh pihak polis dalam menjalankan tugas mereka menjaga keamanan negeri dan negara serta keselamatan rakyat keseluruhannya.

Sultan Selangor juga menegaskan baginda akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor.

Baginda bertitah sebagai ketua negeri Selangor, baginda tidak akan membiarkan adanya anasir yang akan merosakkan bangsa dan agama.

"Di sini, beta ingin menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu-padu dan janganlah berbalah-balahan antara satu sama lain disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

"Kita orang Melayu bersatu dengan satu agama, iaitu agama Islam," titah baginda.

Sultan Selangor bertitah baginda akan merasa sedih jika rakyat Melayu di negeri Selangor berpecah-belah disebabkan pendapat politik yang berlainan.

"Negara kita telah merdeka sebegini lama dan beta percaya rakyat Melayu di negeri Selangor ini telah banyak mempelajari dan mengetahui akan kemajuan hidup yang telah dicapai dan yang akan dicapai," titah baginda.

Baginda turut mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu mengikut emosi dan cepat terpengaruh dengan hasutan-hasutan yang tidak memberi keuntungan serta manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan agama.

"Beta mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat beta yang peka dan prihatin terhadap usaha-usaha mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam negeri Selangor ini walaupun terdapat beberapa golongan yang cuba mencetuskan provokasi yang tidak diingini sejak kebelakangan ini.

"Tidak ada manusia normal yang sukakan pertelingkahan, ketidaktenteraman, permusuhan, apatah lagi memendam rasa benci dan syak wasangka," titah baginda.

Mengenai kesucian masjid sebagai rumah Allah s.w.t, baginda menegaskan sekali lagi agar peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipatuhi kerana ianya bertujuan untuk menjamin kesejahteraan umat Islam di Selangor.

"Justeru, langkah pencegahan di peringkat awal amat perlu supaya masjid kekal sebagai tempat awam dan berkecuali dari segala pengaruh politik dan mana-mana pihak yang berkepentingan.

"Beta tidak mahu melihat orang Melayu bergaduh atau berbunuhan sesama sendiri sepertimana yang berlaku di beberapa negara Islam yang lain," titah baginda.

Sultan Selangor bertitah sekiranya orang Melayu sanggup berkumpul di masjid atau surau untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang, maka ini menunjukkan betapa rendahnya pemikiran orang-orang Melayu di dalam memuliakan rumah suci Allah kerana masjid dan surau adalah tempat mulia untuk beribadat dan mendekati diri kepada Allah.-8/7/2011- OLEH LUKMAN ABDULLAH.

SUARA RAKYAT KERAMAT 3

Monday, July 4, 2011

DR RAIS MENANG SAMAN FITNAH

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.

"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.

Hakim Zabariah menetapkan Selasa untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi.

Pada 31 Jan, Dr Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com. beserta dengan gambar Rais, pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas.

Dr Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Malaysia itu adalah berniat jahat dan memfitnahnya dan perkataan dalam artikel itu bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Dr Rais, yang juga anggota Parlimen kawasan Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog itu menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Dr Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.

Selepas keputusan itu, Dr Rais yang hadir bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais, memberitahu pemberita bahawa beliau sentiasa mempunyai sepenuh keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.

Dr Rais berkata beliau telah membawa kes itu ke mahkamah bagi membersihkan namanya, keluarganya dan juga reputasi kerajaan.

Dr Rais berkata pembelaan defendan (Amizudin) bahawa beliau menerbitkan artikel itu berdasarkan justifikasi adalah tidak berhasil dan ia mengandungi natijah-natijah politik semata-mata.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan keluarganya yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Selepas Amizudin selesai memberikan keterangannya di mahkamah tengah hari tadi, Datin Seri Masnah dilihat memberikan ciuman di pipi Dr Rais.

Pada prosiding Isnin, hanya Amizudin yang dipanggil sebagai saksi defendan manakala Dr Rais tidak dipanggil memberi keterangan kerana pada prosiding yang lepas semasa pengurusan kes kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mempertikaikan bahawa artikel itu telah diterbitkan, bahawa perkataan itu adalah menfitnah Rais dan perkataan itu merujuk kepada Rais.

Oleh itu mahkamah meneruskan perbicaraan dengan mendengar pembelaan justifikasi oleh Amizudin.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Rais, Amizudin berkata sebelum menerbitkan artikel itu dalam blognya, beliau tidak membuat pengesahan tentang kebenaran artikel itu dengan Dr Rais atau isterinya Masnah dan juga dengan bekas pembantu rumah Rais.

Muhammad Shafee : Sebagai penulis blog dan ahli politik yang bertanggungjawab, sebelum menerbitkan sebarang artikel yang menuduh orang lain melakukan sesuatu perkara, anda mesti siasat bukan. Tapi dalam kes ini sebelum anda terbit artikel itu, anda langsung tidak siasat perkara itu sehingga ke akar umbi untuk pastikan perkara itu benar?

Amizudin: Betul.

Bagaimanapun, beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah pergi ke Jakarta, Indonesia pada 18, 19 dan 20 Mei untuk mencari saksi selepas lima bulan beliau disaman oleh Dr Rais.

Muhammad Shafee: Anda terbitkan artikel itu dahulu, baru nak buat siasatan?

Amizudin : Ya, betul, saya pergi ke Jakarta selepas saya kena saman.

Muhammad Shafee : Selepas anda kena saman baru pergi ke Jakarta, cari saksi.

Amizudin :Ya.

Kepada soalan Muhammad Shafee, bagaimana beliau boleh mengesahkan berita yang diterbitkan itu benar, Amizudin berkata beliau telah bertemu dengan Indah Utami, penulis laporan siasatan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Indonesia, Migrant Care, yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia di luar negara, yang telah menemu bual pembantu rumah itu.

Bagaimanapun, beliau gagal bertemu dengan pembantu rumah itu kerana tidak berjumpa rumahnya.

Katanya beliau pergi ke Jakarta bersama rakannya yang dikenali sebagai Cikgu Bad iaitu anggota PKR daerah Rembau atau nama penuhnya Badrulhisham Shaari dan seorang lagi yang beliau tidak ingat namanya.

Ditanya Muhammad Shafee adakah Cikgu Bad, boleh dikatakan sebagai musuh politik Dr Rais, Amizudin berkata beliau tidak tahu, tetapi boleh dikatakan bukan kawan.

Beliau memberitahu bahawa artikel itu yang diterbitkan dalam laman blognya adalah "copy and paste" daripada artikel yang disiarkan dalam Harakah Daily berdasarkan siaran akhbar yang dibuat oleh Migrant Care pada 1 Ogos 2007.

Semasa pemeriksaan utama oleh peguam yang mewakilinya, Puspawati Rosman, Amizudin berkata beliau percaya artikel yang diterbitkan itu benar kerana dalam laporan siasatan oleh Migrant Care, nama Dr Rais disebut sebagai bekas majikan pembantu rumah itu.

Apabila ditanya adakah wakil Migrant Care dan mangsa akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan, beliau berkata bahawa mereka khuatir untuk datang ke negara ini untuk memberikan keterangan. - BERNAMA.